Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

(Assalamu'alaikum wrb) السّلام عليكم و رحمة الله

Ya Tuhan kami , ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir~~ (Al Imran : 147)






INDAHNYA KASIH PADA YANG SATU

HADIS HARI INI


Barangsiapa yang memperhatikan kepentingan saudaranya,maka Allah akan memperhatikan kepentingannya.
Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama muslim,maka Allah akan melapangkan satu kesulitan
dari beberapa kesulitan dihari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi kejelekan orang lain maka Allah akan menutupi kejelekannya dihari kiamat. -Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

   

<< March 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31


Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie 2nd Birthday Ticker
Lilypie 1st Birthday Ticker


Sebaik-Baik perhiasan adalah Wanita Solehah

"Ya Tuhan kami ,kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi" -(Al A'raf : 23)-




..: COUNTING..:

Free Web Counter





RABITAH HATI
(IKATAN HATI)
Hati ini telah bersatu
Berkumpul di perut bumimu
Hati ini telah berpadu
Bersatu memikul beban dakwahmu
Hati ini telah mengikat setia
Untuk mendaulat untuk mendokong
Syariatmu di alam maya
Maka Ya Allah eratkanlah ikatan yang ada
Kekalkan kemesraan yang ada
Tunjukkanlah jalan yang benar
Terangkanlah dengan cahayamu
Tiada malap terangi alammu
Hidup suburkanlah dengan makrifatmu
Tapi jika ingin mematikannya
Matikanlah sebagai syuhada’
Dalam perjuangan menegakkan agama yang mulia…





::MuTiaRa KaTa::

Tidak perlu mencari teman secantik Balkis, Jika diri tidak seindah Sulaiman. Mengapa mengharap teman setampan Yusof, Jika diri tidak seindah Zulaika. Tidak perlu menjadi seperti Ibrahim, Jika diri tidak sekuat Hajar dan Sarah. Mengapa didamba teman hidup seistimewa Khadijah Jika diri tak sesempurna Rasulullah s.a.w





..:COOL WEBSITE..:

::sis
::abg Adha
::my website
::Tranung Kite
::GaNuSoCCeR
::Portal Muslimah
::Uniten ::PPI group ::syeikh Ahmad yassin ::Ukhwah
..:FRENZ BLOGS ..:

::my sis
::Abg adha
::Sufiyah
::Kak Baiti
::Kak Alin
::Kak Ira
::Nefertari
::Syafa
::SyahidItuSuci
::cahaya Malam
::Pak Ngah
::kak Janz
::Wanis
::Adibah
::AlumniMuslimat
::Mizmi
::Wanie
::Lily
::Dayana
::Ilah
::Fatin
::Zaini


..: INTERESTING LINKS :..


Everything praises Allah
Nama Allah
Before Death
Gaza
Lagu Jepun
Cerpen
Saiful Islam
Best E-novel
::Resepi

..:MARI BELAJAR IT:..

HTML
FLASH
PHOTOSHOP
ASP
DREAMWEAVER

ITtutor
celikIT
ITSifoo
MULTIMEDIA

..:BABY CORNER:..

Baby Gear
FabulousMom
Anakku
SusuIbu
Baby Center
Ask Dr

Allah knows what’s best for us So why should we complain We always want the sunshine But He knows there must be rain We always want a laughter And the merriment of cheer But our hearts will lose their tenderness If we never shed a tear. Allah tests us often With suffering and with sorrow He tests us not to punish us But to help us meet tomorrow For growing trees are strengthened If they withstand the storm And the sharp cut of the chisel Gave the marble grace and form. Allah tests us often And for every pain He gives to us Provided we’re patient Is followed by rich gain So whenever we are down And whenever we feel that everything is going wrong It is just Allah’s way To make our spirit strong…
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

KADANG2 ALLAH HILANGKAN SEKEJAP MENTARI...ALLAH DATANGKAN PETIR & KILAT, PUAS KITA MENANGIS, MEMANGGIL, MENCARI DI MANA MENTARI... RUPA-RUPANYA ALLAH NAK HADIAHKAN KITA PELANGI



Semoga Ku sentiasa Menjadi Insan Yang Bersyukur

Wahai tuhanku, tambahkanlah ilmu dan luaskanlah fahamku.Wahai tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.Ya Allah ,keluarkanlah kami dar kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya pengertian, bukakanlah bagi kami malrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan dan mudahkanlah bagi ku pintu-pintu kurniaMu, wahai yang paling pengasih.




Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia.. Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha. Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih... Allah SWT sudah menghitung airmatamu. Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja... Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu. Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon... Allah SWT selalu berada disampingmu. Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah SWT punya jawapannya. Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... Allah SWT dapat menenangkanmu. Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan... Allah SWT sedang berbisik kepadamu. Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur... Allah SWT telah memberkatimu. Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... Allah SWT telah tersenyum padamu. Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi... Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu. Ingat bahawa di manapun kau atau ke manapun kau menghadap... Allah SWT TAHU .........





If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Sunday, March 26, 2006
alahai..comelnyer

Mengisi kebuntuan mengadap thesis draft report..just take a break..

Semalam balik ke sungai buloh bersama kak na..lama x menjenguk abg li sekeluarga..rindu pada anak2 buah 4 org tuh aku ikut kak ana blk even ksibukan projek final dan demam final exam masih melanda..tpi tuh bkn halangan lagi kalu sudah teramatla bosan mengadap komputer 24 jam..

keceriaan si kecik comel..mohd ikram..baru menginjak ke umur setahun bln ni ..dah pandai berjalan n bercakap..uhh..ahh..even x paham apa yg dibicarakan..amat menghiburkan..berjalan lintang pukang n last2 jatuh terduduk..nak ketawa pun ada..comelnyer die..si abg,tarmizi  berusia hampir 3 thn..sangat2la nakal dan keletah..bermacam2 gaya suka diajuk..pernah menonton AF3 lepas..die meniru aksi Felix..ada2 saja..dgn mimik dan gaya tgn sekali..smlm die tunjuk aksi mr bean laa...aduhai..x tahan perut tergelak..ade jeh aksi die mencuri perhatian kami...mizi2..

si kak ngah,azira ,7 thn..cute girl yg tersangatla rajin...suruh jeh buat apa saje..or amik ape2..terus akan buat..xde istilah nanti2..bagus betul..teramat la rajin buat kerja sekolah dan color2..penuh cerita dan gaya..suke menempel dan manja..kalu duk dlm kete..ribaku menjadi mangsa..semalam excited die bagitau dpt no 2 dlm kls dan no 3 dlm kls agama tok peperiksaan penggal baru2 ni..pernah belajar di sekolah montessori..good girl..

si abg long..lukman..9 thn..suka mengadap game hari2..seingatku dari usia 2 tahun..abg dah ajar gune komputer dan main2 game..hingga skrg..ku kira hobby nyer mmg main game.. dah beratus agaknye koleksi cd game..mcm2 ada..hero katakan..game gusti,kete,ninja,moto,naruto n mcm2 la....x terlarat nak layan bdk ni kalu dia ajak main game..sampai x ngat mkn mnm..however,kat sekolah cikgu dh lantik jd pengawas n dpt no 7 dlm kls..okla 2..

ptg smlm..tibe jeh kat umah..akk n abg keje..so kak na cdgkan order jeh set pizza hawaian special..ape lg mengadap la bdk2 ni makan pizza dgn keseronokan..tmbh si kck ikram dgn 3 btg gigi atas n 2 btg bwh pun dh kunyah roti dgn suke2..ku suap sup x sempat2 ternganga dah..hehe..time nak agih2kan..si azi n mizi duk menanya..pizza tok ibu,ayah mana??erkk...korg makan dh terlebih..camna nak bg ibu ayah..hehe..syukur..kecik2 dah ngt kat ibu ayah..hope sikap mereka ni akan kekal till besar2 nanti..

ptg kol 5 bwk si comel ikram,azi n mizi ke taman kat hospital sg.bloh tuh..ape lg..seronok benola berpusing2..tgk ikan,main buai,jalan atas batu akupuntur n mkn eskrem asam..smlm sajeh bdk2 ni dh rembat 5 btg eskrem asam masin..dsyat betul.."cikla,ikan kapal terbang berpusing2"si mazi bising ditelingaku..haa?ikan kapal terbang pe plak.."syg mizi,ikan kapal trbg mana ade..bukan nama ikan kapal terbang..tuh kan ikan keli.dia jwb..ikan kpl terbangla tuh..kapal terbang kan bole pusing2..mcm ikan tuh suke main pusing2..huhu..tuh antra ayat2 yg aku nak tergelak..betul kata aznil..budak2 ni imaginasinye tinggi..bercolor2 dan setinggi bintang di langit..ku senyum jeh melayan keletahnye..antara ramai2..si mizi menunjukkan kepintaran lebih sket berbanding len2.

layan budak2 mmg menghiburkan..even penat,letih n tension..semua tuh akan hilang berterbangan sebaik saje melayan si kecik bercerita... hari yg amat menyeronokkan..syukur alhamdulillah..dikurniakan anak2 saudara yg baik,rajin,keletah...penghibur hati penawar duka :)

Posted at 06:15 am by wardah44
Comments (4)  

Thursday, March 23, 2006
Balas budi menerusi doa

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berbuat baik kepada kamu maka hendaklah kamu membalasnya; kalau kamu tidak terdaya membalasnya maka berdoalah selalu baginya sehingga kamu mengetahui bahawa kamu telah berterima kasih kepadanya kerana Allah sentiasa membalas kebaikan (orang yang berbuat baik) lagi mengasihi orang yang bersyukur.” (Riwayat Tabrani)

Rasulullah SAW mendidik umatnya agar sentiasa mengenang budi dan berdoa bagi orang budiman yang berbuat baik kepada kita sama ada dari segi tunjuk ajar, nasihat, pengajaran atau wang ringgit.

Perbuatan baik termasuk bantuan tenaga, sokongan dan ikhtiar kerana budi baik dibawa mati, hanya Allah membalasnya sebaik-baik balasan.

Justeru, setiap kali kita berdoa untuk ibu bapa dan kaum kerabat, berdoalah juga untuk orang budiman yang berbuat baik kepada kita.
 
credit:berita harian
 
p/s:Happy sweet 25 to miss aini naqiah Ahmad..semoga ALLAH limpahkan rahmat dan kebahagiaan padamu dunia akhirat

Posted at 11:55 pm by wardah44
Make a comment  

Saturday, March 18, 2006
macam2

arini dapat makan eskrem roti yg diidam dri semalam..hehe..tq to mak kiah..terkejut tgk ilah buat naik eskrem..huhu..smlm punyela menunggu bunyi moto eskrem tpi dh terlepas..huhu...arigatou..:) tengah2 sedap menikmati eskrem..dengar ketukan berpalu2 di pintu utama..tok..tok..kami duk dalam umah mengunyah eskrem dgn tiada perasaan..malas melayan si penjual di luar umah..namun ketukan hampir 10 minit ku kira..huhu..semangat betul si penjual ni..lastlly..beredar jugak die..kesian..tergelak dgr ilah kata mcm baca mentera lak..sambil ketuk sambil memangil tuan rumah dlm bahasa ape tah..aku pom x tau..

malam ni aku berhempas pulas tok buat kuiz montessori ni..surf teknik dan sample flash..still x dpt yg aku nak..dah 2 jam lebih aku mengadap bende ni tapi still x dpt solution..penat usah dikata..aku masih berpegang prinsip..nak seribu daya..x nak seribu dalih..macam2 dah aku download..bermacam2 jenis file flash kuiz aku dpt tp mencabar btl..edit2 x jadi..ikut hati yg rawan..nak jeh aku tido terus..malas lagi nak melayan bende ni..tp aku nak buat plg terbaik tok projek final ni,,penat usah dikata..berkorban apa saja..huhu..semoga usahaku ni mendapat ganjaran setimpal..ya ALLAH,permudahkan segala usahaku..

tahniah to my sis..semalam akk ditunangkan dgn pilihan mak..semoga akk terima jodohnya ini dengan baik dan dpt menjadi isteri solehah.,insyaALLAH majlis akan diadakan bulan 6 nanti..

 

Posted at 08:02 am by wardah44
Make a comment  

Friday, March 17, 2006
miss u so much

3 miscall.."bonda" and abg li..erm..sowi  x angkat..tadi ada discussion kat bawah n HP kat tgkt atas .ku tgk jam komputer..ala dah 12.30pm..sure dah tido..mesti ade cite best kat kampung..mak jarang call tibe2..xpe2 call esokla..perut memulas..maybe lambat makan..sapu mnyk n baring2..hopefully dapat tido awl mlm ni..erm..dah 1.45am..arini x sempat dgr alunan zikir kat radio ikim ..alunan yang amat hebat..terasa menusuk hingga ke jiwaku..maha suciMU ya ALLAH..dah jadi habit setiap malam..tryla dgr..pasti terasa hati yg kosong terisi dan betapa ketenangan x terkata..

pusing kanan..pusing kiri..terkebil2..sblm tido,aku muhasabah blk apa yg x kena arini,semalam..banyak sgt..di celah2 bantal..aku teresak..terlalu kerdil diri ini..terlalu banyak dosa n kesilapan..ya ALLAH..ampunkan dosaku..terlalu banyak nikmat aku perolehi tapi pada masa yg sama aku buat dosa..terasa jahatnya diri..di celah keriuhan sahabat2 menjamu selera di bawah..aku doakan kekuatan dan semangat..doa utk bonda x pernah kulupa..Moga ALLAH panjangkan usianya dan beliau diberikan kekuatan dan tabah dlm ujian...yes..i'm miss mom..biasa kalu kat kg..bile terjaga malam..aku baring sebelah mak..aku suka renung wajah mak..terlalu banyak duka dan kepahitan di hadapi..kdg2 aku boleh mengalir air mata tibe2..terasa tanganku nak mendail handphone mak..tapi x kan kuganggu pagi2 buta camni..kang ade je ngat emergency call lak..ringan jri aku taip sms tok mak..mak..rindu sgt..rindu nak blk..

pening pusing kanan kiri..inilah akibatnye kalu setiap malam tido pukul 3,4 pagi..mata pun x nak lena even badan dh penat..ku buka lampu..on blk komputer..ngadap draft report..n ku keluarkan album..renung satu persatu wajah2 yg aku rindu dan aku sayang..ya ALLAH..terseksa dgn perasaan ini..semoga tenangkan jiwaku..

this 2 week..have to finish my final project and draft report..not forget..also important..my final exam on 23 n 31..moga2 aku dpt jawab dgn baik 2 last paper sblm tamat belajar..huhu..horror..1 apepom x  baca lg..29/3..due date to submit draft report n final presentation to supervisor..mesti siap semuanya..sempat ke??kuiz ni nampak jeh simple tapi leceh..sabar jea..

okla,lastly,,minta ampun dan maaf pada semua sahabat..atas segala salah silap..n all the best for final exam..also 4 me..semoga sentiasa kuat semangat dan sabar dalam ujian dihadapi

Posted at 09:41 am by wardah44
Make a comment  

Tuesday, March 14, 2006
RENUNGAN BERSAMA

Mudahnya menjadi muslim, namun... kita sendiri yang
menyukarkannya. Jika kita berfikir sejenak, mudahnya
menjadi muslim...namun...

# Anda perlukan cuma lima minit untuk solat subuh
sedangkan anda boleh meluangkan masa sejam bersiap ke
pejabat atau ke tempat belajar...

# Anda hanya perlu 2 saat untuk memberi salam kepada
ibu bapa,guru² & rakan² sedangkan anda memerlukan 3
minit untuk memakai kasut...

# Anda hanya perlu 5 minit untuk memakai tudung atau
jilbab sedangkan anda boleh meluangkan masa sehingga
20 minit untuk mendandan rambut...

# Anda hanya perlukan 15 minit untuk menunaikan solat
Zohor sedangkan makan tengahari 1 jam 15 minit...

# Anda hanya perlukan 15 minit untuk solat Asar
berjamaah tetapi anda luangkan masa bergayut di
telefon selama 2 jam...

# Anda hanya perlu 15 minit untuk membaca Al-quran,
tidak selama menonton tv,& cd...

# Solat maghrib 7 minit tetapi cerita cina 1 jam...

# Hanya 2 saat untuk mengucapkan salam dan kasih
kepada ibu bapa, atau rakan-rakan sedangkan kadangkala
perbalahan dengan mereka boleh melarat hingga 20
minit...

# Anda hanya perlukan 5 minit untuk menatap sepotong
hadis RasuluLlah SAW walhal anda sanggup menatap
majalah atau surat khabar selama 60 minit...

# Anda hanya perlu 20 minit untuk solat Isyak
sedangkan anda perlukan 40 minit untuk bersiap tidur
atau sanggup menonton wayang lewat malam...

# Sedangkan anda hanya perlukan 2 saat untuk kalimah
syukur....

Renunglahhh.....

Posted at 08:53 pm by wardah44
Make a comment  

Saturday, March 11, 2006
happy birthday

happy sweet 21 to my brother..ahmad fakharuddin..semoga ALLAH melindungi dirimu dan berjaya dunia akhirat..jangan nakal2 n being good boy..

 

Posted at 10:01 pm by wardah44
Make a comment  

Friday, March 10, 2006
tik tok..what's time now??

time now shows to 3.32 am..everyday i like being 'kelawar'..sleep around 2.30 or 3 am and wake up for subuh n lastly dumm again till the alarm clock around ...

haha..apela nak jadi..putaran alam dah x betul dah..eh putaran alam mg dah betul..sistem badan aku nih je yg dah x btl..buat keje mlm2 n pagi2 buta lbh cergas dari siang hari yg panas..bilikku ini di waktu petang amat meruap2..lastly..terpaksa turun ke tgkt bwh n baring2..

countdown to 31st march..time move very fast..everyday is very pack with a lot of works from final project..not finish yet..still 'tersangkut' dgn kuiz..waa..tlgla sape2 yg terer buat random kuiz dgn flash 8..plz help me..template dah ade tp tah camna x nak jd gak..cubaan betul..

thanks a lot to miss nurtakwa..baru jeh lepas masukkan suara tok video2 montessori..even look so sleepy but she was very helpful..doing till the end..tq ye dik..

Hope.ALLAH will help me with the time balance to finish all the works and i can do well for my presentation..done with full of commitment and hardwork for this project from early semester..

ya ALLAH,kurnialah daku kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi apa jua rintangan dan cubaan dariMU..

okla..sama2la doakan kami final year IT student..musim2 'melangguk' depan PC 24 jam..n dengan bahang final exam prtengahan mac ini..mgkn org len risaukan final tp kami lbh risaukan projek..huhu..cepat2la dpt grad..amin

Posted at 11:22 am by wardah44
Make a comment  

Thursday, March 09, 2006
lagu tiga kupang

Dengan kenaikan minyak sebanyak 30 sen ( tiga kupang).
> Lagu tiga kupang yang menjadi hit zaman Pop Yeh Yeh diramal menjuarai semua anugerah Juara Lagu Tahun 2006, atau mungkin lagi ini akan diharamkan terus.
>
Lagu Tiga Kupang
>
> Naik tiga kupang
> Saku penuh habuk
> Enam ekor burung
> Kena virus selsema
>
> Bila sudah naik
> Kita ikut saja
> Tentu susah makan
> Cari kerja luar
>
> ( korus )
> Suami dalam pejabat
> Buat kira-kira
> Suri dalam rumah
> Makan roti tak ada gula
>
> Anak tepi kolam
> Mahu tangkap ikan
> Datang hujan lebat
> Habis banjir Shah Alam

Posted at 05:17 am by wardah44
Make a comment  

Aiman ada kawan. Nama dia Arif....... Aiman tak kisah

Iklan yg tidak asing lagi kalau dengar radio era..di ambil dari email forward by h2o

Apabila menyebut nama Aiman, timbul pertanyaan siapa pemilik nama itu?
Apa bakat istimewanya Aiman hingga mahu dikongsi di ruangan ini?

NAMUN apabila mendengar dialog di bawah, diluahkan dengan penuh perasaan
dan menyentuh hati di radio Era atau Sinar FM, suara itu tentu dekat di
hati anda.

BAKAT CILIK: Gaya Aiman ketika rakaman suara latar untuk iklan khidmad masyarakat terbitan  AMP Radio Networks.

"Aiman ada kawan. Nama dia Arif. Umur lima tahun macam Aiman jugak. tapi
dia kecik jer.. Aiman tak kisah. Kalau main-main, Arif cepat letih. dia jalan lambat-lambat. Aiman selalu pimpin tangan Arif. Aiman tak kisah."Arif sakit. dia HIV pos. (dia membetulkan sebutan) HIV Positif. Bila dia tak sihat, Aiman teman Arif baca buku kat rumah. Aiman tak kisah."

Itu antara bait dialog yang membuat ramai tertanya siapa pemilik suara ini. Bakal berusia 7 tahun, Oktober ini, Aiman bertuah kerana dikurniakan bakat yang hebat.
Aiman atau nama penuhnya, Aiman Hakim Badrul mula membabitkan diri dalam
bidang pengiklanan radio, dua tahun yang lalu ketika berusia empat tahun.

Ketika itu, dia datang menemani sepupunya, Dayang Intan Farahiyah untuk merakamkan iklan pesanan khidmat masyarakat. "Ketika merakamkan iklan sempena Hari Ibu bertajuk Peluang itu, saya mendapat idea untuk menyelitkan sebaris ayat untuk dilakonkan Aiman.Bermula dari situ saya melihat potensi Aiman sebagai bakat suara latar untuk iklan," kata Pengurus Publisiti AMP Radio Networks, Badrul Hisham.

Iklan AMP Radio Networks itu berjaya memenangi tiga anugerah pada acara
Anugerah Pengiklanan Radio pertama, AIR Awards 2004. Ia turut menggondol
satu lagi anugerah pengiklanan berprestij di Malaysia iaitu Anugerah Kancil 2004.

Hasil pembabitan pertama, Aiman terus mengorak langkah. Walaupun masih
belum selesa sebagai pengantara kepada iklan pelanggan, Aiman menjadi
suara utama kepada iklan pesanan khidmat masyarakat untuk Hari Raya Aidilfitri bertajuk Selamat Pulang.

Iklan itu juga memberi impak yang besar kepada pendengar, sehingga membolehkan AMP Radio Networks sekali lagi mencapai kemenangan yang
besar di Anugerah AIR Awards 2005.

Iklan Selamat Pulang merangkul satu anugerah perak dan dua gangsa. Iklan
itu turut menerima Anugerah Penghargaan di Anugerah Kancil 2005 dan MC2
Awards 2005.Aiman yang petah bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris mengakui dia menyukai pembabitan dalam iklan khidmat masyarakat ini.

"Aiman dapat duit bila buat iklan. Boleh beli mainan yang Aiman suka dan
selebihnya simpan dalam bank," katanya riang.

Kini suara Aiman turut digunakan untuk iklan seperti Sabun Pencuci Downy
4X, Real Potato Chips, beg sekolah Masster dan beberapa lagi.Terbaru, Aiman menjadi suara utama pesanan khidmat masyarakat untuk penghidap Aids, Aiman Tak Kisah untuk siaran Era dan Sinar FM.


>>>BIODATA:

>>>NAMA PENUH : Aiman Hakim Badrul
>>>TARIKH LAHIR: 25 Oktober 1999
>>>ASAL : Puchong, Selangor
>>>ADIK BERADIK: Anak sulung dari dua beradik
>>>CITA-CITA : Angkasawan


 

Posted at 05:01 am by wardah44
Make a comment  

Tuesday, March 07, 2006
peringatan bersama

Allah SWT  berfirman, "Sebenarnya   (malaikat  malaikat itu) adalah hamba -
hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya  dengan perkataan
danmereka mengerjakan  perintah -  perintah-Nya. Allah mengetahui segala
sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka
tidakmemberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang  yang diridhai
Allah,dan mereka selalu berhati - hati  karena takut  kepada-Nya" (QS  Al
Anbiyaa'  26-28)


Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat :


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia
tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si
fulan karena tidur dalam keadaan suci'" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh
Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)


2. Orang yang duduk menunggu shalat.


Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra.,bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kalian yan duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah,
ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'"
 (Shahih Muslim no. 469)


3. Orang - orang yang berada di shaf bagian depan di dalam shalat.

imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda,"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf -shaf terdepan"
(hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. Orang - orang yang menyambung shaf (tidak membiarkan sebuah kekosongan
di dalm shaf).


 Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan AlHakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang -orang yang menyambung shaf - shaf" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)


5. Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang Imam selesai
membaca AlFathah

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra.,bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairilmaghdhuubi 'alaihim waladh
dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian aamiin',karena barangsiapa ucapannya itubertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu" (Shahih Bukhari no. 782)


6. Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan shalat.

 Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu bershalawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat shalat dimana
ia melakukan shalat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat)
berkata,
'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad
Syakir menshahihkan hadits ini)


7. Orang - orang yang melakukan shalat shubuh dan 'ashar secara
berjama'ah
.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra.,
bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat berkumpul pada saat
shalat shubuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba)pada malam hari (yang
sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada
siang hari tetap  tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat
'ashar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga shalat
'ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap
tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian
meninggalkan hambaku ?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan shalat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat'" (Al  Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang
didoakan.


Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud
Darda' ra., bahwasannya Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang muslim untuk
saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya
adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang
menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah
kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin dan engkau pun
mendapatkan apa yang ia dapatkan'" (Shahih Muslim no. 2733)


9. Orang - orang yang berinfak.

imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari
Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidak satu hari pun
dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun
kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi
orang yang berinfak'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah
harta orang yang pelit'" (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)



10. Orang yang makan sahur.

Imam Ibnu Hibban dan Imam AthThabrani,meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW
bersabda,"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang - orang yang makan sahur" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam
Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)


11. Orang yang menjenguk orang sakit.


Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70 000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh" (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir
berkomentar, "Sanadnya shahih")



12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

 Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atasseorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendahdiantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain" (dishahihkan oleh Syaikh Al albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)


Maraji' :
Disarikan dari Buku Orang - Orang Yang Didoakan Malaikat,
Syaikh Fadhl Ilahi,

Pustaka Ibnu
Katsir, Bogor,
Cetakan Pertama,
Februari 2005.

p/s:ada masa..sila jenguk ke sini-->kesalahan dalam menutup aurat

Posted at 08:48 pm by wardah44
Make a comment  

Next Page


Blogdrive