Barangsiapa yang memperhatikan kepentingan saudaranya,maka Allah akan memperhatikan kepentingannya.
Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama muslim,maka Allah akan melapangkan satu kesulitan
dari beberapa kesulitan dihari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi kejelekan orang lain
maka Allah akan menutupi kejelekannya dihari kiamat. -Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim
"Ya Tuhan kami ,kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi"
-(Al A'raf : 23)-
Tidak perlu mencari teman secantik Balkis,
Jika diri tidak seindah Sulaiman.
Mengapa mengharap teman setampan Yusof,
Jika diri tidak seindah Zulaika.
Tidak perlu menjadi seperti Ibrahim,
Jika diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
Mengapa didamba teman hidup seistimewa Khadijah
Jika diri tak sesempurna Rasulullah s.a.w
Baby Gear FabulousMom Anakku SusuIbu Baby Center Ask Dr Allah knows what’s best for us
So why should we complain
We always want the sunshine
But He knows there must be rain
We always want a laughter
And the merriment of cheer
But our hearts will lose their tenderness
If we never shed a tear.
Allah tests us often
With suffering and with sorrow
He tests us not to punish us
But to help us meet tomorrow
For growing trees are strengthened
If they withstand the storm
And the sharp cut of the chisel
Gave the marble grace and form.
Allah tests us often
And for every pain He gives to us
Provided we’re patient
Is followed by rich gain
So whenever we are down
And whenever we feel that everything is going wrong
It is just Allah’s way
To make our spirit strong…
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
KADANG2 ALLAH HILANGKAN SEKEJAP MENTARI...ALLAH DATANGKAN PETIR & KILAT, PUAS KITA MENANGIS, MEMANGGIL, MENCARI DI MANA MENTARI... RUPA-RUPANYA ALLAH NAK HADIAHKAN KITA PELANGI
Semoga Ku sentiasa Menjadi Insan Yang Bersyukur
Wahai tuhanku, tambahkanlah ilmu dan luaskanlah fahamku.Wahai tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.Ya Allah ,keluarkanlah kami dar kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya pengertian, bukakanlah bagi kami malrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan dan mudahkanlah bagi ku pintu-pintu kurniaMu, wahai yang paling pengasih.
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.
Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon...
Allah SWT selalu berada disampingmu.
Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah SWT punya jawapannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum padamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.
Ingat bahawa di manapun kau atau ke manapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU .........
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum w.b.t..lama rasenye x update blog ni..x sempat nak mengarang..cume x lupe sentiasa menjenguk berita & cerita rakan2 yg sentiasa 'mengislahkan' blog msg2..
Syukran..masih Diberikan kesempatan oleh Allah TAala untuk merasai nikmat kemanisan IMAN dan ISLAM..yg tiada bandingan nilainya..masuk hari ni hampir seminggu dah batuk n selsemaku..ubat batuk dh abis tapi batuk pun x abis2 lg..xpela...sdkt ujian Allah turunkan ..moga2 memberi peringatan pada diriku..moga Allah mengampunkan dosa2ku..
Tonight..i feel lonely..air mata berderai2 jatuh......perginya seorg teman/sahabat yang terlalu rapat denganku...memang pemergiannya bkn untuk selamanya tapi...dia x akan berada lagi dlm perjuangan bersama2ku..teringat memori dan kenangan semalam...YA ALLAH..andai ini ujian untuknya..Engkau tabahkan hatinya..kuatkan semangatnya..berikan kesabaran padanya..moga2 permudahkanlah segala usahanya dan dia menemui jalan kebahagiaan dan kejayaan..
Terasa betapa kosongnya bilikku ni..walaupun sebelum ni perginya hanya sementara..xdela terasa sangat..tapi hari ini..kosong ...barang2nya seme dah diangkut pergi..Teringat memori semalam..gelak ketawanya menceriakan suasana..lagu nyanyiannya berkumandang ketika bosan..
sahabat yg kukenal hampir 5 tahun dari 1st sem lg..bersama2 dlm 1 usrah hampir setiap semester..pernah makan bersuap bersama..pernah berkongsi tangis dan duka..teman setia x pernah merungut kecewa..pernah berkongsi cerita dan rahsia..
Teman,
ku doakan moga kejayaan sentiasa mengiringi langkahmu..
Ingin aku singkap kembali Kenangan lama agar bersemi Inginku ulangi kisah manis Agar terus bersemadi Ingatlah aku sebagai rakanmu Kenaglah daku dalam doamu Begitulah indahnya kisah dahulu Engkau sebagai temanku Apabila engkau terjaga Satukanlah harapanku denganmu Kerana ianya bakal berpadu Mimpi si penunggu yang setia Layarkanlah impian doamu Sesungguhnya aku masih mengingatimu Sebagai kawan rakan dan teman Semoga kita diberkati Allah Kudoakan kepadamu agar bahagia Di dunia dan akhirat
PERTAMA : HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA : HAK KEPADA MALAIKAT MAUT.
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR.
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT : HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR.
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa,bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.........
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau
kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya,
maka izinkanlah aku memberisyafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat
kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu sertarahmat-Mu..........
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia MahaAgung,
serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
****************************
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tuakita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita.Keranakita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.Istighfarlah,Istighfarlah...Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya.Atau kata-katanya sering mengguris hatinya,atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya.Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.
I asked for strength,
And Allah gave me difficulties to make me strong
I asked for wisdom,
And Allah gave me problems to solve
I asked for prosperity,
And Allah gave me brain and strength to work
I asked for courage,
And Allah gave me danger to overcome
I asked for love,
And Allah gave me troubled people to help
I asked for favour,
And Allah gave me opportunities
I received nothing I wanted
I received everything I need
My prayer has been answered
(AL MUSLIM)
“ Sesungguhnya Ruhul Kudus (Malaikat Jibril) membisikkan ke dalam benakku bahawa jiwa tidak akan wafat sebelum lengkap rezekinya. Kerana itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan memperbaiki mata pencarianmu. Apabila datangnya rezeki itu terlambat, janganlah kamu memburunya dengan jalan bermaksiat kepada Allah, kerana apa yang ada di sisi Allah hanya biasa diraih dengan ketaatan kepada-Nya.”
“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.”
Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.
Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.
Beberapa hadis telah diriwayatkan untuk menyatakan beberapa kelebihan bagi anak-anak yang dinamakan Muhammad atau Ahmad mudah-mudahan menggalakkan orang-orang menamakan anak mereka dengan salah satu nama-nama itu. Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah saw telah bersabda : "Akan berdiri dua orang hamba Allah di hadapan Allah Ta'ala di padang Mahsyar lalu Allah Ta'ala memerintahkan kedua-dua mereka masuk syurga maka berkatalah mereka berdua : "Hai Tuhan kami bagaimanakah kami berhak masuk syurga?
Lalu berfirman Allah Ta'ala : "Hai hambaKu berdua, masuklahkedua-dua kamu ke dalam Syurga kerana Aku telah bersumpah kepada diriKu bahawa orang yang namanya Ahmad atau Muhammad itu tidak akan masuk Neraka." Dan telah diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad bahawa apabila berlaku Hari Kiamat maka akan berteriak satu teriakan. "Bangunlah hai sesiapa yang namanya Muhammad dan masuklah ke dalam syurga sebagai penghormatan agung kepada Nabi Muhammad saw." Dan pada suatu riwayat yang lain pula bahawa akan berteriaklah suatu yang berteriak pada Hari Kiamat: "Hai Muhammad," lalu Nabi saw pun mengangkat kepalanya pada tempat itu maka Allah Ta'ala pun berfirman : "Saksikanlah bahawa Aku mengampunkan tiap-tiap sesiapa yang namanya sama dengan nama Muhammad" Dan daripada Ali bin Abu Talib k.w. bahawa ia telah berkata : "Tidak ada suatu hidangan makanan yang disimpan lalu datang hadir padanya seorang yang namanya Ahmad atau Muhammad melainkan Allah Ta'ala memuliakan rumah itu dua kali ganda." Telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Malikah daripada Ibnu Juraij daripada Nabi saw yang telah bersabda : "Barangsiapa ada isteri yang sedang mengandung dan bercita-cita hendak menamakan anak yang masih di dalam rahim itu Muhammad maka Allah Ta'ala akan mengurniakan kepadanya anak lelaki dan jika ada seorang yang bernama Muhammad di dalam sebuah rumah nescaya Allah Ta'ala mengurniakan berkat di dalam rumah itu" Telah bersabda Nabi saw lagi : "Apabila kamu namakan seseorang itu Muhammad maka hendaklah kamu hormatkan dia dan lapangkan tempat baginya di dalam sesuatu majlis dan jangan masamkan atau hodohkan mukamu kepadanya."
Pernahkah anda menatap wajah orang-orang terdekat dengan anda ketika ia sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali sahaja menatap wajah-wajah ketenangan mereka ketika sedang tidur. Ketika itu yang kelihatan adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.
Seorang artis yang ketika di panggung, di layar perak, di kaca tv begitu cantik dan gemerlapan pun boleh jadi akan kelihatan sederhana dan jauh berbeza jika ia sedang tidur. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tidak akan kelihatan wajah bengisnya.
Perhatikanlah ayah anda ketika beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu sasa dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih
mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.
Sekarang, beralihlah. Lihatlah ibu anda. Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana tempaan hidup yang keras. Orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan mengomeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.
Cubalah menatap wajah orang-orang tercinta itu : Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Abang, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya. Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan ketika menatap wajah yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang tertutup oleh kesalah-fahaman kecil yang entah kenapa selau sahaja nampak besar. Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu dapat kelihatan lagi melalui wajah-wajah jujur mereka ketika sedang tidur.
Pengorbanan yang kadang melelahkan namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata : "betapa lelahnya aku hari ini". Dan penyebab lelah itu? Untuk siapa dia berlelah-lelah? Tidak lain adalah kita. Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, abang, adik, anak, dan sahabat yang telah melalui hari-hari suka dan duka bersama kita. Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka.
Rasakanlah betapa kebahagiaan dan keharuan seketika terganggu jika mengingat itu semua. Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika keesokan hari mereka; orang-orang yang dikasihi itu tidak lagi membuka matanya, selama-lamanya.....
If you can touch it and you can see it, it's REAL.
If you can touch it but you can't see it, it's TRANSPARENT.
If you can't touch it but you can see it, it's VIRTUAL.
If you can't touch it and you can't see it, it's GONE.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
tub..tub..cepatnya masa berlalu..x sedar dah nak masuk pertengahan bulan 5..banyak bende berlaku dlm hidup ini yang tak pernah ter pk n terancang.. minggu lepas selamat aku balik kg bersama kak ana n mr X..cukup terharu dengan kebaikan yang dihulurkan..keikhlasan yang x perlu diragui..ku tahu niatnya menolong bukan kerana diriku..tapi kerana ikhlas kerana Allah..tak pernah merungut jauh sekali mengungkit penat even diri ini banyak terlelap dlm kereta..terima kasih atas kesudian menolongku sekeluarga..juga tak dilupakan kepada tuan empunya kereta..syukran... benar orang kata,kalu takde ibu bapa sunyilah rasanya hidup..seolah hilang tempat bermanja..setibanya kat umah pukul 3.30 pg tu terasa seolah satu kehilangan..kebiasaannya kepulanganku disambut didepan muka pintu..takpun mak akan tanye dah makan,bas kol bape..dan mcm2 lagi..tapi hari tu terasa satu kekosongan..tapi hati ini mengerti..jauh disudut hatiku aku mendoakan agar Allah mengurniakan kesihatan yg baik dan usia yang panjang buat ibuku... alhamdulillah mak dah dpt keluar sebelum kami bertolak ke Kl petang ahad tu..even x trun sangat tekanan darah tingginya tapi alhamdulillah bolehla berehat kat umah.. selama 2 hari dirumah..banyak bende aku pk..aku terasa seorang ibu hanya ingin menatap wajah2 kesayangan anak2nya..maybe rindu untuk bersua muke..hanya kita yg tak tahu...seorg ibu mungkin susah untuk meluahkan tapi kite sbgai anak paham2la..sape2 yg lama tak balik tuh..jenguk2la mak ayah kat kg... mak dah susut aku tgk lani..agaknya dah lama x makan nasi...kesian aku tengok..tak berselera katanya nak makan..kalaulah aku berada kat kg..aku paksa mak makan jugak. apapun dari kejauhan,aku mendoakan moga mak sentiasa sihat walafiat dan diberi kekuatan dan kesabaran..sayu rasanya bila setiap kali nak balik Kl tanya..bile nak balik kg lagi??dan masa aku peluk die sbeelum balik..matanya bergenang...sabarlah diri...
hari guru on 16 mei lepas aku dikejutkan dengan pemergian seorg guru sekolah rendahku..allahyarhamah cikgu Norhayati Abu bakar..sedih rasanya..dulu masa sek rendah pernah rapat dgnnya..dalam usia yg masih mude 39 tahun..aku tak tau sgt punce penyakitnya...doaku moga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.. lastly,full of congratulation to kak azy..comei betul babynya..huhu..macam uminya..
Hari ni jua genap 4 tahun pemergian arwah ayahanda tercinta..teramat rindu rasenye..takkan terhapus saat2 suka duka bersamanya...teringat saat2 terakhir bicara bersamanya..teringat semalam pernah mencabut ubannya,pernah membersih cat dimukenye ketika bina rumah baru,pernah sesekali picit badannya ketika penat..pernah mencabut selumbar kakinya..dan x lupa air tea susu kegemarannya..teringat pesanan terakhir ketika dimatriks dulu..ya Allah,rindunya saat2 itu..rindunya untuk memanggil panggilan 'AYAH"..seorg ayah yg begitu hebat bagiku..tiada pengganti kedua..arwah amat berdisiplin dan kuat berusaha...hingga ke usia senja masih kuat berusaha demi kebahagiaan anak2..baktinya..jasanya akal kekal bersemadi dijiwa anak2..tiada doa kudus melainkan hanya dpt mendoakan agar roh arwah tenang di sana dan ditempatkan dikalangan org2 beriman..amin..
Seorang ibu memberi nasihat kepada puterinya ketika melepaskannya untuk dibawa si suami dengan ucapan, “ Hai puteriku, kamu akan berpisah dengan tempat kamu dilahirkan dan akan meninggalkan sarang tempat kamu dibesarkan, pindah ke sangkar yang belum kamu kenal dan kepada kawan pendamping yang belum kamu kenali sebelumnya.
Dengan kekuasaan suamimu atas dirimu, dia menjadi pengawas dan penguasa. Jadilah pengabdi baginya, supaya dia menjadi pengabdi bagimu.
“ Hai puteriku, ingatlah pesanku yang sepuluh sebagai pusaka dan peringatan bagimu.
“Bergaullah (berkawan) atas dasar kerelaan (ikhlas). Bermusyawarahlah dengan kepatuhan dan ketaatan yang baik. Jagalah selalu pandangan matanya, jangan sampai dia melihat seseatu yang buruk dan tidak menyenangkan hatinya.
“ Jaga bau – bauan yang sampai ke hidungnya dan hendaklah dia selalu mencium wewangian darimu. Celak mata memperindah yang indah dan air dapat mengharumkan bila tidak ada wewangian.
“ Jagalah waktu – waktu makannya dan ketenangan saat tidurnya, sebab perihnya perut disebabkan rasa lapar dapat mengobarkan amarah dan kurangnya tidur sering menimbulkan rasa jengkel.
“ Peliharalah rumah dan harta bendanya, dirinya, kehormatannya, dan anak2 nye. Sesungguhnya menjaga harta bendanya ialah suatu penghargaan yang baik dan menjaga anak –anakanya adalah suatu perbuatan yg mulia.
“ Janganlah engkau sekali kali membocorkan rahsianya dan jangan menentang perintahnya. Bila membocorkan rahsianya kamu tidak akan aman dari tindakan balasannya dan bila menentang perintahnya beerti kamu menanam dendam dalam dadanya.
“ Janganlah engkau terlihat gembira di saat dia sedang sedih dan susah, dan jangan bersikap murung saat dia bergembira. Kedua hal ini dapat menimbulkan kesalah fahaman yang akan membuat keruh rumahtanggamu
“ Muliakanlah dia agar dia juga memuliakanmu dan banyaklah bersikap setuju agar dia lebih lama menjadi pendampingmu.
“ Kamu tidak akan mencapai apa yang kamu inginkan, kecuali bila mengutamakan keredhaannya atas keredhaanmu, dan mendahulukan hawa nafsunya terhadap hawa nafsumu dalam hal2 yg kamu senangi dan kamu benci.