Barangsiapa yang memperhatikan kepentingan saudaranya,maka Allah akan memperhatikan kepentingannya.
Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama muslim,maka Allah akan melapangkan satu kesulitan
dari beberapa kesulitan dihari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi kejelekan orang lain
maka Allah akan menutupi kejelekannya dihari kiamat. -Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim
"Ya Tuhan kami ,kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi"
-(Al A'raf : 23)-
Tidak perlu mencari teman secantik Balkis,
Jika diri tidak seindah Sulaiman.
Mengapa mengharap teman setampan Yusof,
Jika diri tidak seindah Zulaika.
Tidak perlu menjadi seperti Ibrahim,
Jika diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
Mengapa didamba teman hidup seistimewa Khadijah
Jika diri tak sesempurna Rasulullah s.a.w
Baby Gear FabulousMom Anakku SusuIbu Baby Center Ask Dr Allah knows what’s best for us
So why should we complain
We always want the sunshine
But He knows there must be rain
We always want a laughter
And the merriment of cheer
But our hearts will lose their tenderness
If we never shed a tear.
Allah tests us often
With suffering and with sorrow
He tests us not to punish us
But to help us meet tomorrow
For growing trees are strengthened
If they withstand the storm
And the sharp cut of the chisel
Gave the marble grace and form.
Allah tests us often
And for every pain He gives to us
Provided we’re patient
Is followed by rich gain
So whenever we are down
And whenever we feel that everything is going wrong
It is just Allah’s way
To make our spirit strong…
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
KADANG2 ALLAH HILANGKAN SEKEJAP MENTARI...ALLAH DATANGKAN PETIR & KILAT, PUAS KITA MENANGIS, MEMANGGIL, MENCARI DI MANA MENTARI... RUPA-RUPANYA ALLAH NAK HADIAHKAN KITA PELANGI
Semoga Ku sentiasa Menjadi Insan Yang Bersyukur
Wahai tuhanku, tambahkanlah ilmu dan luaskanlah fahamku.Wahai tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.Ya Allah ,keluarkanlah kami dar kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya pengertian, bukakanlah bagi kami malrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan dan mudahkanlah bagi ku pintu-pintu kurniaMu, wahai yang paling pengasih.
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.
Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon...
Allah SWT selalu berada disampingmu.
Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah SWT punya jawapannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum padamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.
Ingat bahawa di manapun kau atau ke manapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU .........
Assalamualaikum..lamanye x merepek kat blog ni..hehhe..akhirnya CPU ku ni kembali semula setelah merajuk hampir 2bulan..hidupku x kesunyian lagi..banyak bnde dlm kepala ku ni tgh rancang ngan komputer depan mata..
hampir 4 minggu dah training kat tnb putrajaya nih..macam2 keje office ku buat..dari pemfailan till pengeditan..hahaa...lama x guna excell betul2..keje2 projek hampir siap..simple je tinggal nak present 30hb ni..skang ni tgh tunggu nak update website tnb putrajaya..
hari ni lain sket dari hari2 lain..hari ini duk je bilik meeting belaja ASP ngan faizal..student ME..hebat tol..rasenye bole tabik spring..pandai manage diri..die ajar basic IIS n gune access n dreamweaver..sonok..kalula smee lect aku kat uniten cam die..bahagialah diri..
apapun syukur atas rezeki Allah bagi..even x dpt ape sngt..elaun x dapat..tapi sebenarnya Allah kasihkan hambanya..macam2 jenis rezeki boleh bagi...alhamdulillah..dapat sahabat yg sudi membantu waktu susah senang..even baru kenal x sampai berapa hari..ku tahu niatnya ikhlas..terima kasih teman..terharu sgt..dahla ajar free..die photostat lak buku die tuh..bagi free notes..then die bgtau semalam die rush balik kepong nak cri buku semata2 nak reaady ajar kami..
apapun..syukurlah dengan apa yg ade..dahla tengah sengkek lani..takkan nak korek duit kat bank jeh..uit loan pon kire dah abis..nak baya short sem nampaknye kena tunde nest sem..nak baya uit sewa pon xlepas...xpla..sape2 ade keje kosong,keje part time lehla royat2 kat aku k..
lastly..really miss mom today..jauh disudut hati..rindu pada kletah anak2 buah n adik kat umah..rindu nak bersembang ngan mak..huuhuu..lambatnye cuti..:(
ya ALLAH, pelihara aku dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk,nafsu yang tidak pernah puas dan dari doa yang tidak diperkenankan.....
Assalamualaikum..selawat dan salam buat Nabi Muhamad,Rasul tercinta,ahli keluarga dan para sahabat..berlalunya hari semalam..12 RABIULAWAL..seluruh umat ISlam meraikan hari maulidur rasul..sewajarnya kita memperbanyakkan selawat buat penyuluh umat ini..perjuangannya,pengorbanannya..terlalu besar...Indahnya Islam Ya Allah...
Semalam aku mendapat berita dari mak aini...ade seorang budak uniten meninggal..accident moto balik dari Uniten..tapi x tau sape..arini lak masa kat tempat keje..mak aini bgtau adik usrah kak jan..Ya Allah..terdetik terus hati masa tuh..Allah lebih menyayanginya..arwah Farasheeren Bt Ismail..mmg ku tak kenal orgnye..tapi Allah pilih dirinya meninggal pada hari yang mulia..hari Khamis,merangkap ke hari Jumaat dan jatuh pulak pada hari kelahiran baginda..Subhanaallah..bukan senang nak dapat..al Fatihah dan sekalung doa buat adik fara..moga Rohnya di kalangan org2 beriman..
Mengingatkan kembali accident moto tuh..aku teringatla balik time aku naik moto..memang bile2 mase Allah boleh uji di tengah2 jalan raya tuh..bile2 masa accident bole berlaku..silap cuit sket..tersadung sket je..or terpress laju sket je..macam2 bole jadi..implikasi penunggang moto mmg berisiko..ni mmg ku akui sblm dapat lesen moto lagi..tapi bile ingatkan2 hanya doa je sebagai pendinding..moga2 Allah selamatkan perjalanan..selamat pergi dan kembali..mm..aku bole bayangkan kebimbangan mak2.. x kisahla mak sape pum..mesti terpk jua something cam mak aku pk..risau..kalu esok2 aku ade anak pum..aku takkan benarkan naik moto bebas di jalan2 besar..
apapum,setiap yang bernyawa pasti akan mati...cuma kadang2 perlu kita tabahi..setiap yg berlaku asbab je..dah sampai ajal..x cepat seminit x lewat sesaat..masa tu tibe jua..Ya Allah,bersediakah aku menemuimu..ampunkan dosaku YA ALLAH..moga Allah sentiasa tingkatkan keimananku..
Perjuanganku..apakah yang telahku sumbangkan untk kegemilangan islam??YA ALLAH,pandulah diriku kejalanmu yg lurus..tetaplah aku dalam golongan2 yang sentiasa mengingatimu..moga diri ni dapat istiqamah dalam perjuangan..AMIN..
KECINTAAN kita kepada Nabi Muhammad SAW tidak hanya melalui ucapan atau dengan mengadakan majlis tertentu. Kecintaan itu hendaklah dilahirkan dengan penghayatan terhadap keperibadian Baginda.
Malah, kecintaan itu jangan sesekali dicemari dengan penghinaan terhadap diri, keluarga dan sahabat Baginda.
Umat Islam mesti berusaha membebaskan diri daripada sebarang fahaman dan tuduhan yang boleh merendah-rendahkan kedudukan Baginda.
Hal ini kerana setiap saat, kehidupan dan sebarang tindakan Baginda sentiasa dibajai dengan keluhuran budi pekerti.
Catatan sejarah turut menunjukkan bahawa Baginda, walaupun diherdik oleh masyarakat Arab, tidak sedikit pun berdendam kepada mereka.
Baginda tetap tabah dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan suruhan Allah.
Dengan keperibadian yang mulia itu, Baginda dapat memandu dan mengubah suasana kehidupan manusia ke arah lebih cemerlang, bukan saja di dunia, bahkan akhirat.
Antara sifat terpuji Rasulullah yang patut dihayati adalah:
Benar.
Rasulullah sentiasa bersifat benar dalam semua keadaan.
Baginda tidak pernah berdusta dalam percakapan dan tidak pula melakukan sebarang penyelewengan. Sifat ini menyebabkan masyarakat mempercayai dan mudah berurusan dengan Baginda, sekali gus mewujudkan suasana aman dan tenteram.
Amanah.
Rasulullah bersifat amanah sejak kecil hingga diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab. Sifat amanah Rasulullah turut diakui oleh masyarakat Arab jahiliah yang memusuhi Baginda.
Adil.
Rasulullah sentiasa adil dan tidak memihak kepada mana-mana pihak dalam membuat keputusan walaupun terhadap keluarganya sendiri.
Perkara ini ditegaskan melalui hadis yang bermaksud: "Demi Allah, seandainya anakku Fatimah mencuri, nescaya aku potong tangannya."
Tabah.
Rasulullah adalah seorang yang sentiasa berkeyakinan dan tabah. Sifat ini dihayati Baginda dan diajarkan kepada sahabat sehingga menjadikan dakwah Islam tersebar hampir ke seluruh pelusuk dunia.
Baginda juaga sentiasa yakin terhadap pertolongan Allah dalam setiap perkara yang dilakukan. Hal ini menyebabkan semua halangan yang ditimbulkan oleh musuh Islam, dapat diatasi Baginda.
Istiqamah.
Rasulullah bersungguh-sungguh ketika melakukan sesuatu pekerjaan. Sifat istiqamah ini dihayati sejak zaman remaja hingga kewafatan Baginda.
Contohnya, ketika kecil, Baginda sebagai gembala kambing. Ketika remaja, Baginda terus berniaga bersama Abu Talib. Baginda juga bersungguh-sungguh dalam menyampaikan dakwah supaya manusia mengabdikan diri kepada Allah.
Cekal dan cekap.
Rasulullah juga adalah seorang yang cekal dan cekap menjalankan sebarang tugas seperti urusan berkaitan rumah tangga, pentadbiran negara dan ketika di medan perang.
Tidak mudah putus asa.
Rasulullah tidak pernah putus asa dalam menyebarkan dakwah Islam, menyatupadukan ummah dan melakukan ibadat kepada Allah.
Baginda tidak pernah berputus asa, lebih-lebih lagi ketika menegakkan agama Allah walaupun berdepan dengan tekanan serta tentangan dari Quraisy.
Sehubungan itu, sempena mengingati keputeraan junjungan Rasulullah pada hari ini, marilah kita sama-sama menghayati sifat ini dengan penuh keinsafan dan menjadikannya asas untuk mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat.
Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya. "Ibu,mengapa ibu menangis ?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita." Saya tidak mengerti," kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tidak akan mengerti......"
Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya. "Ayah,mengapa ibu menangis ?"
Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan."
Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya. Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Pada suatu malam, ia bermimpi dan mendapat petunjuk daripada Allah mengapa wanita mudah sekali menangis. Saat Allah menciptakan wanita, Dia membuat menjadi sangat penting. Allah ciptakan bahunya,agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Walaupun, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.
Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya.Dan sering kali pula menerima cerca daripada anaknya sendiri......Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah di saat semua orang berputus asa.
Wanita, Allah berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya walau letih,sakit, lelah dan tanpa berkeluh-kesah. Allah berikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya, dalam situasi apa pun. Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya.
Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan. Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa kegentiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita ?
Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya. Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi.
Dan akhirnya, Allah berikannya airmata agar dapat mencurahkan perasaannya...
Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan di mana ia inginkan.
Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, airmata!
ASSALAMUALAIKUM...boringnye malam ni..sunyi sepi suasana umah BM ni..smlm baru teringat keriuhan adik2 kat tingkat bawah ni masak ramai2..arini balik je keje..masuk je umah..terasa satu kekosongan..terlupe depa pergi kuantan..majlis pertunangan junior aku..merangkap sahabat seperjuangan..moga dirimu akan terus istiqamah dalam perjuangan dik..insyaallah..
rindu pada family..xde keje lain.:(.sunyi2 mcm ni mengimbau aku pada kampung n family..tengok kwn2 seme balik kg..warghhh..hati pun terikut sama..sabarla diri...
arini baru 2 hari training di TNB putrajaya nih..cite serba sedikit..........hari semalam..hampir tunggu 2 jam kat Menara PJH sementara menanti org yg approach kami..sempatla minum kat cafe ngan mak aini...sementara tunggu..adela sorang mamat(si F) ni aku tegur..tu pun tgk dia pakai ID uniten..mm..okla budak Uniten..tapi x pernah tgk pum..borakla sket2..oo budak EP rupenye..nak dijadikan cite..
aku n mak aini dapatla kawan baru..die siap berceritala pengalaman die masuk awl sehari dari kami..keje2 die buat...seme org baik3 katenye..okla...sampaila kami ade briefing till kol 12..hampir 2 jam briefing pasal TNB overview...Puan Nora is very ambitious..biasala stok2 study abroad ni..mmg bersemangat n bermotivasi..mcm2 nasihat die bagi...very nice person..then,tgk pada jadual aku sama ngan si F ni..apelagi bergegas ke anjung..kedai tenaga..aku kena Unit H.E.K ngan si F..sapa sana..fuhh terover gakla mamat ni approach aku kat smee org..fulamak..memang mesra alam sungguhla die ni..baru sehari keje..macam bertahun2 kenal..siap bergelak ketawa..its ok..aku xdela terasa kekok..jumpela kak Faiz..die tunjukla cara buat SAP..system CIBS..die ajarla camna nak gune..dapatla gambaran sket3...
pastu kami g makan alamanda..huhu..terbang hampir 10 rgt gakla makan sini..mmg bankrap la hari2 camni..si F cadangkan something..die dah siap berplan..bagus tol mamat ni..nak balik..siap die offer balik sama ngan die..tapi dah janji ngan si y..it's never minds..hari first bosan gakla..
hari ini..aku hampir tertido..gara2 si f belikan nasi lemak...kol 11 aku dah ngantuk..mkn gule2 ok sket..penat ase ngadap komp..rase mcm wat keje concentrate sgt..asyik mask dapur minum air..nak hlgkan penat..
kol 12.40pm,kak zan ajak masuk meeting ngan puan nora..aku segan jugakla even dah tau ssmlm kena masuk meeting..mak aini hlg lak g beli mkn tgh..xpela..puan nora selaku supervisorku tok H.E.K nI..briefing ape patut..dpaatla keje kena buat..projek gakla..die mmg mengharapkan kami tlg die..siap bgtau die kan bagi feedback terbaik..kire good result la..hahha..mcm suap je..x kshla..aku sonok gakla masa meeting ni..terasa betapa mereka memerlukan kami..hahhhaa...pasni kena siapkan keje2 diamanahkan..
penat meeting..sambung keje sapala kol 5 lbh..seme pekerja len dah cop kami budak bersemangat..kol 5 duk dpn PC lagi..huhu..tak sdar..time over..nak je punch card kol 5.23..tibe2 mak aini bsg..apesal kad die kuar blk..aku pun tgkla..adoiss...taula sapa punye keje..rajing nguhla tgn..tlg punchkan kaminyer..dengkila 2 ye...hehehe..kol 5.30 blah ngan mamat si f ni tlg anta..baiknye awk ye!
okla..penat bercerita..hopefully..aku akan terus enjoy bekerja hampir 3 bln ni..moga2 Allah permudahkan seme keje..
sajak paling popular di radio malaysia Terengganu..
Sayup mengelor anok dok balik Menyembah sujud pada Mung Seakang zaman doktong sudah sapok Seakan zaman gelekek habih doh Mung duk jauh Mok panggil dekat Mung duk dekat Mok panggil rapat Mung duk rapatt Mok sendal
Takmboh bui gogeh
Renungan si Ibu terandeng jauh
Seakang mengelor anok manih
Yang hatinya gelebek sumbing
Ingat air mata yang luroh berjelabok berlembang di lambor
Seakang noknya anok tembor berdecung dari Kuala Lumpor
Biar cokkoh depang mata
Biarlah mung dulu suka mengakas
Sedor sedor le ni senyap tuppas
Sampai gitu mbas menengung
Mok tunggu mu balik raya kappong
Mok tunggu mu jadi bejuruh jangan jadi cakduh
Mok doa' bia r jadi manih dok kelat sebbat
Mok doa' lagi hari raya, biar tenang jangan kelecat barat
Rok jelibung mok tebah buat jalang
Takut mung kena pakoh pinggat lari meletang kalang
Nok tengoknya ke mung
Memang dok dang dang
Nok ramah jari mung anok ku anok kesayangan
Hari Raya andainya buleh aku kelor mung
Takut nak jeruwoh takut mung belohok
Bukang mok nak kereta tolok, bukang mok mitok mah setokol
Mok tahu mung makang burger, hotdog
Dulu mu berahi jering, gemo kuih badok
Mok cuba kelor lagi neh
Baliklah Wok baliklah
Hari raya dok baik bekok
Mok terima mung sayang
Salahnya cuma silap belaga buah getoh
Silap sikitnya rebus ubi kayu dok rebus ubi torok
Adik Adik mu tu nye je mung jadi bekok
Hari raya ning baliklah Wok
Mok sorang berlagu pilu sedih
Ayoh mu gi dok royat nok mati
Rasa nok gelekek tadok tepat geli
Raya sama mung dok tau tepat nok gi
Baliklah Wok
Anak anak ku
Kalau mu kenang duana mung tubek
Kalau mu kenang sapa beso ke mung
Kalau mu kenang sapa dia jaga mung jok kecik
Kalau mu kenang macang mana mung boleh baca nulih
Pagi raya ning mung ada cokoh dirumah
Pagi raya ning mung buat air dappor
Pagi raya ning ciung tangang orang tua
Pagi raya ning mitok maaf dengan mok Pagi raya ning mok dok pernoh berniat nok kehel mung Hari raya hari berkeluarga, cenderhati termahal Hadiah paling comel, hamper paling beso Hari raya, mung semualah paling beso Anok beranok, warih waroh
(Sajak written & read by Ibrahim Mohd Taib of Ajil, Ulu Terengganu)
aSSalamualaikum..dipagi hening jumaat ini..setinggi ucapan salam buat junjungan Nabi Muhamad S.a.w,ahli keluarga serta para sahabat..doa buat arwah ayah tercinta..sanak saudara serta semua kaum muslimin muslimat yg sentiasa diBwh lindungan Yg Maha Esa...
terasa cepatnye mase berlalu..baru je terasa perjalanan ke paka selasa malam lalu..tub2..dah sampai KL rupenye diriku..even cuti x sampai 2 hari..namun aku gagahkan jua kaki pulang ke kampung walaupun dlm keadaan diri x berapa sihat..
perjalanan selasa malam lalu..ku imbas balik..naik bas transnasional..mmg gile sejuk..terasa berada di antartika..2 helai baju sejuk aku bawa..namun mencengkam hga kulit jua..mamat sebelah ke relaks je..siap berbaju lengan pendek lagi..aku dah risau mulenye..ish..jgnla ape2 yg buruk berlaku..aku dahla x larat ni..jgn die himpit aku dah..nak minte tukar seat..tapi rata2 penuh ngan kaum adam rupenye..tapi alhamdulillah mantain je mamat ni sapala aku turun..mm..aku tertido ngan nyenyaknye..spala dkt area mana..aku terkejut tibe2...n nampak seolah2 cahaya lampu cam bangunan kat kerteh tuh..masa tuh tgkp dahla berjerebu..masyaAllah..langsung x nampak..aku lak duk barisan yg bkg jugak..aku hendap banyak kali..aku dah bangun nak turun..takut la terlepas sapa KT..susah lak..last2 aku duduk balik..tgk jam..maybe bkn kot...salah tempat..awl lagi..aku sambung la tido..spala kat kemaman terjga balik..aku tak tido dah..takut kang x pasa terlepas lagi..kat kerteh..ujan lebat gile...aku dah mule risau..camna aku nak turun ni..mmg mandi ujan berembunla aku..dahla tgh selsema..diam aku berdoa moga Allah berentikan hujan ni...selamatla aku ya Allah..
alhamdulillah..masuk je paka..ujan berenti..aku terus call adik mat minte amik..die pun dtgla naik moto..spaa je kat umah..x sempat aku baring lagi..ujan turun selebat-lebatnye..aku teringat doaku..alhamdulillahh..Kau perkenankan jua...selamat diriku..
hari first dirumah,mak duk sibuk suh makan ubat shaklee..suh bagi aku segar sket..aku buke botol..ubat2 besar..even vitamin C..fuhh..aku tutup balik...malasla nak mkn..
duk umah layan kakakku borak..main congkak ngan adik..aku yg menang ..hehhee...main buai..abis gakla 1 novel aku baca..bosan..petang..tgk drama korea..fuhh..dah melekat lak..cite best..tapi mmg miss la pasni...
semalam..aku sembang panjang ngan mak sambil jaga kedai...mcm2 sembang..aku bagitau nak blk mlm jgk..mak mcm x kasi..balik jela besok..tapi aku ade keje nak kena bereskan..xpela..mak izinkan..
semalam jugak..aku solat berjemaah ngan akk,adik n mak..asik2 aku jeh kena...xpela..kate akk aku baca ok..x kshla..pas magrib sambung baca yasin ngan mak n adik...sayu je masa tu..teringat masa arway ayah meninggal..sblm tu mak pesan..niatkan baca yasin tok arwah ayah n saudara2 yg dah pergi..then..sambung solat isyak hinggalah doa...menitik air mata ku tika ni..aku terasa tenang sangat..dpt beramimkan doa ibu...alhamdulillah Ya Allah..
kalu dipk balik..tak berbaloi org kate aku blk..2 hari je..penat dlm bas je..tapi bgku..lihat wajah mak..adik..uamhku..ketenangan kutemui..tah bile la dapat balik pulak pasni..kdg2 aku pk bestnye dpt traning kat paka..tapi xpela..adela hikmahnYa...aku blk semula ke KL..sblm balik aku tgk mak merenung sayu ngan adik kat tepi tangga..aku maikn sedih..adik x bagi balik...sowila ye dik...xle lama2..aku cube hiburkan hati..tapi time aku lambai..mak n adik lambai balik...air mata ni tumpah jua...rinduku tak mampu terubat..sabarla hati..
aku tido sepanjang perjalanan..penangan ubat batuk agaknye..makin teruk batukku..xpela..Allah nak uji..bermulanya ujian yg bakal mendatang..nak ke training nanti..takutnye terasa hati..sabarla diri..moga Allah kurniakanku kekuatan...
~~
Hendaklah kamu ambil berat bagaimana amalan diterima daripada banyak beramal, maka sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa, betapalah amal itu hendak diterima.