Barangsiapa yang memperhatikan kepentingan saudaranya,maka Allah akan memperhatikan kepentingannya.
Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama muslim,maka Allah akan melapangkan satu kesulitan
dari beberapa kesulitan dihari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi kejelekan orang lain
maka Allah akan menutupi kejelekannya dihari kiamat. -Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim
"Ya Tuhan kami ,kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi"
-(Al A'raf : 23)-
Tidak perlu mencari teman secantik Balkis,
Jika diri tidak seindah Sulaiman.
Mengapa mengharap teman setampan Yusof,
Jika diri tidak seindah Zulaika.
Tidak perlu menjadi seperti Ibrahim,
Jika diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
Mengapa didamba teman hidup seistimewa Khadijah
Jika diri tak sesempurna Rasulullah s.a.w
Baby Gear FabulousMom Anakku SusuIbu Baby Center Ask Dr Allah knows what’s best for us
So why should we complain
We always want the sunshine
But He knows there must be rain
We always want a laughter
And the merriment of cheer
But our hearts will lose their tenderness
If we never shed a tear.
Allah tests us often
With suffering and with sorrow
He tests us not to punish us
But to help us meet tomorrow
For growing trees are strengthened
If they withstand the storm
And the sharp cut of the chisel
Gave the marble grace and form.
Allah tests us often
And for every pain He gives to us
Provided we’re patient
Is followed by rich gain
So whenever we are down
And whenever we feel that everything is going wrong
It is just Allah’s way
To make our spirit strong…
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
KADANG2 ALLAH HILANGKAN SEKEJAP MENTARI...ALLAH DATANGKAN PETIR & KILAT, PUAS KITA MENANGIS, MEMANGGIL, MENCARI DI MANA MENTARI... RUPA-RUPANYA ALLAH NAK HADIAHKAN KITA PELANGI
Semoga Ku sentiasa Menjadi Insan Yang Bersyukur
Wahai tuhanku, tambahkanlah ilmu dan luaskanlah fahamku.Wahai tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.Ya Allah ,keluarkanlah kami dar kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya pengertian, bukakanlah bagi kami malrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan dan mudahkanlah bagi ku pintu-pintu kurniaMu, wahai yang paling pengasih.
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.
Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon...
Allah SWT selalu berada disampingmu.
Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah SWT punya jawapannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum padamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.
Ingat bahawa di manapun kau atau ke manapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU .........
semalam mengidam sangat2 nak makan steambot..lama sgt2 x mkn after bersalin aritu..msa ummie ngandung husna dulu pernah mkn kat restoren johnny jeh tp x bnyk choices..so
last night,me with papa n kaklong had dinner at nelayan's restaurant..yummy eating a kind of steambots..huhu..best..the price so nice just rm50 for 2 persons + services + tax charges..tq to gps nokia papa yg 'membawa' kami ngan jayanya ke restoren nelayan kat titiwangsa..dkt jeh rupanya..bagus tol ade service2 cm ni..hehe
next time,giliran papa lak belanja ummie n kaklong tau...jgn ngelat tau..hehe..x puas mkn udang2 besau tuh:-)
itulah nyanyian yg dinyanyikan oleh bibik kepada anak2ku semalam..nak ketawa pun ada..tah ape2 jeh bibik ni..dibahasakan dirinya as mak pd anak2ku..semalam hujan lebat masa petang..bibik ckp masa petir berdentum,kak long terus berlari ke arahnya dan peluk ketakutan..dia bgtau trs dia teringat anaknya yg berusia 7 thn selalu peluknya msa hujan lebat sambil ckp:"mak,aku takut"..die bilang kalu kaklong pandai dh ckp..mesti ckp bende sama pdnya.. bibik orgnye amat murah air mata..jika bercerita mengenai anak2nya..air matanya pasti bergenang...aku pasti rindunya pd anak2 x tertahan..kerana aku jua pernah rindu pd kaklong msa tinggalkan kat kg dulu2...apatah lg bibik tglkan anak2nya dh hampir 2 bln...biarlah die menangis sambil bercerita..asal hatinya puas...hati wanita..hati seorg ibu...aku biarkan jeh die mengomel bercerita kisah2 kgnya..anak2nya..kekadang simpati jua..bibik bab menjaga anak2 boleh diharap..tp yg len kureng sikitla..org kg aku paham cara kejenya..xpela..yg penting anak2 selamat & selesa..
~~ x sabar nak pulang kekampung halaman esok malam..walaupun ayah dan bonda sudah tiada..namun masih ada tinggalan semalam yg masih segar dlm ingatan..ya ALLAH,rindunya aku pada mereka..AL-FATIHAH buat arwah ayah & bonda.....
BIDANG teknologi maklumat (IT) bukan hanya untuk mereka yang genius, sebaliknya anda boleh berjaya jika rajin berusaha.
Hakikatnya, bidang ini dipelopori bangsa Cina dan India. Di mana kelibat anak-anak Melayu?
Anak Melayu berkebolehan, cuma kurang pendedahan menyebabkan mereka gagal menunjukkan bakat.
Kita dapati kebanyakan anak Melayu berkecimpung dalam bidang pengurusan berbanding sains komputer. Mereka menganggap bidang ini sukar dipelajari.
Ada juga segelintir pelajar Melayu terlalu mengambil mudah dalam memilih sesuatu jurusan. Mereka hanya memilih bidang yang mudah lulus atau program popular. Sejauh manakah kebenarannya?
Persoalan sukar tidak perlu timbul di kalangan pelajar Melayu kerana mereka perlu sedar setiap perkara yang baru dipelajari akan diperkenalkan daripada akar umbi dahulu dan bukannya terus ke puncak.
Ini bermakna, bidang sains komputer itu bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dipelajari jika bermula dari peringkat asas.
Pakar dalam bidang ini juga perlu mempunyai idea untuk menarik minat masyarakat dalam mendalami bidang ini terutama dalam bidang pengaturcaraan.
Mereka perlu didedahkan betapa pentingnya bidang ini untuk bersaing dalam dunia yang semakin maju seiring teknologi global.
Masyarakat perlu didedahkan dengan skop kerjaya dalam bidang ini supaya mereka dapat berpandangan lebih jauh.
Mereka juga mesti mengambil kira aspek kehendak semasa dan skop kerjaya yang luas dan mampu membantu mengubah corak hidup mereka jika menguasai bidang berkenaan.
Kepentingan dan permintaan dalam industri ini yang sangat ketara malah mudah menjadi perhatian majikan, cuma mereka perlu diberi penerangan jelas untuk mendekatkan diri mempelajari bidang pengaturcaraan.
Selain itu, ada berpendapat, anak Melayu kurang berkecimpung dalam bidang teknologi maklumat kerana faktor kewangan.
Keupayaan memiliki komputer menjadi satu perkara yang amat sukar. Namun, fakta mendapati kebanyakan pengunjung setia pusat siber adalah remaja Melayu.
Mereka sanggup membayar untuk tujuan 'chatting' dan permainan interaktif. Ini membuktikan mereka bukanlah golongan naif mengenai teknologi, cuma kurang usaha mempelajari dan mendalami bidang IT.
Mereka takut meneroka perkara yang lebih berfaedah sehingga mampu menghasilkan sesuatu yang boleh dibanggakan hingga ke tahap penyelidikan dan penghasilan teknologi itu sendiri.
Kita boleh mencontohi India. Walaupun mempunyai populasi penduduk miskin yang ramai, mereka mampu melahirkan ramai pakar IT yang diimport negara maju.
Hakikatnya, pelbagai usaha boleh dilakukan bagi melahirkan ramai pengaturcara di kalangan anak Melayu.
Penerangan perlu diberi terhadap kepentingan dan kegunaan komputer sebagai alat yang berpotensi dalam semua bidang dan tidak hanya dalam bidang sains komputer sahaja.
Masyarakat juga perlu diberi penerangan mengenai pengaturcaraan dan potensinya. Tidak mustahil suatu hari nanti peratus bilangan anak Melayu dalam bidang ini berada pada tahap membanggakan jika masalah ini dipandang serius dan diberi pendedahan meluas.
Pengaturcara Institut Generasi, Basok Aizan, berkata pihaknya menyedari hakikat itu dan terpanggil untuk membantu membimbing anak Melayu dalam bidang IT.
Malah, Institut Generasi merangka program bersesuaian untuk menarik minat pelajar Melayu mengikuti kursus ditawarkan.
Beliau berkata, setakat ini, program yang ditawarkan ialah Pengurusan Sistem Maklumat, ASP.Net, Teknologi Maklumat, Internet Marketing, VB.Net, SQL Database dan Rangkaian Komputer.
"Kami memberi jaminan kualiti terhadap program yang ditawarkan, malah di pantau NOSS (Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan) iaitu badan yang menyelia kualiti mutu mata pelajaran.
"Kemudahan makmal kami dilengkapi teknologi terkini iaitu menggunakan 'Prosessor Dual Core' dengan keupayaan hardisk yang tinggi.
"Ini membolehkan pembelajaran dijalankan dengan lancar," katanya.
Menurutnya, antara lain kelebihan di institut itu ialah memberi ilmu kepada pelajar dalam latihan kemahiran yang mirip amalan kerja sebenar.
"Kami menyediakan jadual waktu kepada pelajar mengikut kesesuaian masing-masing sama ada secara sepenuh masa, separuh masa dan pendidikan jarak jauh (PJJ).
"Ini membolehkan pelajar dapat menguruskan jadual tanpa mengganggu aktiviti kerja mereka," katanya.
sumber:utusan.com.my
-->menjawat jawatan sebagai it analyst bukan 1 tgjwb mudah..perlu kekuatan mental dn kefahaman konsep yg jelas tentang pengaturcaraan..bukan setakat tahu 'copy' and 'paste' sahaja...
USIA satu hingga enam tahun merupakan tempoh tumbesaran kritikal bagi setiap kanak-kanak. Ketika ini mereka memerlukan nutrien mencukupi untuk pembangunan kemahiran fizikal dan kesejahteraan sosio-emosi.
Ia termasuklah keupayaan menguasai daya keseimbangan badan dan pergerakan teratur untuk melakukan aktiviti kompleks yang memerlukan koordinasi minda serta otot seperti menari dan bermain bola.
Aspek perkembangan penting ini meliputi pembentukan dan kematangan saraf otak juga sistem imun (pertahanan) yang cekap untuk mempertahankan tubuh badan dari serangan virus, bakteria dan parasit.
Justeru, pemakanan sihat mampu memberi impak positif secara langsung terhadap kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak. Malah, konsep pemakanan dan tumbesaran sempurna sebenarnya perlu dimulakan dari rumah.
Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Dr. Tee E. Siong berkata, kaedah terbaik ialah menikmati waktu makan bersama anak. Ia boleh merapatkan lagi hubungan ibu bapa dengan anak juga memberi peluang untuk anda meluangkan masa bersama dan menumpukan perhatian kepadanya.
"Aspek pemakanan merupakan faktor paling penting dalam proses tumbesaran anak termasuk berapa banyak dan kerap mereka makan.
"Untuk memastikan anak anda mencapai potensi tumbesaran dengan sepenuhnya, penting bagi ibu bapa memberi makanan sesuai dalam jumlah sepatutnya.
" Ia juga bagi mengelak kekurangan atau berlebihan zat, menyebabkan anak bukan sahaja berisiko dilanda penyakit malah menjejaskan tumbesaran mental dan fizikal mereka," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bulan Pemakanan Sihat Malaysia (NMM) 2009.
Projek (NMM) merupakan usahasama antara pertubuhan profesional seperti Persatuan Pakar Pemakanan Malaysia (MDA) dan Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO) dengan sokongan Kementerian Kesihatan.
Sebagai inisiatif berterusan mendidik masyarakat mengenai pemakanan, NMM diadakan pada bulan April setiap tahun sebagai kempen meningkatkan kesedaran dan amalan pemakanan sihat di kalangan rakyat dengan tema berbeza pada setiap tahun.
Tahun ini, kata E Siong, Kanak-Kanak Sihat, Negara Sejahtera (Healthy Children, Healthier Nation) dipilih sebagai tema sambutan NMM 2009 yang memberi fokus terhadap amalan pemakanan sihat di kalangan kanak-kanak.
Jelas beliau, adalah penting untuk ibu bapa memahami asas amalan pemakanan baik untuk anak mereka seperti pengambilan pelbagai jenis zat, perubahan keperluan zat apabila anak membesar, keseimbangan diet, kuantiti pemakanan sederhana dan sentiasa memantau pertumbuhan dan corak pemakanan anak.
Pun begitu, tabiat pemakanan setiap kanak-kanak berbeza antara satu sama lain sehingga kadang kala memeningkan kepala apabila mereka juga kerap mengadu sakit perut, sakit kepala dan lemah badan.
Masalah timbul apabila ibu atau bapa secara tidak sedar melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan mood dan selera makan anak-anak.
- Makan luar: Menyebabkan anak tidak berpeluang menikmati kelazatan masakan ibu. - Snek: Pengambilan makanan ringan (snek) dua jam sebelum waktu makan mengganggu selera makan anak. - Waktu: Waktu makan yang berubah-ubah mengakibatkan anak lapar dan keliru. - Kritik: Komen negatif terhadap makanan di depan anak boleh mengekang seleranya kepada makanan tersebut. - Paksa: Memaksa anak makan hanya akan membuatkan mereka hilang selera. - Marah: Berleter, mengancam atau memarahi anak supaya menghabiskan makanan akan membuatkannya takut dan menjauhi waktu makan. - Makan sendirian: Menyebabkan anak berasa waktu makan adalah waktu paling menyedihkan. - Tiada kepelbagaian: Makanan yang sama setiap hari menyebabkan anak tidak kurang menikmati aneka jenis diet. - Gangguan: Gangguan muzik, televisyen dan barang mainan yang dibawa ke meja makan menyebabkan anak hilang minat untuk makan. - Makan tidak menentu: Menunjukkan teladan buruk seperti makan di depan televisyen mendorong anak melakukan perkara sama.
Baru-baru ini, NSM dan GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn. Bhd (GSK) turut melancarkan buku panduan berjudul Eat Right, Grow Right (Pemakanan Sempurna, Tumbesaran Sempurna) di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Majlis disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Datin Asariah Mior Shaharuddin yang mewakili Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong.
"Tidak dinafikan apabila anak-anak mula bersekolah dan menceburi banyak aktiviti luar, diet mereka semakin di luar kawalan ibu bapa.
"Bukan sahaja khasiat malah waktu makan juga tidak menentu kerana sering makan tidak tentu masa dan dalam keadaan tergesa-gesa," kata Asariah ketika membacakan teks ucapan Ka Siong.
Tambah beliau, pelancaran buku panduan tersebut adalah selaras dengan usaha Kementerian Pelajaran menerusi program Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan (3K) iaitu kesinambungan daripada Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) yang dimulakan sejak 1967.
Buku panduan ringkas dan komprehensif itu diterbitkan dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin meliputi topik berhubung tabiat pemakanan sihat, tumbesaran fizikal, penglihatan sihat, kecergasan fizikal dan pembangunan emosi.
Sebanyak 22,000 naskah buku tersebut akan diagihkan secara percuma kepada sekolah-sekolah rendah di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak mulai Mei depan sebagai panduan kepada ibu bapa, guru dan penjaga tentang pentingnya penyediaan hidangan sihat kepada kanak-kanak.
Buku setebal 25 muka surat itu juga antara lain membantu ibu bapa memantau fasa-fasa perkembangan anak-anak di samping tutorial, maklumat berguna seperti penyediaan makanan sihat serta proses tumbesaran mental, fizikal dan emosi anak berusia antara empat hingga 14 tahun.
Ia juga boleh dimuat turun daripada laman web www.nutriweb.org.my atau www.gsk.com.my.
semalam papa outstation ke kuantan..tetibe jeh dpt call bgtau kene pergi on the spot..lama dh papa x outstation..ni kali ke2 papa pergi outstation bln ni..alhamdulillah kak long n adik dh sihat..cuma kak long kalu papa xde,dia manja sikit nak tido sama2 ngan ummie..kalu papa ade pandai lak die bam2 kat tmpt die..mmg manja..cume kekadang kesian kat kak long..ummie kdg2 pas ofis ajak jgk kak long trn bwh jln2 pusing amik angin..even bdn terasa penat sgt seharian mengadap komp..tp tgk kak long senyum ceria jeh..hlg penat ummie..
sgt teruja tgk adik husna pagi ni..msa die celik mata bangun tido..tgk jeh muka ummie trs senyum..x pyh agah2..hehe..soo cute..
cite pasal kengkawan sekolah dulu..banyak betul undangan khwn dr mereka..ade 4 undangan..semua mengharap agar aku skga dpt menghadiri walimah mereka..musim cuti sekolah katakan..tp x taula cmna..insyaALLAh ada rezeki dptla vlk..dh plan nak blk trg 1mei ni as anak buah kenduri..x taula akhir mei or awl jun dpt blk lg x..sian si kck ni jalan jauh2..terima kasih teman2 masih mengingati diri ni..rasanye hampir kesemua teman2 ku di kg aku x dpt nak hadiri walimah mereka..sgt sedih..even shbt baikku sdri dulu..
teringat walimahku dhulu..penuh shbt2 sekolah n cikgu2 dtg.mmg meriah..ade sorg 2 yg x dpt hadir pun kirimkan hadiah pd mak2 diorg..ade yg dtg awl bg hadiah.a.de yg pos bg hadih..mmg terharu..terima kasih teman2 masih mengingati diri ini..kenangan bersama kalian di bangku persekolahan mmg xkan dilupakan..
PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.
Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.
Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya." (Surah Al Anbiyaa', ayat 26-28)
Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'" (Sahih Muslim no. 469)
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf-saf." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Jika seorang imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn'...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), maka ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu." (Shahih Bukhari no. 782).
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia.'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadis ini)
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawaRasulullah SAW bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'" (Al Musnad no. 9140, hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir).
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan.
Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'" (Shahih Muslim no. 2733).
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit.'" (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)
10. Orang yang sedang makan sahur.
Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur." (hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh." (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")
12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian.
Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain." (disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343).
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.
semalam ke pesta buku ngan abg..pusing2 aku beli jgk 2 mjlh wanita,1 mjlh anis n buku terbaru keluaran saifulislam..mm..sempat belek2 jeh majalah2 n buku tuh dlm kete time tgu hubby g loyat..blk umah mmg x sempat..kak long dulu duk belek2..aku berkali2 pesan jgn koyakkan mjlh ummie..skrg kalu kua mcm honeymoon blk jeh ngan abg..hehe..kak long n adik kene tgl ngan bibik..kalu pg tmpt2 crowded cm pc fair or pesta buku..aku mmg x nak bwk..kesian bwk bdk2 kecik ni..wat penat badan jeh..kalu kak long x tido ajakla p shopping..kalu x,tgl jela..
pagi td sblm keluar p keje..kak long tgk jug berisi milo atas meja jepun tuh..alih2 ummie duk pakai stokin,dia tuang 1 jug tuh..banjir bwwh meja..geram pun da..ummie puk punggung die..die tgk je ummie..adik ngah dh menangis2 lapo..bibik lak sibuk nak ampai baju..aku duk tgk jam jeh..aku feed dulu adik tp die lak tgk muka aku duk agah2...hehe..ajak sembang lak..last2 kene panaskan jela susu dlm peti..kdg kesian adik ngah..sowi ye sayang..mmg pepagi kelam kabut sket..
skrg hari2 ummie bwk bekal p ofis..msk pepagi nasi n lauk..sampai ade org kata aku berjimat..tp mmg jimat pun..mkn kat luar bkn sedap sangat..harga pun mahal semacam jeh..mkn ikan sekor ngan nasi jeh dh rm4.50..mmg panas jeh hati..msk sendiri lg sedap..hehe..masak ni bolehla abg bwk bekal sekali..hari2 makan air tgn ummie,makinla sayang:-)aku benonya malas nak susahkan bibik..nanti kelam kabut bibik nak msk lg..nak layan kak long lg..adik lg..kang kebulur semua..baikla pepagi aku kelam kabut sikit..n time ummie xde..bibik dpt jaga anak2 dgn aman..x yah nk pk msk2..tp task len bibik buatla..basuh,sapu,mop,lipat baju n iron baju..hari minggu bolehla tolong2 die sket..
sekarang tgh syok wat stok ebm adik ngah..dlm freezer dh ade 20bgks aku isi dlm liners tuh as peti kck jeh..dh jd mcm eskrem lak..kak long pantang kalu ummie buka tupperware isi susu2 tuh..die nak wat main..tp bile sua susu adik,pandai lak die x nak..hari2 aku buka website susuibu.com..lg bersemangat nak mengepam jeh..alhamdulillh so far kat ofis dptla collect 8oz/6 oz 2x pam..kalu kat umah adik ngah x mengempeng bolela 2x lg pam..hari2 aku doa moga cukupla susuku utk adik husna..gembira tgk die bam2 lani:-)syukran ya ALLAH..semoga dpatla ummie susukan husna 2 thn..teringin sgt..mmg kene kuat semangat...
no mood to update..pening duk pk coding..makin lama task makin susah..penat sgt rasa badan & otak..tp nak x nak kene teruskan jgk..nak kene tnjuk kat user friday nih..
kaklong mmg good girl..time ummie g keje elok jeh main sorg2.time baca buku mulutnya mengomel2 mcm bertih goreng..bibik ckp time ummie xde bagus jeh x nnagis..tp bile ummie ade die skit nak mnja la...asik bunyi jeh mltnye..asik nak duk atas riba ummie..penat jgk kekadang layan..tp hlg seme penat ummie bila blk tgk anak2 senyum..
PENAT..xle nak tulis panjang..hope everything going well...cayookk..hope anakku sentiasa diberi kesihatan yg baik
buah ahti ummie n papa dah 2 bulan arini..makin chubby..tp hati ummie gumbira tgk husna sihat bam-bam...penangan SI kot..xpela..chubby pun comel per..hehe..usia 2 bulan,husna dh boleh senyum sket2..kdg kalu agah dia dh boleh jawab mmm..mmg geram ngan si chubby ni..
kak long demam dh 2 hari..mudahan2 cptla kebah..esok umie dh start keje..tah mcm mana ragam kaklong..kesian ade..selalu sblm ni selalu berkepit ngan ummie dpn komp ni..jgn nangis ye kak long
risau ade nak tgl anak2 ni dgn pengasuh..bkn x percaya..tp kekadang ade jgk kelakuan bibik yg ku x berkenan di buat pd anakku..ya ALLAH,aku berlindung pdMU drpda segala perkara tidak elok..ku mohon ya ALLAH,kurniakan keselamatan buat anak2ku..ketua ku ckp sambung jela cuti till isnin..mm..xpela..aku nak simpan gak cuti..moga semua selamat
artikel ni dr DR MUNA..mmg sangat berksan di hatiku...risau sesangat pas baca coz bibik prnah hayunkan husna laju2 time husna x nak tido..mmg nak mrh sgt...
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)
SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.
Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.
Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.
PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain. 2. Jangan memegang bayi anda ketika marah. 3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain. 4. Minta bantuan orang lain.
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.
adik husna payahnya nak tido..kekadang puas mengempeng n berbuai pun mata still x lena2..adoiila...sabarla wahai bibik ye..semoga bibik sabar layani keletah dan kerenah anak2ku..masih belajar utk menghisap botol..dh beli puting MAM..like breastfeed tp husna still x moo..paksa2 jgk kekadang..next week dh nak kene masuk keje..nak x nak kene hisapla ye sayang..masih buat stok ebm..peti ais 1 pintu ssumbat jela..asal husna x lapo esok2 time ummie keje..
kak long hanis dah belaja gosok gigi setiap hari..2x sehari..lega ummie..masa mula2 asik telan je ubat gigi perisa strawberry tuh..agak sedap kot..hehe..semalam bibik bgtau baru pandai muntahkan blk..okla..kak long pun x makan coklat bende2 manis..ummie jarang bg..kalu kbtln pg kenduri..barula ade buah tgn tuh tok hanis...malas nak ajar mkn bende2 x khasiat nih..
suka bercakap tp berterabur lg ckp kelingnya..kdg x paham bende dia nak..ngamuk2 last2 tgk kepenatan nak tido rupanya..suka sayang husna,suka ngadap cermin..kalu pakai tudung dh pandai x cabut..good girl..