Barangsiapa yang memperhatikan kepentingan saudaranya,maka Allah akan memperhatikan kepentingannya.
Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama muslim,maka Allah akan melapangkan satu kesulitan
dari beberapa kesulitan dihari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi kejelekan orang lain
maka Allah akan menutupi kejelekannya dihari kiamat. -Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim
"Ya Tuhan kami ,kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi"
-(Al A'raf : 23)-
Tidak perlu mencari teman secantik Balkis,
Jika diri tidak seindah Sulaiman.
Mengapa mengharap teman setampan Yusof,
Jika diri tidak seindah Zulaika.
Tidak perlu menjadi seperti Ibrahim,
Jika diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
Mengapa didamba teman hidup seistimewa Khadijah
Jika diri tak sesempurna Rasulullah s.a.w
Baby Gear FabulousMom Anakku SusuIbu Baby Center Ask Dr Allah knows what’s best for us
So why should we complain
We always want the sunshine
But He knows there must be rain
We always want a laughter
And the merriment of cheer
But our hearts will lose their tenderness
If we never shed a tear.
Allah tests us often
With suffering and with sorrow
He tests us not to punish us
But to help us meet tomorrow
For growing trees are strengthened
If they withstand the storm
And the sharp cut of the chisel
Gave the marble grace and form.
Allah tests us often
And for every pain He gives to us
Provided we’re patient
Is followed by rich gain
So whenever we are down
And whenever we feel that everything is going wrong
It is just Allah’s way
To make our spirit strong…
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
KADANG2 ALLAH HILANGKAN SEKEJAP MENTARI...ALLAH DATANGKAN PETIR & KILAT, PUAS KITA MENANGIS, MEMANGGIL, MENCARI DI MANA MENTARI... RUPA-RUPANYA ALLAH NAK HADIAHKAN KITA PELANGI
Semoga Ku sentiasa Menjadi Insan Yang Bersyukur
Wahai tuhanku, tambahkanlah ilmu dan luaskanlah fahamku.Wahai tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.Ya Allah ,keluarkanlah kami dar kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya pengertian, bukakanlah bagi kami malrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan dan mudahkanlah bagi ku pintu-pintu kurniaMu, wahai yang paling pengasih.
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.
Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon...
Allah SWT selalu berada disampingmu.
Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah SWT punya jawapannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum padamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.
Ingat bahawa di manapun kau atau ke manapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU .........
Sms dari kak ana pg td menyentap hatiku..ku buka mata dan baca lagi..ya ALLAH..apakah yg berlaku?kawan baikku masa sekolah dulu accident kete bertembung lori..sekarang koma di ICU hospital trg..die on the way balik ke kampung dari kuantan
teringat masa cuti raya cina baru ini,dia call bertanya khabar dan kami bersembang lama cerita mcm2..termasuk tnye pendapat ttg masalahnye dengan girlfriendnye..kawan baikku since form 1 till sekarang..anak yg baik..menjadi tulang belakang keluarga setelah ayahnye kembali ke rahmatullah tahun lepas..sebak..teringat sebelum letak phone,beria2 die mengingatkanku jangan lupa ajak dia kenduriku....erm..tika ini,, ku terima sms dri kwnku,fiza yg melawatnya..keadaan die amat teruk..nauzubillah..cedera teruk dibahagian dada dan kedua2 mata..ngeri kalau dengar bab2 accident nih..ramai dah kwn2 sekolahku yang meninggal accident..nauzubillah..
YA ALLAH,selamatkan dia..kawan baikku..semoga engkau bagi kesempatan padanya untuk berbakti pada keluarganya.. berilah kesempatan padanya untuk terus bersama kami,,
HAtiku sayu hari ini..ade test POM tapi aku xde mood..aku terasa nak balik jeh kampung sekarang..pada teman2ku,sama2lah kita doakan keselamatan dia..moga ALLAH panjangkan umurnya.
Tika ini jua,ku terima sms dari anie,kwn baikku ayah kak ma telah kembali ke rahmatullah...inalillahiwainnailaihirajiun...dariNYA kita datang kepadaNYA kita kembali..ayah kak ma ni merangkap abang kepada abang iparku..semoga ALLAH tempatkannya di kalangan org2 beriman..AL-FATIHAH..
Ya Allah! Kami minta ampun kepadaMu dan kesejahteraan agama di dunia dan akhirat.
iklan ini dipparkan setelah menErima maklum balas positif dari teman2..
iklan ni bukan kempen ampu semata2..tetapi amat menarik..kenapa aku boleh join sedangkan aku tidak kenal siapa sponsorku..aku hanya bermodalkan keyakinan,keprcayaan dan kesungguhan..insyaALLAH,akaun anda akan bertambah dengan jayanya..
KONSEP:
TIADA SYARAT TERSEMBUNYI TIDAK ADA LAGI PANGKAT TIDAK PERLU MENCARI PASANGAN TIDAK PERLU MENJADI PAKAR PENAJA
KELEBIHAN:
Sign up RM58 dan diberi modal RM20
Maintain sebulan hanya 1 kad berharga RM10.00. Tidak ada pangkat. Agen diberi bonus sehingga 10 level walaupun direct line hanya 1 orang sahaja.Boleh urus perniagaan melalui internet.
JOMM...Kita pakat-pakat tukarkan BUDAYA BELI PREPAID DI KEDAI PREPAID, yg hanya menguntungkan tokei kedai prepaid tersebut, sedangkan anda boleh memilih untuk menyertai kami yg bukan sahaja boleh juga memberi anda prepaid, tetapi Anda mampu juga mendapat komisyen tanpa ada syarat2 menghalang yang amat menekan...
PERCAYALAH...SMSRELOAD2U ADALAH PERNIAGAAN INTERNET YG PALING LARIS KETIKA INI...
sesiapa berminat boleh sms or direct denganku..xde masalah..untung sama2 rugi tidak sekali..insyaALLAH
oleh itu,Fikir-fikirkan,jangan tangguh2 lagi!!jadilah pengguna bijak...
Marah itu sebenarnya ialah api yang bersumberkan dari api Allah yang menyala berkobar² serta menjulang tinggi sampai naik ke ulu hati..marah itu ditimbulkan oleh sifat bongkak yang terpendam dalam kalbu setiap orang sebagaimana terpancarnya api dari batu yang dipukulkan pada besi.
Menurut peyelidikan, dikatakan bahawa manusia itu adakalanya urat sarafnya ditarik oleh syaitan ketika marah..Oleh sebab itulah, barangsiapa yang dapat dipengaruhi oleh api kemarahan, maka bererti eratlah hubungannya dengan syaitan.
Menurut satu riwayat bahawa pada suatu hari datanglah seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w, kemudian berkata: " Ya Rasulullah, berilah saya perintah untuk mengerjakan suatu amalan yang baik, tetapi saya harapkan yang sedikit saja." Lalu baginda pun bersabda yang bermaksud "Janganlah Engkau marah" Orang itu bertanya lagi..tetapi baginda tetap berkata.. "janganlah engkau marah'... sebanyak tiga kali. jelaslah di sini... menahan api kemarahan itu amatlah dituntut dalam islam.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud... "Orang yang paling gagah perkasa diantara kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya diwaktu marah dan orang yang tersabar diantara kamu semua ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal ia berkuasa untuk membalasnya" (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)
Kita perlulah sedar bahawa setiap manusia itu tidaklah sama dalam menangani sifat marah ni.. Dalam menghadapi kemarahan tu..ade 3 jenis golongan.... Golongan pertama: Tafrith (acuh tak acuh atau hilang kemarahannya) golongan kedua : Ifrath (berlebih-lebihan marahnya) golongan ketiga : I'tidal (mampu mengendalikan kemarahannya)
Yang terbaik ialah yang ketiga iaitu pertengahan daripada yang 1 dan 2..Bermaksud marah itu boleh sebagaimana sepatutnya dan setiasa di dalam kawalan dan mengikut landasan yang Allah tetapkan.
Tafrith tu..sifat yang tak marah langsung..dikatakan org yang tergolong dalam ni..tidak mempunyai sifat hamiyyah (pembelaan).Ia tidak ingin mempertahankan kehormatan diri... isteri/suami.. keluarga.. agama.. bangsa dan negara... tafrith pula.. sifat marah yang berlebih-lebihan. Suka sangat marah-marah orang, tak boleh kawal..mereka yang tergolong dalam golongan ini sentiasa memenangkan marahnya (ikut hati) ..
Kalau kita marah, dapat dilihat perubahan fizikal pada warna muka dan mata. Ada yang mengertap gigi, kepal penumbuk, menggeletar, kembang kempis hidungnya. Betapa buruknya wajah kita bila kita marah. kalaulah masa kita marah tu..cermin ada dihadapan..mesti kita akan rasa malu. "eee..teruknya muka aku bila marah!"..
Hmm..tak dinafikan..ada masa kita boleh kawal diri, dan ada masa terlepas juga, kita hanya insan biasa, latihan mengawal marah ni boleh dilakukan, disamping teguran-teguran dari sahabat-sahabat disekeliling kita, saling tegur menegur dan nasihat menasihati. banyak ganjarannya sekiranya kita berjaya mengawal perasaan marah tu.
Benarlah sebagaimana Firman Allah yang bermaksud: "Bersegeralah menuju keampunan dari Tuhanmu serta syurga yang luasnya seluruh lagit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. iaitu orang yang membelanjakan hartanya diwaktu hartanya cukup dan juga kurang serta orang-orang yang suka menahan kemarahannya dan gemar pula memaafkan kesalahan para manusia dan Allah itu mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan" (Al Imran 133-134)
p/s:teman,maafkan daku atas sikapku..terlalu banyak kesilapan yg ku lakukan dan terlalu banyak diri ini menyakiti dirimu..terlalu sabarnya engkau dgn sikapku..maafkan ku teman..moga ALLAH ampuni dosa2ku dan moga hubungan kita kekal hingga ke akhir hayat..terima kasih atas pertolonganmu..hanya DIA yang mampu mebalas jasa dan kebaikan diberi..
Bolehkah seorang sahabat memaafkan sahabatnya tanpa syarat? Mungkin ada, tapi sering tiada.
lagu TEMAN TAPI MESRA nyanyian ratu dh jadi top rank dlm koleksi aku..hahaa..best la plak layan tgh2 berserabut..suke muziknye yg rancak..aku lbh suke layan muzik dri lirik..rase mcm best jeh muzik tuh..layanzz jela..dgr lagu nih teringat pada teman2 sepermainan kecik2 dulu>karimah,matdin,mat,adi,kak,ani,fiza,ayu,kero,nurul..uu..manela budok2 ni berada..karimah antara kwn plg rapat selalu bersamaku bermain pondok2,gelap cerah,batu selambut,main arnab,tudung tin n mcm2 lagi..hampir 14 tahun x jumpe..lama tuh..rindu pada saat2 itu..pergi mengaji plg rajin.x pernah ponteng..blk ngaji main getah,batu selambut,tudung tin n dok lupe tah nusuk..kenangan yg plg x bole dilupa..buah kelapa jatuh atas kepala kwnku,nurul masa main bola masuk dlm..masa tuh aku yg baling bola n nurul kejar bola..x sedar ade buah kelapa ngah jth..n time tuh jgk die menangis sekuatnye..permainan trs berenti n aku time tuh dh pucat lesi..rase2 pas 2 dh x main bola msk dlm dkt 2 mgu..uu..horror..nasib x de ape2 kat otak die..skrg dh grade dri usm..
sonoknye keriangan tuh..aku jamin bdk2 zaman skrg dh xde merasa permainan2 aku main zamn2 kecik dulu..kalu cite dkt anak2 buah seme ternganga belake..bdk2 ni excited bertanye zmn2 aku pnuh cerita..sian azi,lukman,khalida,ayie,wardiah,safiah,wani,mizi,syakirah(ramainye ank buahku) yg tgh membesar..huhu..bdk2 zaman skrg mmg tension..asik2 ngadap game computer,main kejar2..alih2 main beskal..apela..x best langsung..
dulu..balik ngaji jeh lesap g main ngn baju kurung..blk2 tengahari cri nasi..makan nasi saing..punyela bwk pgn jauh berjalan g mkn umah kwn..ade tuh x sempat sampa umah kwn,taik burung jth dlm pgn..berlari blk semula cari nasi lain..lauk simple2 tp mkn ramai2 mmg best..kami gilir2..esok makan umah kwn len lak..sapa hbs pusingan..teringat jua pondok kami buat dgn dahan kelapa bkg umah kero..2 pondok..1 lelaki n 1 puan..mmg cntk kami hias..dgn bunga2,reben..tmpt istirehat bile dh pnt main..alih2 x sapa 2 hari kene bakar dgn mak kero,mok jenab..menjulang api masa tuh..uu die marah buat pondok cntk bkg umahnye..
rindunya pada kenangan2 nih..rindu pada shbt2 sepermainan..x pernah pk masalah..balik sekolah g ngaji then cari saing main..malam ngadap keje sekolah n tido...kalu tgk tv pun cite2 kartun flash man,ultraman..cite2 omputeh mmg lgsg x layan..cite melayu jarang2..ape x nye hari2 duk main jeh..ari mgu lesap..blk2 dh gelap..main bola selipa n bola tin..penat main bola main pondok smbil nyanyi lagu dipondok kecil..msg2 ade part msg2..berlakon jd mak tiri garang,anak,ayah..aduhai ..lawaknye bile ingat2 blk..
dulu dan kini banyak bezanya..x terjangkau aku 20 thun akan dtg camna rupe..anak2 genersi akan dtg apela nasib agaknye..just wait n see..insyaALLAh kalo umur panjang..
Allah knows what’s best for us So why should we complain We always want the sunshine But He knows there must be rain We always want a laughter And the merriment of cheer But our hearts will lose their tenderness If we never shed a tear.
Allah tests us often With suffering and with sorrow He tests us not to punish us But to help us meet tomorrow For growing trees are strengthened If they withstand the storm And the sharp cut of the chisel Gave the marble grace and form.
Allah tests us often And for every pain He gives to us Provided we’re patient Is followed by rich gain So whenever we are down And whenever we feel that everything is going wrong It is just Allah’s way To make our spirit strong…
hati..be cool..kenapa cepat sgt nak marah2 ek??ya ALLAH,aku berlindung denganMu dri sifat2 mazmumah dan sifat2 keji....
Bacaan pada masa lapang... enjoy...sure korang teringat balik zaman2 skolah dulu...
tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:
kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.
berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...
ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.
ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...
cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan...kan?
semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.
Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa
time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...
internet? email? mendalah ape tu?
CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.
kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.
tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.
tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...
lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.
lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...
permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...
kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!
lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.
hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88. skarang digelar 'remaja'.
bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...
bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.
AIDS wujud sejak diorg lahir.
CD pun wujud time diorg lahir.
Michael Jackson dah putih dah time tu.
Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.
Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.
Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.
Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.
dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...
hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:
1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...
pejam projek..celik pun projek..dunia aku ni mengadap komputer n mengadap montessori..kalu kata nak muntah..dah lama aku muntah..memandangkan due final year presentation makin hampir..tergoleklah dahulu sblm tergolek di kemudian hari..
feeling not well..semalam kena marah lagi..tido lambat sokmo..nak wat camna..ngadap bende ni mmg kene saba n kenala berkorban..computer cannot support already..not enough memory??x kan berat sgt kot..video x masuk lg..RAM 512 pun x ckp..dahtuh nak RAM berapa?adoiilaa...sakit..my holiday going to fully enjoy and after break i will .......... uu...dah stuck ni 1 ape pun aku xle watpe..waaaaaaa..nak nangis pun ade..already tired..
"Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya". "Kasihnya Tuhan kepada wanita!" Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan 'layanan' istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.
Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.
Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.
Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan olehTuhan kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.
i) Gelaran bagi `isteri' di dalam Al Quran
Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa- bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah `husband' manakala perkataan untuk isteri ialah `wife'. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari' manakala perkataan `femme' untuk isteri.
Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh' dan `zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna `pasangan'. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.
Namun, gelaran zaujah ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut 'imraah', kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya.
ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita
Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:
a. "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" dan bukan "di dalam tangan" atau "di sisi" seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng'hamba'kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.
b. "Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku."
c. "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)
d. "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."
e. "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang (isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang is suka."(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)
Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.
iii) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia
Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nana yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang'. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi- Nya. Sudah tentuTuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.
Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.
iv) Diberi Pahala yang Berterusan
Wanita disebut `kurang dari sudut agama', tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.
Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan sediakan untuknya.
kepada wanita2..syukurlah kepadaNYA..syukurlah dijadikan wanita dan moga2 kita tergolong dalam golongan wanita2 solehah walau sukar untuk diperolehi..insyaALLAh
syukur ku panjatkan pada DIA yang Esa..terlalu banyak limpah kurniaNya pada insan lemah ini..syukur..DIA memberiku nafas hingga kini untuk merasa nikmat keindahan islam..nikmat berada dalam memperjuangkan islam..dan nikmat kasih sayang dari org2 sekeliling..
syukur..dalam hidup ini,DIA mempertemukan diri ini..dengan insan2 yang teralu baik hati..insan2 yang terlalu banyak berkorban untuk diri ini..insan2 mulia yang tidak mengharap ape2 dari insan kerdil ini..mungkin secebis doa hanya mampu kuukir selepas solat..mohon DIA membalas segala kebaikan diberi..
happy belated birthday to cikgu noraini and auntie sheila yang menyambut hari lahir pada 19/1 lepas ..2 insan yang berhati luhur dan berjiwa murni..semoga hidup kalian sentiasa dimurahkan rezeki..
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)". ( Surah Al Ahqaaf ayat 15.)