Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

(Assalamu'alaikum wrb) السّلام عليكم و رحمة الله

Ya Tuhan kami , ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir~~ (Al Imran : 147)







INDAHNYA KASIH PADA YANG SATU

HADIS HARI INI


Barangsiapa yang memperhatikan kepentingan saudaranya,maka Allah akan memperhatikan kepentingannya.
Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama muslim,maka Allah akan melapangkan satu kesulitan
dari beberapa kesulitan dihari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi kejelekan orang lain maka Allah akan menutupi kejelekannya dihari kiamat. -Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

   

<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie 2nd Birthday Ticker
Lilypie 1st Birthday Ticker



Sebaik-Baik perhiasan adalah Wanita Solehah

"Ya Tuhan kami ,kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi" -(Al A'raf : 23)-




..: COUNTING..:

Free Web Counter




::FRIEND is one who walks in while others walk out::


RABITAH HATI
(IKATAN HATI)
Hati ini telah bersatu
Berkumpul di perut bumimu
Hati ini telah berpadu
Bersatu memikul beban dakwahmu
Hati ini telah mengikat setia
Untuk mendaulat untuk mendokong
Syariatmu di alam maya
Maka Ya Allah eratkanlah ikatan yang ada
Kekalkan kemesraan yang ada
Tunjukkanlah jalan yang benar
Terangkanlah dengan cahayamu
Tiada malap terangi alammu
Hidup suburkanlah dengan makrifatmu
Tapi jika ingin mematikannya
Matikanlah sebagai syuhada’
Dalam perjuangan menegakkan agama yang mulia…





::MuTiaRa KaTa::

Tidak perlu mencari teman secantik Balkis, Jika diri tidak seindah Sulaiman. Mengapa mengharap teman setampan Yusof, Jika diri tidak seindah Zulaika. Tidak perlu menjadi seperti Ibrahim, Jika diri tidak sekuat Hajar dan Sarah. Mengapa didamba teman hidup seistimewa Khadijah Jika diri tak sesempurna Rasulullah s.a.w





..:COOL WEBSITE..:

::sis
::abg Adha
::my website
::Tranung Kite
::GaNuSoCCeR
::Portal Muslimah
::Uniten ::PPI group ::syeikh Ahmad yassin ::Ukhwah
..:FRENZ BLOGS ..:

::my sis
::Abg adha
::Sufiyah
::Kak Baiti
::Kak Alin
::Kak Ira
::Nefertari
::Syafa
::SyahidItuSuci
::cahaya Malam
::Pak Ngah
::Emisha
::kak Janz
::Wanis
::Adibah
::AlumniMuslimat
::Mizmi
::Wanie
::Lily
::Dayana
::Ilah
::Fatin
::Zaini


..: INTERESTING LINKS :..


Everything praises Allah
Nama Allah
Before Death
Gaza
Lagu Jepun
Cerpen
Saiful Islam
UmmuSaif
Best E-novel
::Resepi

..:MARI BELAJAR IT:..

HTML
FLASH
PHOTOSHOP
ASP
DREAMWEAVER

ITtutor
celikIT
ITSifoo
MULTIMEDIA

..:BABY CORNER:..

Baby Gear
FabulousMom
Anakku
SusuIbu
Baby Center
Ask Dr

Allah knows what’s best for us So why should we complain We always want the sunshine But He knows there must be rain We always want a laughter And the merriment of cheer But our hearts will lose their tenderness If we never shed a tear. Allah tests us often With suffering and with sorrow He tests us not to punish us But to help us meet tomorrow For growing trees are strengthened If they withstand the storm And the sharp cut of the chisel Gave the marble grace and form. Allah tests us often And for every pain He gives to us Provided we’re patient Is followed by rich gain So whenever we are down And whenever we feel that everything is going wrong It is just Allah’s way To make our spirit strong…
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

KADANG2 ALLAH HILANGKAN SEKEJAP MENTARI...ALLAH DATANGKAN PETIR & KILAT, PUAS KITA MENANGIS, MEMANGGIL, MENCARI DI MANA MENTARI... RUPA-RUPANYA ALLAH NAK HADIAHKAN KITA PELANGI



Semoga Ku sentiasa Menjadi Insan Yang Bersyukur

Wahai tuhanku, tambahkanlah ilmu dan luaskanlah fahamku.Wahai tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.Ya Allah ,keluarkanlah kami dar kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya pengertian, bukakanlah bagi kami malrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan dan mudahkanlah bagi ku pintu-pintu kurniaMu, wahai yang paling pengasih.




Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia.. Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha. Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih... Allah SWT sudah menghitung airmatamu. Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja... Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu. Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon... Allah SWT selalu berada disampingmu. Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah SWT punya jawapannya. Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... Allah SWT dapat menenangkanmu. Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan... Allah SWT sedang berbisik kepadamu. Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur... Allah SWT telah memberkatimu. Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... Allah SWT telah tersenyum padamu. Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi... Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu. Ingat bahawa di manapun kau atau ke manapun kau menghadap... Allah SWT TAHU .........





If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Sunday, December 13, 2009
rindu

rindu..rindu pada insan nun jauh di benua yg kaya dengan petrolium itu..sudah menaiki kapal terbang seawal 7 pg tadi..dan aku menghantar dirinya ke rumah boss jam 5.30 am..hanya mendengar khabar berita dia sudah selamat tiba di labuan jam 10.30pg td sblm menaiki feri ke sana..

YA RABB,permudahkan urusan suamiku disana..kurniakan keselamatan pdnya walau di mana dirinya berada...smga selamat perjalanannya pergi dan kembali semula..

seharian menghabiskan masa bersama anak2..semoga anak2ku jua gembira..

Posted at 05:18 am by wardah44
Make a comment  

Thursday, December 10, 2009
selamat pengantin baru

Selamat pengantin baru buat sahabat2ku yang bakal mendirikan rumahtangga dan sudah selesai walimah..besok walimah lia,mimi & ika..2 org drpnya sahabat seperjuangan yg amat ku sayangi di uni dulu..alhamdulillah utk grup kami sg2,tgl lg sorg yg belum..insyaallah next yearkan awk?hehe..

tahniah sahabat2ku..tahniah juga buat pasangan megat & zura..alhamdulillah..selamat menjadi isteri solehah..smga perkahwinan dibina berkekalan hingga ke akhir hayat dan berkekalan dengan pasangan kita hga ke syurga..maaf tidak dapat hadir ke walimah kalian..teringin sangat nak pergi tp semua jauh2..sorg kat JB,sorg kat kelate & sorg lg nun jauh di sabah..apapun,nt rogers nak tgk gamba tau..hehe..

Dedikasi utk kalian

ISTERI YANG DI KASIHI
ADALAH WANITA PILIHAN YANG BERANI
MENGHULURKAN BUDI DAN PEKERTI
DENGAN PERIBADI YANG TERPUJI
BERTUNAS DARI SANUBARI

ISTERI YANG IKHLAS
HARAPAN DAN IMPIANMU
MENJEJAK TANGGA KERUKUNAN
MEMBINA MAHLIGAI KESETIAAN
TERTAKLUK PADA TINGKAH
TUMPAS PADA LANGKAH YANG GOYAH
DALAM LAUTAN PANCAROBA
DIUSIK PRADUGA YANG MERONA

ISTERI YANG DISANJUNG
SECANGKIR MADU DAN SEGELAS RACUN
MENUNGGUMU DILORONG KEHIDUPAN
MENANTIMU MENGGONCANG KEADILAN
MELETAKKAN KEBENARAN PADA SALURAN TAKWA
PADA HIMPUNAN KEKAL
BERTATAHKAN SEDAR DAN RELA

ISTERI YANG CEMERLANG
MENGALIRLAH SALJU NAN TENANG
UNTUK PARA SURI BUDIMAN
UNTUK MENGORAK LANGKAH KESOPANAN
MEMINTAL BUIH-BUIH KEJUJURAN
YANG BERTEMALI DARI HATI DAN NURANI
MENEGUHKAN IMAN SEJATI

KETABAHANMU DALAM MENEPIS GODAAN
ADALAH KEMULIAAN YANG PALING MURNI
BERSEMI BERSAMA KELUHURAN SUFI
GIGIH MENDAKI TANGGA PELANGI
MENJULANG KESABARAN YANG TINGGI

credits to hanan.com

Posted at 09:27 pm by wardah44
Make a comment  

Wednesday, December 09, 2009
sabarla ummie

Hari ini terpaksa balik lewat..akibat menumpang pergi balik kerja..tetiba kawan ada kerja..so aku nak x nak terpaksa tunggu en hasben buat kerja..terasa mmg nak balik jeh..malas nak mengadap pc ni dah..tp pk kan kalu aku naik bas,nanti nak kene tunggu bas,berhimpit2 plak..pastu x laratnya nak berjalan pulak sampai ke umah..aku dhla tengah semput lagi ni..x boleh berjalan jauh2 dah..kalu x,harus blk nt terus naik ke katil jeh tido..itupun kalu dpt tido dengan aman kalu kak long x kacau..

Aku sudah batuk hamper sebulan lebih dah..x larat dah nak g klinik amik ubat batuk & ubat antibiotic..alhamdulillah xdela seteruk dulu kalu batuk terus muntah..yg tuh x nak..x larat nak bangun memalam nak muntahkan isi perut..masa mula2 dulu,aku hingatkan aku ada isi lg..asyik muntah jeh memalam..tp terasa perut ksg xde…ku dpt rasa..instinctinsyaALLAH,ada rezeki masa akan dtg..

Nak cite pasal kak long..lepas balik kg aritu..almaklum cuti raya 4 hari..so berjalan sakanla sampai ke JB..asyik duk ronda jeh..lani dah pandai,aku nak pergi,die wat aksi mengamuk x tentu pasal pepagi..papa pergi kerja xdela pulak dia nak nangis..time ummie pakai tudung jeh..trs die amik tudung die jgk ,then suruh ummie pakaikan..alahai…bkn x nak ajak cayang oi…berpuluh kali ummie ckp dh pergi kerja..buat2 x paham lak..pastu yg naik hanginnya bila blk petang pun die wat aksi mengamuk jgk..pantang tersalah sikit x layan die..menangis x nak berenti..semalam x pasal aku cubit n gigit die..

Kalu ikut ati,aku x nak marah2 kaklong..kesian die..die pun kck lg..tp aku x tahan..balik dengan penat nye badan+kepala..memandangkan kerja aku mengcoding seharian..aku slalu sakit kepala…semalam,aku blk dengan kepala berdenyut teramat..bila kak long buat perangai manjanya…ya ALLAH,sakitnya hati+kepala makin parah..aku marah x jd ape..tegur pun x jd ape..peluk pun die lg kuat meraung..last2 tanganku bergerak jgk..mmg meraung la..bkn x kesian..tp pengajaran utk die..last2 bibik amik pujuk baru senyap..

Aku x suka guna cara kekerasan..tp sudah tiada dayaku dgn kesihatan yg tidak baik begini..alhamdulillah adik husna x manja cmtu..pastu yg aku boleh tergigit lengan pulak sebab die tarik rambut aku sekuat ati..sakitnye..makin di tegur makin kuat ditarik..last2 bila ummie gigit terus di lepas n terus die naik atas kerusi dduk diam2..aduhai anakku..

Ya ALLAH,kurniakanlah kesabaran padaku dlm mendidik anak2…aku sangat sayangkan mereka…maafkan ummie ye kaklong..ummie hrp kaklong x meragam2..dgr ckp ummie..papa..agak2 papa selalu blk lewat skrg..tuh tunjuk ragam tuh

Tp syukur,kak long jenis x makan hati…lepas bibik pujuk elok3..die pun dh cool..bila ummie suruh salam..terus die cium tangan ummie dan cium kat pipi..terasa nak menitik airmataku..bukan mudah utk mendidik anak ye kawan2..

Adik husna pulak skrg suka mengempeng sebelum tido..lg x dpt susu ummie ni,lg tuhla matanya x kan lelap..aduhai..sakit pinggang..alhamdulillah ummie berjaya susukan die dh 10 bulan..mga2 ckup bekalan hingga usia 2 thn..

Have 2 stop..need to maghrib pray..nanti papa nak dtg dah..kang lambat aku plak kene marah..td kemain YM die suruh amik cecepat..

Chow..wasalam

Posted at 03:49 am by wardah44
Make a comment  

Tuesday, November 24, 2009
cerita di aidiladha

Teringat zaman kanak2 dulu2..apabila tiba hari raya aidiladha..semangat beraya sama mcm raya aidilfitri..arwah mak akan masak sedap2..suasana sibuk malam raya dengan menolong arwah mak masak di dapur..kebiasaannya masak nasi dagang or nasi kapet(nasi himpit)..msk banyak2 utk saudara-mara yg confirm akan penuh rumah seharian..

Pagi raya akan pakai baju lawa2..baju raya katakan..pastu ke masjid menunaikan solat raya..jarang aku ketempat org korban lembu…biasanya,lepas makan akan menanti saudara mara dtg..betapa ramainya sedara-maraku kekadang sampai tunggu giliran nak masuk..al-maklum dulu umah kecik lg..ada saudara-mara bertenggek dulu tepi kereta ,ada yg duduk dulu kat kerusi kat luar..mmg ramai…

Tetapi aku yg sedih bertungkus-lumus dgn kakak didapur meng’kerjakan’ proses cuci-mencuci pinggan-mangkuk..mmg singsing lengan jela..xde nak melawa kemana..aku pernah bising pada arwah mak..org lain sedap jeh berjalan kehulu hilir makan..tp kita ni kene terperap basuh pinggan..

Jawapan arwah mak…tetamu ni rahmat..kalu kita menghargai tetamu,makin tetamu nak dtg rumah kita sbb kita beria2 meraikan dia..mmg perlu menghargai tetamu apatah lg jika tetamu itu saudara-mara sendiri..aku jehla tarik muka masam sebab x faham lg apala dtg ramai2..aku jgk yg penat membasuh kat dapur tuh..

Hinggalah aku meningkat usia remaja dan dewasa kini,baru ku mengerti betapa seronoknya jika ada org datang umah kita…terasa ‘hidup ’ umah yang kita duduki..dengan cerita2,sembang2 mcm2..bertaut kasih syang mengeratkan lg ukhwah persaudaraan..di situlah nikmatnya..barulah aku faham kenapa arwah mak n ayah suka mengadakan rumah terbuka setiap kali hari raya..kerana mereka akan ketawa keriangan berkongsi 1001 cerita suka duka..tidak pernah ku kira arwah mak n ayah merungut walaupun saudara dtg sehingga kemalam…

Manisnya kenangan itu..kerana kini ketika aku sudah mengerti,tiada lagi saudara-mara dtg memeriahkan umah kami di kampong..mungkin jua kerana arwah mak dan ayah sudah tiada..sudah tiada siapa lg yg mahu melayan tetamu agaknya..mereka jugak sudah tawar hati…

Salam Aidiladha buat semua..hargailah pengorbanan ibu bapa jika mereka masih ada atau jika telah tiada,kirimkanlah selalu amalan & sedekahkan utk mereka…al-fatihah buat mereka yg telah tiada..smga tenang dialam sana dimana kita jua akan menyusul bila2 masa sahaja








Posted at 09:44 pm by wardah44
Make a comment  

Wednesday, November 18, 2009
Kisah Cinta Seorang Suami

Artikel cinta ini berdasarkan kisah yang benar dr Hanan.com


Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun.

Mereka dikurniakan 4 orang anak.......di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat.........tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnya pun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.

Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan.

Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat anak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati-hati anak yang sulung berkata: "Pak kami ingin sekali merawat ibu... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya.........

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibu pun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini.....
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.

"Anak-anakku.....jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu....mungkin bapak akan berkahwin lagi....tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..."

Sejenak kerongkongnya tersekat... "Kalian yang selalu ku rindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun. Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia....Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain.......bagaimana dengan ibumu yang masih sakit?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Mereka pun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya...Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis...tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...

Disitulah Pak Suyatno bercerita... Jika manusia di dunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintainya kerana Allah maka semuanya akan luntur...

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya......sewaktu dia sihat dia pun dengan sabar merawat saya...mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata...dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah...Dan itu merupakan ujian bagi saya...

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya...apalagi dia sakit...setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya...

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar...



Ya ALLAH,syahdunya terasa..betapa hebatnya kasih yg Engkau kirimkan kpd hambaMu..smga suamiku jua termasuk dlm golongan itu..suamiku...engkaulah anugerah terindah dan teristimewa dlm hidupku..smga cinta kita mekar selamanya hingga ke akhir hyt...THANK YOU ALLAH.......

Posted at 09:41 pm by wardah44
Make a comment  

Saturday, November 14, 2009
janganlah bersedih wahai hati

sedih+bosan...abg telah meninggalkanku & anak2 lg..misi ke bumi negara yg kaya dgn petrolium itu adalah kerana dia terpaksa menjadi trainer..

hari jumaat 2 hari lepas sudahla tiba lewat jam 9.30 pm..memula x tau nak masak ape memandangkan abg pun x nak mkn sgt memalam..kang msk x makan lg hiba..last2 sms jgk tnya..abg nk mkn ape?lauk dah xde..mi buat mee goreng boleh?ingatkan en abg jawabla oo x yahla msk..dh kenyang..tp en hasben jwb boleh jgk..lama dh x makan mskn bini tersayang..uish..ingatkan x sudi dah nak menjamah masakan patik ini..hehe..apa lg time tuh aku yg sedang menunggu drama nurkasih tv3 masuk dapur trsla operasi msk..bukan ssh pun..15 mnt dh siap..abg balik dh siap masak pun..smbl2 duk tgk tv+kak long pun mntk layan die baca buku..time ummie nak khusyuk tgk tv tula die sibuk jgk suh ummie ajar..dh jd kebiasaan memalam sblm msk tido baca buku animal tuh or ajar flashcard..habis jgk 1 pinggan mee goreng abg makan..alhamdulillah..

sabtu,semalam ummie ke bangi utk majlis iftihal pasti & en hasben jgk meneruskan misinya ke klcc..ada keje site pulak..memula janji nak amik kat umah bm..memandangkan x nak susahkan dia..aku blk naik lrt..ngatkan sampai lrt ampang bolehla die pickup..last2 die ckp kene p subang pulak..aisey..berjalan kaki la aku hga ke rumah..harapla kol 2 ptg tuh teduh..tp lenguh jgkla berjalan+berdiri lama kat majlis td..sampai2 umah trs aku terbaring kat katil kepenatan.tetibe dgr adik husna yg makin keletah itu membebel..trs ummie layan die..hlg semua penat..tgu papa hga ke ptg x sampai..nak naik hangin pun ada..janji nak blk awl..akhirnya 6.30pm baru muncul kat depan pintu umah..

pagi ini ummie sibuk packing beg papa..& as usual tnya nak mkn x..nasi x nak..kalu sup nak..last2 ummie masak bihun sup..sempatla papa makan semangkuk sebelum pg opis dulu dgn pak imran..bnyk brg nak kene bwk..nt kene p kastam pulak..& kaklong pulak tgh enak2 mkn bihun sup tgk papa keluar die buat aksi meraung depan pintu nak ikut..alahai anakku..membuat hati ummie lg hiba..

nak buat camna..dh keje papa banyak skrg..kenela fahamkan..even kekadang sajeh jeh malas nak wat faham..saje tnya..asyik abg jeh?xde org lain dh ke??sian anak2kan..ummie pun kesiankan..huhu..

malas nak sedih,,anak2 tgh tido skrg..kebosanan..biasa ade papa suka gak kaco2 die ptg2 ni..

just 2 share development of kak long and adik husna..

kak long alredy 2years..cakap pelat2 lg..kekadang bibik suka ajuk2..geram jgk..sudah megenali body parts..kalu suruh tunjuk mana mata..ni mata smbil mengkebil2kan mata die tuh..kalu bilang 1,2,3 pakat hentam jeh baca..last2 dh sepuluh..

makin manja+kuat menangis skrg ni..kekadang ummie blk penat2 die boleh nangis mintak perhatian...adik cool jeh duk atas walker tuh sambil tgk dia nangis x pasai2..dh rajin membaca..asyik duk kelek buku wild animals tuh..dh kenal beberapa binatang..kekadang suka main dgn bearnya(smbl sua puting kat mulut bear)..

suka sgt pok2 kat adik..sian adik husna..lgsg x boleh sentuh bukunya...kalu x ,kene hempukla kat muka si comel tuh..selalu ummie ckp x baik..ikut jgk ckp x baik..tp tgn jalan jeh..pastu kalu suh sayang-trs cium adiknya..adik jgk baaik x nangis pun...caaaaaaayang adik..

adik husna suka naik walker laju2..& x sengaja langgar kaki kak long..pe lg menjeritla si kaklong ni..aakit..aakit..smbl tolak walker adik suh main jauh2..lani kalu skt jeh trs mai kat ummie smbl ngs2 mengada2 "aaket..aket.."ummie tnya mana yg sakit..smbil tunjuk tmpt yg skt..yg kelaka,kalu ummie plak skt,ummie pun mengada2 bgtau die..sakit2 smbl tunjuk kat kepala..time tuh dia akan tgk dgn dahi berkerut tnya aaket??pastu pegang kepala ummie ni..alahai comel btl..

adik husna pulak dh 9months++..suka menjerit2 bahasanya..suka mengomel n agah..x tahan kalu papa ada,asyik agah papa jeh..dh pandai duduk..tp blm pndai merangkak lg..agak trs jalan kot..skrg dh ajar tatih2..hope sbln 2 lg dh boleh jalan..sgt come..suka tgk aksinya yg cool & bnyk betul mewarisi sifat papa..cuma time nak susu or nak tido je meragam.kalu x laju jeh dlm walker tuh..suka main buku kak long..dh 2 buah koyak..marohla anak dara tuh..

time 2 stop..tah ape aku membebel kat sini ni..miss him a lot..semoga selamat sampai & kembali..alahai..aku pulak terover rindu kat dia..dia ingat ke??huhuhauwhaaaaaaaaaa..biasala,yg pergi mmg x terasa..selalu yg kene tgl akan duk membilang hari jeh..ok papa..hope verthing going on well there..tc & happy alwys..

ptg ni nak bwk kak long n adik ke taman dkt umah jeh..as usual plhn kak long,naik papan gelongsor..yg lain tarak minat...hehe..anak2 gembira ummie pun gembira..

mudahan2 semuanya dipermudahkan..sabarlah wahai hati..sekejap jeh masa ni:-)


Posted at 04:06 pm by wardah44
Make a comment  

Thursday, November 12, 2009
batuk lagi?

Sudah hamper 2 minggu ku batuk lagi..letih jd camni..ubat batuk sudah 2 botol hbs..teringat sebelum puasa aritu pun batuk teruk +semput..paling kritikal ku kira dlm sejarah hidupku..batuk yg mengambil masa hamper 2 bulan tika itu..kemuncak plg teruk ketika bercuti di sabah aritu..ketika hubby n anak2 tido..aku berulang alik masuk ke bilik air muntah..percutian plg menyakitkan bgku kerana berada dlm situasi tidak sihat..bayangkan untuk berjalan x sampai 1 batu pun..aku dah terasa semput susah nak bernafas..mungkin hubby tidak perasan keadaanku time tuh memandangkan aku jua tidak mahu spoil percutian yg dirancang seawall mgkn…siang hari aku nampak sihat tetapi bila malam menjelma..sakit seluruh badan..entahla..

Kali ini jua ku ada perasan ada sesetengah makanan yg sudah alah..tidak mampu diterima oleh system immune ku lg..kerana slps itu batukku tidak mahu behenti sehinggalah aku muntah mengeluarkan semua..mcm semalam,aku masak magi tomyam+sawi+bilis+telur..agaknya rempah magi itu menyebabkan aku batuk teruk..

Teringat minggu lepas begitu enak aku menghabiskan 1 bgks coklat nips..mlmnya kul 1,2 pg aku kesakitan batuk2..telan ubat batuk+antibiotic pun x jalan..hubby hanya mampu memandang kesian agaknya..kekadang jua dia tolong urut2 badan,legala sikit..sudah 3x aku pergi sedut gas di klinik A memandangkan pernafasan aku berbunyi..tetapi apabila buat x-ray tiada sbrg mslh pda paru2ku..hanya tulang belakangku bengkok kearah kanan..baru ku perasan..

Semoga DIA mengurniakan kesihatan yg baik buatku,suami dan anak..semoga dpt aku mendidik dan mengasuh anak2 shga mereka dewasa..

Today,hubby akan sampai umah selepas smgu outstation.dengar khabar minggu depan akan ke Brunei lg..time with him so limited..smga dpt manfaatkan hujung minggu bersama2..smga kesihatanku bertambah baik jua utk melayan kerenah anak2 sendirian ..ameen

Tengah melayan my favourite song-ibu mithali nyanyian orkes sinar murni..lagu favoriteku time kecik2 dulu…semoga aku jua dpt menjadi ibu mithali buat anak2 ku..ameen ya Rab

Lirik Lagu

Ibu Methali 3x
Ibu Methali Ibu sejati
Tunggak Pada Keluarga Bahagia
kaulah pembimbing pendidik pengasuh
sifatmu penyayang pengasih

Ibu Methali Ibu Sejati
Tunggak Pada keluarga Bahagia
Syurga dibawah tapak kaki ibu
Setia kami kepada mu

Ummu mukminin 2x
contohilah semua para ibu
Kau contohi takwa
kau contohi sabar
kau contohi semua
dari ibu ibu methali

Ibu Methali Ibu sejati
Tunggak Pada Keluarga Bahagia
kaulah pembimbing pendidik pengasuh
sifatmu penyayang pengasih
Ummu mukminin 2x
contohilah semua para ibu

Kau contohi takwa
kau contohi sabar
kau contohi semua
dari ibu ibu methali

Ibu Methali Ibu sejati
Tunggak Pada Keluarga Bahagia
kaulah pembimbing pendidik pengasuh
sifatmu penyayang pengasih
Ibu Methali 3x



Posted at 10:38 pm by wardah44
Make a comment  

Friday, November 06, 2009
geram ni

wah penatnya..sbnrnya ku dh tulis panjang lebar entri kali ini..tp kak long dtg tekan2 keyboard n tetibe hlg semua yg kutulis ini..aduhai anakku...sabarnya.. dah malas nak meneaip lgi..nantila cerita lg..

Posted at 07:31 pm by wardah44
Make a comment  

Sunday, November 01, 2009
geramnya

Aku pantang dengan org berangin tetibe nih..tetibe jeh nak marah..tanya itu ini lebih sikit terus naik suara..skrg aku dh xde mood nak wat keje..dahla tlg modul org..tetibe punyela sikit kite tanya elok2..boleh lak wat moody..kang aku tak tlg kesian lak nak kejar dateline…plz la..kalu aku tahu,aku buat..kalu aku x tahu,aku Tanya..aku x nak wat pepandai mcm modul aku..kang x psl salah..aku jgk yg kene..

Pls frez..kalu ko terbaca catatan aku ni jgn marah..kalu ko ada mslh lain…jangan angkut sama ngan mslh coding ni..kepala aku pun berserabut..

sabalah wahai hati:-(

Posted at 11:50 pm by wardah44
Make a comment  

Saturday, October 31, 2009
weekend

hari ini bibik cuti..papa lak kerja..seawal 8 am,selepas breakfast,tinggallah aku anak-beranak hari ini ku buat kerja2 rumah..lepak2 sambil layan kak long baca buku.

selebihnya aku banyak melayari intenet..kak long suruh tido,x tido2..dari pukul 1 tgh td aku suh tido..pyhnye nak tido..kalu dgn bibik kejap jeh dh leh lena..nih anak dara ni baru nak lelap mata..

semalam sibuk dok godek2 cri entry2 lepas...taraa..so sebelah kiriku adalah entry2 yg lepas..seronok jugak blk baca apa yg ku tulis dulu2..masa zmn2 belaja,zmn single mingle lg..sayang sebenarnya nk ubah blog ni..ikut hati aku nak jeh berpindah umah baru...x silap aku,mula2 aku create blog dulu zmn 2004.masa tuh berduyun2la member create blog memasing dengan bermacam2 pesen nama dan cerita..teringin nak beralih ke blogspot.tp tunggulah dulu..syg kat blog ni..dh usia 5 thn dh..kalu aku beranak time tuh..dh sekolah pun..

apapun,ku create blog hanyalah untuk melepaskan apa yg ada di hati sahaja..kisah suka duka dlm kehidupan..jadi santapan utk anak2 besor nt..luahan ht umi..hehe

entryku sblm ni baca mengenai arwah ibu..indahnya kenangan itu..

mak,
kalu mak ada,
sayalah org paling berbahagia
sayalah org paling gembira
dulu semuanya kerana mak

mak,
saya rindu sangat2 kat mak
kalu boleh nak suruh mak ada kat depan mata skrg nih
saya nak peluk mak erat2
saya nak cerita kat mak macam2..
kerana mak pun suka bercerita
kita suka berkongsi cerita
kemudian kita ketawa bersama-sama
indahkan kenangan itu mak?
mana mungkin saya lupa
mana mungkin tidak saya rindu
pada cerita2 semalam

mak,
sungguh sedih
mak pergi macam2 berlaku
kat anak2 mak..
ada suka & duka
banyak cerita duka dari suka
pahitnya hidup
kelat terasa bila mak tiada

Mak,
saya sentiasa ingat pesan mak,
mengaji jangan tinggal,
walaupun sudah khatam berpuluh kali,
alhamdulillah mak,
itu janji saya,
setiap kali baca al-quran,
saya x pernah lupa sebut nama mak
dan juga ayah
itu sahajalah bakti saya yg terakhir
moga2 sampai segala amalan saya untuk mak.

Mak,
saya rindu sangat..
rindu sesangat..
semoga saya dapat jadi sekuat mak
masa hidup dulu
bukan sedikit pahit mak telan membesarkan anak2

Mak,
semoga mak tenang di alam sana
semga kita dapat berjumpa lagi

salam syg selalu dr anakandamu yg teramat mengasihimu..
Ampang,1615pm

Posted at 01:21 am by wardah44
Make a comment  

Next Page


Blogdrive