Barangsiapa yang memperhatikan kepentingan saudaranya,maka Allah akan memperhatikan kepentingannya.
Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama muslim,maka Allah akan melapangkan satu kesulitan
dari beberapa kesulitan dihari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi kejelekan orang lain
maka Allah akan menutupi kejelekannya dihari kiamat. -Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim
"Ya Tuhan kami ,kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi"
-(Al A'raf : 23)-
Tidak perlu mencari teman secantik Balkis,
Jika diri tidak seindah Sulaiman.
Mengapa mengharap teman setampan Yusof,
Jika diri tidak seindah Zulaika.
Tidak perlu menjadi seperti Ibrahim,
Jika diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
Mengapa didamba teman hidup seistimewa Khadijah
Jika diri tak sesempurna Rasulullah s.a.w
Baby Gear FabulousMom Anakku SusuIbu Baby Center Ask Dr Allah knows what’s best for us
So why should we complain
We always want the sunshine
But He knows there must be rain
We always want a laughter
And the merriment of cheer
But our hearts will lose their tenderness
If we never shed a tear.
Allah tests us often
With suffering and with sorrow
He tests us not to punish us
But to help us meet tomorrow
For growing trees are strengthened
If they withstand the storm
And the sharp cut of the chisel
Gave the marble grace and form.
Allah tests us often
And for every pain He gives to us
Provided we’re patient
Is followed by rich gain
So whenever we are down
And whenever we feel that everything is going wrong
It is just Allah’s way
To make our spirit strong…
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
KADANG2 ALLAH HILANGKAN SEKEJAP MENTARI...ALLAH DATANGKAN PETIR & KILAT, PUAS KITA MENANGIS, MEMANGGIL, MENCARI DI MANA MENTARI... RUPA-RUPANYA ALLAH NAK HADIAHKAN KITA PELANGI
Semoga Ku sentiasa Menjadi Insan Yang Bersyukur
Wahai tuhanku, tambahkanlah ilmu dan luaskanlah fahamku.Wahai tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.Ya Allah ,keluarkanlah kami dar kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya pengertian, bukakanlah bagi kami malrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan dan mudahkanlah bagi ku pintu-pintu kurniaMu, wahai yang paling pengasih.
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.
Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon...
Allah SWT selalu berada disampingmu.
Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah SWT punya jawapannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum padamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.
Ingat bahawa di manapun kau atau ke manapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU .........
pejam projek..celik pun projek..dunia aku ni mengadap komputer n mengadap montessori..kalu kata nak muntah..dah lama aku muntah..memandangkan due final year presentation makin hampir..tergoleklah dahulu sblm tergolek di kemudian hari..
feeling not well..semalam kena marah lagi..tido lambat sokmo..nak wat camna..ngadap bende ni mmg kene saba n kenala berkorban..computer cannot support already..not enough memory??x kan berat sgt kot..video x masuk lg..RAM 512 pun x ckp..dahtuh nak RAM berapa?adoiilaa...sakit..my holiday going to fully enjoy and after break i will .......... uu...dah stuck ni 1 ape pun aku xle watpe..waaaaaaa..nak nangis pun ade..already tired..
"Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya". "Kasihnya Tuhan kepada wanita!" Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan 'layanan' istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.
Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.
Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.
Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan olehTuhan kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.
i) Gelaran bagi `isteri' di dalam Al Quran
Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa- bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah `husband' manakala perkataan untuk isteri ialah `wife'. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari' manakala perkataan `femme' untuk isteri.
Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh' dan `zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna `pasangan'. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.
Namun, gelaran zaujah ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut 'imraah', kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya.
ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita
Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:
a. "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" dan bukan "di dalam tangan" atau "di sisi" seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng'hamba'kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.
b. "Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku."
c. "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)
d. "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."
e. "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang (isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang is suka."(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)
Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.
iii) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia
Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nana yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang'. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi- Nya. Sudah tentuTuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.
Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.
iv) Diberi Pahala yang Berterusan
Wanita disebut `kurang dari sudut agama', tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.
Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan sediakan untuknya.
kepada wanita2..syukurlah kepadaNYA..syukurlah dijadikan wanita dan moga2 kita tergolong dalam golongan wanita2 solehah walau sukar untuk diperolehi..insyaALLAh
syukur ku panjatkan pada DIA yang Esa..terlalu banyak limpah kurniaNya pada insan lemah ini..syukur..DIA memberiku nafas hingga kini untuk merasa nikmat keindahan islam..nikmat berada dalam memperjuangkan islam..dan nikmat kasih sayang dari org2 sekeliling..
syukur..dalam hidup ini,DIA mempertemukan diri ini..dengan insan2 yang teralu baik hati..insan2 yang terlalu banyak berkorban untuk diri ini..insan2 mulia yang tidak mengharap ape2 dari insan kerdil ini..mungkin secebis doa hanya mampu kuukir selepas solat..mohon DIA membalas segala kebaikan diberi..
happy belated birthday to cikgu noraini and auntie sheila yang menyambut hari lahir pada 19/1 lepas ..2 insan yang berhati luhur dan berjiwa murni..semoga hidup kalian sentiasa dimurahkan rezeki..
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)". ( Surah Al Ahqaaf ayat 15.)
yesterday met my supervisor showing her my progress..luckily,I have told her already in email that the video that she would like to see is still not convert yet to computer and flash..insyaALLAH,next wednesday i will try my best to show her..at morning i'm doing slideshow image..after mr Y send email the picture from the video taken from iium montessori..after a lot af problem..not working well..lastly get it..alhamdulillah..syukur padaMu..n tq a lot to mr Y to help me from starting getting all the videos till convert it..(alhamdulillah dikurniakan insan yang sudi membantu tanpa mengira kepenatan dan susah payah)..
from morning,doing slideshow image..dono why not working properly..i follow the steps shown by kak ana..but still cannot..huhu..pening*...changes till changes..1 hour before meet supervisor..sucessfully slideshow working well in what i'm hoped...alhamdulillah..(lega)..sakit pinggang woo..where there's a will there's a way..*puas ati*
19/1/06-at photostat COIT
"Montessori techniques courseware" by ..... already photocopied for 4 sets on the table..uishh..it's my own project 1 copyright..how could it getting here?looking around..nobody such want take them..not satisfied*-siapa photostat buku2 ni bang?..ngan muka bengang aku tanye abang tuh..erkk..suprisely 1 girl mmg lgsg x kenal getting them..aku tanpa banyak soal terus menanya..adik,camna boleh dpt copyright ni??erkk..dia pandang aku tanpa berkelip2?from puan ...adik!!!this thesis ni akk punye..dia pandang aku ngan terkejut..akak punye?erk..die dah serba salah..die bgtau panjang lebar...and kwn2 die tetibe muncul 1 group..asking for other copyright dari abg yg photostat..aku kire2 ade dkt 10 org photostat docmentation tuh..waargghh..x aci..nak jeh aku marah kat citu jugak..aku tahu tu hak lecturer nak gune untuk reference dan kebaikan tok U.. but plz..by giving thesis to a student to do copyright..ni dah melampau..budak ni mule mengampuku supaya jgn bgtau pda supervisor..oo..no!!!aku skrg ni dahla belaja pasa ethics..ko senang2 ajar aku jd unethical person..melampau betul..I should blow the whistle..just wait!!
last semester-every week aku panjat tingkat 5 cari references to projek nih..duduk berteleku sampai muka india yg jaga tuh dah kenal..bukan nak eksen..but betapa susah payah nak dptkan refernce tuh..berhari2 wat reserach..hhuuuuuhuu..don't know what 2 say else..sakit hati sesangat..how could the student doing that..seperti yg diketahui..any thesis is copyright to university..no photocopy allowed..bknnye sdkt die photostat..banyak pulak tuh..surprisely,berlaku depan mata sendiri..and siap cover letter biru sebijik nak anta balik ke supervisor..dasyat betull..
p/s:kesusahan yang kita pelajari membuatkan kita merasa gembiranya hasil yang didapati..cubalah buat yang terbaik untuk diri sendiri..hasil kepenatan dari usaha sendiri melahirkan kebahagiaan dan kepuasan x terperi..
hari ini ku terjaga tidur setelah mendapat sms dari kakakku..memberitahu makcikku,cik long telah kembali ke rahmatullah kerana blood pressure...satu kejutan besar padaku..aku termenung kejap..kalau di ikuti,makcikku ni tekanan darahnya stabil berbanding ibuku...namun itulah kuasa yang maha ESA>.sampai masa tidak terlewat sesaat..yang hidup akan mati sampainya masa seseorg..
cik long..makcikku yang boleh dikira rapat dengan family kami..selalu datang ziarah x lekang dengan buah tangan..mak ckp dari kecil lagi itulah kelebihannya..satu2nye makcikku yang x lupa dengan sebarang bekalan bila dtg ke rumah..x semua aku rasa ade kesedaran dan kelbihan ini..yang tidak mahu menyusahkan tuan rumah..x kira ape jua buah tangan..dia memberi dengan senyuman lebar tanpa mengharap sebarang balasan..kali terakhir berjumpa hari raya kedua aidiladha baru2 ni..masih terasa senyuman dan pertanyaan bila balik kampung..sambil tangannya menghulur bekalan nasi minyak dengan senyuman..jauh disudut hatiku tika itu,aku belajar sesuatu..budi yang baik akan sentiasa dikenang..terima kasih cek long..semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan org2 beriman..amin
projek-headache
semalam ke mines mencari software package..punyela semua kedai kat ICT masuk xde..last2 masuk kedai gamba jual handycam..last2 tebal muka minta ngan tuan kedai nak pinjam software dri handycam sony yang dijual..x tau malu betul..kuiokui... dapatla install akt citu after laptop buat mengada2 hang pulak..tq ye apek..terima kasih sesangat..selesai 1 hal..
pagi ini..pakcik Y bgtau xle lak transfer vido2 ni..apesal lak??tah firewyre ni x detect pulak..aku rase nak pengsan jeh dgr..dahla mcm2 hal..beli firewyre sampai kat loyat..pastu cri software tuh mcm nak tercabut kaki pusing 1 mines..alih2 x le gak..ya ALLAH..tolongla..permudahkan urusanku..aku harap sangat..x kan nak amik semua video sekali lg..uuuu..horror..aku x nakla kacau cikgu eisha banyak2 kali,,anak2 murid die dahla nakal2..tahla..buntu..esok supervisor nak tgk video2 yg aku amik ni..mmg x sempatla..sowila ye my supervisor..feeling no mood..but i have to struggle hard..ni baru part amik video..transfer dah banyak problem..tah nanti nak msuk dlm flash lg..hopefully everything going on well..dah semput aku..aku x nak mengalah...waaaaaaarggghhh..tension...
YA ALLAH..ku mohon sangat..tolonglah hambamu ini..permudahkan segala urusan hambamu yang dhaif ini..ku mengharap pertolongan dan keredhanMu..hanya padaMU ya ALLAH..
Tidakkah engkau tahu..
bahawa kesulitan itu pasti diringi kemudahan
sebagaimana kesabaran
di iringi dengan jalan keluar dari kesulitan?
DAN APA SAHAJA NIKMAT YANG ADA PADA KAMU,MAKA DARI ALLAHLAH (DATANGNYA),DAN APABILA KAMU DITIMPA KEMUDHARATAN,MAKA HANYA KEPADANYALAH KAMU MEMINTA PERTOLONGAN (SURAH AN-NAHL:53)
teringat satu modul yang pernah aku join suruh menceritakan tentang perasaanku..tah ape aku merepek time tuh..dengan di bwah sinaran suria yang terik..ku luah segalanya ibarat ombak menceritakan segalanya pada pantai..pantai setia menemani lautan walau ombak seganas mana pun..pantai sanggup terhakis walau ombak selalu menyakitinya..namun pantai dan ombak mampu menjadi rakan setia sehati sejiwa lagaknya..erm..kekadang hidup ini ada pasang surutnye..ibarat om,bak..ade masa suram..ade masa rase ceria dan ade msa berduka..namun pada siapa harus diluahkan bila hadir perasaan2 tu??mungkin jua pada secebis kertas di diari yg tidak mengerti apa2..atau pada sang ombak yang mengganas gila..atau pada kekasih hati yang setia dijiwa..haha..pening..penin..pening..aku malas nak melayan jiwa yang sakit..sakit segalanya..hati dan perasaan..malas nak melayan jiwa kewanitaan..malas nak melayan hati yang rawan..pergghh..lantaklah..aku xde mood nak berbicara pasal perasaan lagi..noktah..titik.
Artikel ini dari forward email kakakku..mungkin boleh mengambil pengajaran darinya..
Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia utk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.
Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.
Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril : sebesar kurma...
Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.
Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...
Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka jibril as un mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70
Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan diatas sebuah bukit yg tinggi. tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.
Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini spt api yg sering kita gunakan utk berbegai keperluan dan juga api yg terdapat di gunung berapi dll lagi.
PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa disejukan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dgn api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.
Ketenangan tidak ternilai dibandingkan dengan barang berharga..semua org inginkan ketenangan..namun dari segi apakah ketenangan yang mampu dimiliki...mungkin ketenangan hati..ketenangan hidup tanpa gangguan unsur2 hipokrit..ketenangan ketika berada di tempat2 sunyi..ketenangan jua melahirkan hati yang ikhlas,bersih dan luhur..
banyak cara yang boleh di miliki untuk mencapai ketenangan..ya..teringat 1 pesan dari ibu..sentiasalah berdoa pohon pada ALLAH supaya dikurniakan ketenangan hati dan jiwa..rayulah padaNYA ditgh pekat malam yang sunyi..memang itulah ketenangan hakiki yang diperolehi..mungkin juga di pagi2 hening seperti di pagi jumaat ini kita alunkan2 ayat2 suci al-quran dari koleksi MP3 kita..mendengar mendapat pahala apatah lagi sesiapa yg membacanya..mungkin jua..di tengah2 ketensionan mengadap kerja2 projek atau assigment bertimbun.. berhentilah seketika melaksanakan solat2 sunat..klau pagi2 dah tension memikirkan banyak bende nak diuruskan..seeoloknya mulakan hari selepas subuh dengan membaca alquran atau setidaknya mengerjakan solat dhuha selepas itu..teringat jua dari blog seorg teman..katenye..waktu antara solat subuh dan zohor terlalu panjang..seeloknya kita hiasi ditengah2 ruang waktu dengan mengerjakan solat dhuha...itulah tanda kasih kita rindukan pada yang SATU..kita rindu nak munajat sepanjang masa..insyaALLAH..moga diri ini dikurniakan istiqamah dlm melaksanakan ibadat ini..
ketenangan ada jika kita mencari..pokok pangkal usaha yang diperlukan..hendak seribu daya..x hendak seribu dalih...
Alhamdulillah..syukur padamu Tuhan..setinggi2 kesyukuran kupanjatkan kerana masih memberi 2 nikmat terbesar,iaitu nikmat iman dan islam serta jua nikmat nyawa kerana masih mampu tersenyum hingga hari ini..ku bangun pagi ini dengan penuh bersemangat..basuh baju,buat sarapan,solat dhuha n bersiap2...hari ini very pack dengan pelbagai agenda..
10am-1.30pm
kesekolah IIUM montessori untuk shooting video for project 2..sesampai jeh di sekolah ni,ku lihat kanak2 riang gembira bermain ditaman..teringat ketika zaman2 tadika ku dulu..penuh harmoni dan gelak ketawa..n disudut kecik terdapat cute girl tersedu2 x nak ditinggalkan oleh ibunya..erm..ku hanya tersenyum manis..xpe dik..jgn takut..kawankan ramai..kehadiranku disambut mesra oleh kak eisha n kak nora..tepat 10.30am sessi grup dijalankan...terkesima sebentar melihat telatah si comel petah mengikut si guru membaca doa,menyanyi dengan gembira..sepanjang masa kurasa mulutku x henti dengan senyuman..hatiku tenang..cerianya hidup mereka..dengan sinakal huda,affini yag becok,n adik2 lain yang merapatiku..terasa kehadiranku dihargai..
11am-mula shooting dengan buttoning session..hinggalah ke cultural area..alhamdulillah walaupun x sempat amik semua video aku mampu menarik nafa s lega..terima kasih x terhingga kepada puan eisha dan adik2 comel..kerjasama yang mantap..terharu sgt..alhamdulillah ya ALLAh..KAU permudahkan segala usaha..cikgu eisha mmberi penerangan details setiap session..keriuhan adik2 x menganggu kerja2 shooting kami:-)terima kasih ye dik..sebelum pulang,sempat makan nasi tengahari bersama adik2 comel dan cikgu2nya...sweet memory...macam ayam keluar dri reban..almaklum baru mula persekolahan 2 hari..kesian tgk cikgu eisha n kak nora melayan hampir 35org..uu bole serak suara..n shooting fasa II akan dilaksanakan dlm masa tedekat..jumpe lg ye dik..
2pm-meeting
4pm-terus ke bilik supervisor projek di coit..terasa bersemangat utuk present pd puan azhana..kehadiranku dinantikan..ku buka cerita dengan lawatan ke sekolah montessori..ku ceritakan segalanya..dirinya hanya ketawa mendengar celotehku..dia pun menvceritakan pasa anaknya menangis ditinggalkan di tadika..kesian..last ku tunjuk progress projek..xdela bnyak..ku tambah intro music,practical life lesson..n next 2 week,dia nak tgk video yg ku amik..insyaALLAH..
5.30pm
melayan adik2 usrah..hanya 2 org x hadir..seramai 6 org hadir..alhamdulillah..semua berjalan lancar..adik2ku yang supportive arini..tenang..lega
7.15-solat maghrib+hafal surah az-zumar
8-10.30pm
usrah sekali lagi bersama teman2..hari ini aku jd pengerusi..slot hari ini hafazan surah,keluasan ihsan,fikrah dan isu semasa..
11.30pm--sampai dirumah--flat--trus lena sampai pagi
p/s:syukur hari ini ku dapat manfaatkan masa sebaik2nya..terasa hari ini DIA permudahkan segala..alhamdulillah..moga2 hari mendatang akan lebih ceria dan dipermudahkan..