Barangsiapa yang memperhatikan kepentingan saudaranya,maka Allah akan memperhatikan kepentingannya.
Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama muslim,maka Allah akan melapangkan satu kesulitan
dari beberapa kesulitan dihari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi kejelekan orang lain
maka Allah akan menutupi kejelekannya dihari kiamat. -Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim
"Ya Tuhan kami ,kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi"
-(Al A'raf : 23)-
Tidak perlu mencari teman secantik Balkis,
Jika diri tidak seindah Sulaiman.
Mengapa mengharap teman setampan Yusof,
Jika diri tidak seindah Zulaika.
Tidak perlu menjadi seperti Ibrahim,
Jika diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
Mengapa didamba teman hidup seistimewa Khadijah
Jika diri tak sesempurna Rasulullah s.a.w
Baby Gear FabulousMom Anakku SusuIbu Baby Center Ask Dr Allah knows what’s best for us
So why should we complain
We always want the sunshine
But He knows there must be rain
We always want a laughter
And the merriment of cheer
But our hearts will lose their tenderness
If we never shed a tear.
Allah tests us often
With suffering and with sorrow
He tests us not to punish us
But to help us meet tomorrow
For growing trees are strengthened
If they withstand the storm
And the sharp cut of the chisel
Gave the marble grace and form.
Allah tests us often
And for every pain He gives to us
Provided we’re patient
Is followed by rich gain
So whenever we are down
And whenever we feel that everything is going wrong
It is just Allah’s way
To make our spirit strong…
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
KADANG2 ALLAH HILANGKAN SEKEJAP MENTARI...ALLAH DATANGKAN PETIR & KILAT, PUAS KITA MENANGIS, MEMANGGIL, MENCARI DI MANA MENTARI... RUPA-RUPANYA ALLAH NAK HADIAHKAN KITA PELANGI
Semoga Ku sentiasa Menjadi Insan Yang Bersyukur
Wahai tuhanku, tambahkanlah ilmu dan luaskanlah fahamku.Wahai tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.Ya Allah ,keluarkanlah kami dar kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya pengertian, bukakanlah bagi kami malrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan dan mudahkanlah bagi ku pintu-pintu kurniaMu, wahai yang paling pengasih.
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.
Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon...
Allah SWT selalu berada disampingmu.
Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah SWT punya jawapannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum padamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.
Ingat bahawa di manapun kau atau ke manapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU .........
assalamualaikum..uhh..lamanya x update blog nih..dh bersawang..actually problems sket ngan komputer..xle nak sign in blog nih..huhu..tersalah setting kot..
Hari ni bangun dengan penuh bersemangat...teringat semalam janji sebelum tido nak pulun microP pagi2 nih...buat 2,3 soalan..aku dh mule pening..tolong tok guru!!susah tol aku nak mesra alam ngan microP ni...padahal every class selalu jeh belaja balik..tapi pas suh wat balik pogramimg...terus stuck..alahai diri..takkan sejarah digital akan bermula lg??OH..TIDAK..moga perjuanganku dlm subject EE ni akn berakhir dengan kegembiraan..InsyaAllah..Permudahkan YA ALLAH atas segala usaha2 ku ni..
kabare sahabat2ku??lama x dengar kaba bekas member sebilikku..cik zed..ape cite lani?n buat sahabat karibku,NORa..tahniah kerana dpt sambg degree at KUITHo..die bermula dari bwh..pas spm masuk poli amik sijil..pas lulus..sambung diploma..n last lani degree..alhamdulillah..kuat semangatnya tok belaja..bravo kawang...:-)
Sem ni x banyak aku ambil..subject micrOp ngan elektif,OOSE..ngan projek 1..insyaallah aku akan develop courseware-->MONTESSORI TECHNIQUE..ni tok trained new teacher..sesape yg berminat nak membantu aku mencari info..dialu2kan:)hopefully aku dpt wat yg terbaik tok projek ku ni..x lama dah.lagi setahun nak grad..moga DIA permudahkan usaha2ku..ameen..
'Menghitung hari'..huhu..ramai tol mengusik aku ngan lagu nih..tah apela sonok ngat..aku lak biasa2 jeh..ceyyyy..Insyaallah 28/8 abgku yg bongsu akan menamatkan zaman bujangnya setelah penuh dugaan dan cabaran..sedih tol ngan ujian percintaan yg menimpanya..sebelum nih aku pernah baca dlm buku2 cerita jeh..tapi ni real depan mata..membuatkan ku berfikir...betapa tidak patutnya keadaan itu berlaku dlm hidupnya..whatever ape yg berlaku ade hikmahnye..bersabarla ye bang..n 31 ogos jugak akan di adakan kenduri belah pihak keluargaku..hanya menjemput saudara mara terdekat..n sebelah malamnye akn di adakan kenduri tahlil buat arwah AYAH yg tercinta..
Banyak perkara yg x terduga dari mindaku berlaku dlm hidup ini..selalu terpk..segala yg berlaku semua dgn kehendakNya..namun syukur dgn nikmat terbesar yg ku perolehi hingga kini..ALHAMDULILLAH..
moral://sentiasalah bersyukur dengan ape yg ade..setiap kesusahan ada kemudahan..yg penting jangan lupe untuk berusaha dan bertawakal padaNYA..
till meet agains..nak sambung balik perjuangan MICROP..huhuuhu
7 benda ajaib didunia,sering kita sebut-sebut sebagai hadiah terbaik tamadun lalu kepada manusia dimasa kini.Namun apa dia sebenarnya ketujuh-tujuh benda ajaib tersebut.
Sebahagian daripada kita langsung tidak mengetahui apakah sebenarnya atau lokasi benda-benda ajaib tersebut.mengikut sejarah yang telah ditulis,dimulakan susunannya oleh seorang penulis bernama Antipater dari Sidon,pengaruh pertama dari empayar Greek kuno pada tahun 100's B.C.Sejarah ditulis,diubah, serta direka.Namun Bukti tetap ada pada kesan runtuhannya sebagai peringatan kepada umat yang akan datang.so check it out!
Ajaib yang pertama
Piramid Giza:keajaiban dari bangsa mesir kuno.
Dibina sebagai simbol/makam kepada para firaun,pemerintah mesir ketika itu.Ianya disifatkan binaan yang tertua yang masih terpelihara sehingga kini.3 buah piramid yang paling terkenal telah dibina sekitar 2600 dan 2500 B.C.Yang terbesar,dipanggil "The Great Pyramid,berdiri teguh pada ketinggian 135 meter dan mencakupi ruang sehingga 15 hektar.Rome dan Greek amat cemburu terhadap kehalusan senibina kaum mesir ini.
Ajaib yang kedua
Taman Tergantung Babylon:hancur ditelan zaman
Didakwa oleh sesetengah pihak,ianya dibuna oleh pemerintahan ketika itu untuk salah seorang isteri baginda.Nebuchadnezzar,pemerintah agong babylon(berkuasa 605 hingga 562 B.C) yang mengarahkan pembinaan Taman tersebut.Babylon dikatakan terletak berdekatan bandar moden baghdad di Iraq.Namun sehingga kini kedudkan asal Taman tersebut masih lagi menjadi tanda-tanya.Mengikut catatan seorang sejarahwan,Berossus(hidup tahun 200's B.C),Babylon berdiri dengan bangganya antara 120 meter persegi serta 23 meter dari atas tanah.Teknologi pengaliran air yang moden ketika itu mebolehkan Taman-taman didalamnya mekar dengan keharuman bunga berguguran cewahh!.
Ajaib yang ketiga
Kuil Artemis:Sembahan bangsa Ephesus kepada tuhan Greek
Dibina pada sekitar 550 B.C,ianya adalah salah satu daripada kuil yang terbesar serta yang rumit pembuatannya pernah dibina ketika itu.Berdiri teguh di Ephesus,kota Greek yang terletak di Asia minor Turki.Dibina sepenuhnya dari marmar berkualiti(kecuali pada bumbungnya dari ukiran kayu berkualiti).Persembahan binaan kuil ini adalah diuntukkan pada salah satu tuhan mereka,Dewi Artemis direka oleh arkitek pada masa itu,Chersiphron dan anaknya,Metagenes.Keteguhan binaanya disokong pada asas berukuran 115 x 55 meter.106 ruangan,pada ketinggian 12 meter yang sebahagiannya didermakan oleh pemerintah Lydia,King Croesus.Sayangnya,yang berdiri pasti jatuh juga.Kuil ini telah terbakar pada 356 b.C namun dibina semula sebelum dibakar semula oleh penjarah-penjarah kaum GOTH pada 262 A.D.Kini hanya kesan runtuhan sahaja yang dapat dilihat untuk tontonan tamadun kini.Bandar Ephesus juga terkenal dengan kisah 7 Orang pemuda yang tidur ribuan tahun disebuah gua.Kisah pemuda-pemuda ini juga diterangkan dalam surah al-kahfi..
Kejaiban yang keempat
Patung Zeus:Monumen senibina bangsa Greek kuno pada dewa.
Terletak di Olympia,Greek mungkin tergolong antara salah satu monumen terkenal dizaman kuno.Pengukir Greek, Phidias mengukir monumen ini pada 435 B.C.Khas Untuk Zeus bermakna mestilah dari bahan-bahan yang berkualiti.Permata digunakan untuk bahagian badannya,pakaian dan jubah daripada Emas,apa yang harus dikatakan lagi.Namun,monumen ini telah pun hilang ditelan zaman.Tiada apa yang kekal,bukankah begitu?
Keajaiban yang kelima
Makam Halicarnassus:kota pemerintah bangsa Parsi
Terletak di Turki,ianya adalah binaan menakjubkan dibina pada 353 B.C. bertatahkan marmar putih.Ketinggian binaan ini,40 meter dengan ruang segiempat sama dibawah tanah yang membentuk 36 ruang.emm terlalu banyak yang patut diceritakan tapi yang pentingnya ukiran berbentuk patung tidak pernah dilupakan dalam setiap monumen kuno.Patung pemerintah masa itu,Mausolus berdiri tegak diatas binaan bumbung yang berbentuk piramid diatasnya.Pembinanya?kaum Greek,dengan arkitek-arkitek mereka,Satyros dan pythios dibahagian makam,manakala pengukir seperti Bryaxis, Leochares, Scopas, dan Timotheus,ditugaskan dibahagian ukiran patung/dinding bangunan.Seperti biasa,tiada apa yang mampu berdiri dengan bangga.Makam ini musnah akibat gempa bumi yang melanda hingga tinggal runtuhan sahaja.Kini sebahagian daripada tinggalan itu boleh dilihat di British Museum,London.
Keajaiban yang keenam
The Colossus Of Rhodes-monumen besar kepulauan Rhodes
Diperbuat dari pada gangsa,ianya merupakan suatu hadiah buat dewa mereka,Dewa Matahari Helios.Terletak di Rhodes,gugusan pulau-pulau di laut Aegean.Berdiri tegak,bangga dengan ketinggian 37 meter-setinggi Statue Of Liberty.Pengukir Greek,Chares mengambil masa 12 tahun untuk menyiapkannya bermula dari 200's B.C.Tahun 224 B.C ianya musnah akibat daripada gempa bumi.653 A.D?ya tahun dimana kesan-kesan runtuhan dijual sebagai barangan terbuang(scrap)..sungguh memalukan.
Keajaiban yang ketujuh
Rumah Api Alexandria-Kenangan buat Alexander Yang Hebat
122 meter,berdiri teguh ditepi pulau Pharos berdekatan pelabuhan alexandria,Mesir.Juga dikenali sebagai Pharos of Alexandria.Pembinaan dimulakan pada zaman Ptolemy II (283-246 B.C) berdasarkan nukilan arkitek Sostratos.Terdapat 3 seksyen utama menyokong binaan ini:bahagian bawah,segiempat.bahagian tengah,8 penjuru.serta bahagian atas berbentuk bulatan.Nyalaan api diletakkan pada bahagian atas untuk membantuk para pelayar.Monumen ini sempat berdiri teguh selama 1,500 tahun sebelum menghempas kebumi pada 1300's A.D akibat dari gempa bumi.Rumahaapi sendiri memberi makna Pharos(firaun) dari segi bahasa.
Moral?..emmm tiada apa yang kekal selain TUHAN didunia ini..
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI..
lamanya x update blog ni..dengan kesibukan menyiapkan keje ape yg patut dan dgn internet yg on off..akhirnya bole jgk aku update even mule2 nak login pun problem..aku ni dh terlupa password ke??rasenye tidak..dah tukar password??pun tidak..last2 hampir 3,4 kali masuk baru bole..apehalla..sabo2..
ermm..whats to story?banyak bende dlm kepala ni..dgn hati yg perasaan dah berada di kampung..x saba aku nak menanti minggu depan..pulang ke pangkuan ibunda dan family tercinta....sahabat2 yg amik short sem tlh slamat bergembira bersama family..huhu..xpe2..
Aku berminat nak cerita kursus yg kuhadiri mgu lepas..kursus jenazah yg diadakan di masjid Putra,Uniten..alhamdulillah..Allah masih memberi peluang untuk ku turut serta untuk mengutip sedikit sebanyak ilmu yg amat penting kurasa utk bekalan hadapan..rata2 semaunya golongan dewasa dan berusia yg hadir..namun kedatangan peserta boleh dibanggakan..terima kasih diucapkan kpd ustazah Aniza atas kesudian mengambil inisiatif menerima cadanganku untuk adakan kursus ini..
Syukur jua kupanjatkan kerana disaat terakhir masih sempat Allah memberi peluang kpada kakakku untuk turut serta dlm kursus ini..Tq my sis..
Antara intipati yg bole ku kongsi..seperti yg diucapkan oleh pengerusi dn ustaz jemputan dri UPM..kursus2 begini jarang diminati oleh golongan muda..kursus ini bkn dpt glamor jauh skali mdpt liputan...namun di cc Yang Esa..amat berharga nilainya..mati bile2 masa boleh berlaku dlm hidup kita..hari ni sihat walafiat..belum tentu esok kite boleh bangkit dengan senang lenang..semuanya dh tersurat catatan hidup manusia..x lewat seminit,x secepat sesaat..sampai masanya akan kembalilah kita semua menghadap Pencipta Yang Kudus..
Kenapa pentingnya perlu kita mengetahui hal2 berkait ngan jenazah ni??selain mengingatkan kita kepada kematian..itulah pahala terbesar yg dpt kita himpun..selain utk mengurus sendiri hal2 ini jika ada berlaku kematian dikalangan keluarga or saudara-mara..kita bole turut serta..kalu x reti sgt pun..plg koman..kite bole jirus air semasa mandikan mayat ..itupun dh cukup baik..n ustaz menekankan perlulah kita berlaku lembut terhadap simati..even rohnya sudah diambil,namun si mati akan merasa sakitnya diri jika kita menguruskan dgn kasar..mostly di kg2..jenazah kdg2 diurus dlm keadaan cincai dan kasar..menyedihkan..
lain2..ade diceritakan disaat terakhir perlulah kita mengajar simati mengucap kalimah syahadah..namun harus ditekan..seharusnya kita hanya mengajar mengucap ALLAH sahaj kepda si mati..kalimah LAAILLAHAILLALLAH mmg elok..namun disaat nazak,macam2 dugaan akan Allah akn bagi..utk mengelakkan kalimah tersebut tergantung..maka sebaiknya kite menyuruh menyebut ALLAH banyak2 kali..cukup memadai..moga2 roh yg pergi didalam kalangan org beriman..amin..
sehabis je cerita pasal teori,kami buat amali..di handle oleh ustzah dri UKM..dri 1step menggunting kain kafan putih,buat baju,buat telekung,cara mandi hinggalah kepda membungkus..terasa betapa kerdilnya diri..takutnya hanya Allah Yang Tahu...terbayang seandainya DIA menjemput di kala hati masih lalai dn leka..nauzu..banyak info yg diperolehi..terbayang masa kematian arwah ayah dulu..ku tak dpt turut serta krna semua dihandle oleh pakcik dan abg2ku..alhamdulillah..arwah pergi pada hari Jumaat dgn kalimah ALLAH..moga rohnya dikalangan para solihin..amin
Tanda-Tanda Saat-Saat Kematian
a) 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
b) 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
c) 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
d) 7 hari : Mengidam makanan.
e) 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
f) 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
g) 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
h) 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.
i) Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan)
Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap..
peringatan buat diri sendiri yg masih leka dan kerdil ini serta sahabt-sahabiah sekalian..
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda - tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
lastly..alfatihah buat raja khairita sekeluarga atas pemergian toknya hari ini..al-fatihah..
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri...
Pabila ia
mendatangi kita
hadirlah izrail mencabut nyawa
tiada yang dapat lari darinya
walaupun kehujung dunia..
tiada ruang untuk besembunyi
walaupun di kegelapan malam..
tiada ruang untuk kau hindari
walaupun kau sekuat waja
sudahkah engkau bersedia
hadapinya sudahlah pasti..
harta pangkat tiada guna
amal soleh penyelamat diri
Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membajai taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulat-Nya
Merasa terpikul amanah ad-deen ini.
Bukan kerana kau berjemaah,
Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.
Diriku,
Seringkah kau mencari jalan,
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya,
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu.
Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, khusyu'mu kurang,
Syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya,
Terlalu banyak kurang & salahmu.
Diriku,
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu' & tenang..
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan,
Padanya ada bekalan
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini.
Diriku,
Pada nawafil & amalan sunat
Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu,
Pada qiamullail di keheningan malam,
Bersama bisikan doa & munajatmu,
Diiringi esak airmata keinsafan & keikhlasanmu,
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya,
Di situ ada bekalnya...
Lazimilah awal dirimu dengan al-Mathurat,
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai daie.
Diriku,
Pada tawadhu', pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah,
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat,
Ada ketenangan dan kekuatanmu.
Diriku,
Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja,
Yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati,
Hati yang turut mati tidak mungkin menyembuhkan hati yang sakit,
Apatah lagi menghidupkan hati yang mati.
Diriku,
Amanahlah kau di hadapan manusia Kerana kedaulatan Tuhanmu.
Namun rasailah kekerdilan dirimu
Di hadapan qudrat dan iradat-Nya.
Kita selalu dengar dan melihat paparan-paparn visual bagaimana Masjid (Rumah Allah) masih tersergam indah walapun gempa bumi berlaku dipersekitarannya. Ini suatu tanda akan keagungan Allah s.w.t. Bagaimana sebuah masjid masih tersergam di Turki dengan runtuhan bangunan dipersekitarannya.
Kita juga tidak lupa bagaimana ombak Tsunami yang maha dasyat, membunuh ratusan ribu manusia. Peristiwa ini masih lagi tidak hilang daripada ingatan semua masyarakat dunia hari ini.
Visual-visual tentang keganasan ombak ini, saban hari ditayangkan disemua media massa dunia. Suatu perkara yang cukup menakjubkan Rumah-rumah Allah tersergam, gagah, walaupun persekitarannya seperti padang jarak padang terkukur. Walaupun rumah itu dibina daripada kayu dengan struktur bangunan yang tak berpelan, hanya atas sumbangan dan keringat orang ramai yang sedar dan memerlukan tempat untuk menyembah Yang Maha Esa.
Debelnya Allah (Debel bahasa Kelantan yang bererti samseng, kuat, gah dan sebagainya) telah dipapar dengan membinasakan ratusan ribu manusia tak kira apa bangsa, umur, warna kulit. Sama ada dia ini orang baik atau jahat.Allah membinakan sekaligus, sekelip mata sahaja, tetapi Allah masih tidak membinasakan RumahNya sendiri sebagai iktibar kepada mereka yang befikir.
Malangnya ada sesetengah dikalangan kita masih lagi tidak boleh menerima hakikat akan kekuasaan Allah. Hati mereka buta, dan Allah menutup hidayah kepada mereka.
Atas dendam politik, atas perbezaan politik mereka sanggup menganiyai bangsa mereka sendiri, malah mereka sanggup meruntuhkan Rumah Allah...NAUZUBILLAH...
Lebih 1000 orang telah mengadakan tunjuk perasaan secara aman di
Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman, Terengganu hari ini Isnin, 30 Mei
2005 jam 10.00 pagi kerana membantah perobohan Masjid Desa Makmur, RTB
kg. Bujal, Kijal dan 10 buah rumah rakyat.
Demostrasi ini telah diketuai oleh Ust Nasaruddin Tantawi dan
memorandum telah dihantar kepada A.D.O.
Bantahan ini dibuat kepada Dato Deris Jusoh, selaku menteri Besar,
Exco Ahmad Said (Exco Penempatan), Pegawai Daerah Kemaman. Ketua Polis
kemaman dan Pengarah JPS Kemaman.
Selepas ini orang ramai dikehendaki bersolat Hajat selamat 40 hari
mengutuk perobohan rumah Allah ini.
..........................
Adakah IMAN mereka hanya di bibir sahaja??
moga Allah kurniakan kesempatan pada mereka untuk bertaubat..
Aku insan kerdil
Menumpang di dataran dunia
Persinggahanku hanyalah sementara
Buat menghimpun bekal
Kala menemui-Nya
Aku tidak punya apa-apa
Pangkat ataupun harta
Namun kupunya akal pinjaman-Nya
Bersama hati nan cekal milik-Nya
Mencari keredhaan Illahi
Namun ranjau kian hebat menerjah
Mampukah ku teruskan..oh Tuhan..
Tiada apa yang ku miliki
Segalanya yang ada padaku
Hanyalah pinjaman semata
Yang perlu dipulangkan tatkala tiba ketikanya
Yang akan mengadili diri kerdil ini
Buat penentuan
Syurga Naim
Ataupun neraka Jahanam
Oh Tuhan
Aku tidak layak mendiami syurga-Mu
Tapi tidak pula aku sanggup singgah di neraka-Mu
Bantulah aku oh Tuhanku
Dalam menempuhi dugaan Maha hebat
Kerna dari-Mu aku hadir
Lalu kepada-Mu jua aku pulang..
Dengan Nama Allah Yang Maha PEmurah lagi Maha Mengasihani..
Malam begitu sepi..sesekali terdengar 'insan2 sebelah' berteriak dibkg umahku ini..begitu aktifnye kehidupan 'mereka'..hingga ke malam pun masih bersuka ceria..
itulah sebahagian kehidupan namanya..penuh dengan mainan dan cerita..bukan sahaja manusia..namun Allah kurniakan makhluk2Nya yg lain untuk bersandiwara dan menceriakan suasana..even memang menyakitkan jiwa..huhu..
X sampai sebulan lagi training ku akan tamat..x saba rasanya..tah kenapa..bukan aku x suke..tapi dh x sba nk bersua muke ngan sahbat2 lain..tah ape cita..seme senyap sunyi belaka..wat keje focus2 seme agaknye..itu yg bole aku teka...
Pengalaman training hampir 2bulan mengajar aku erti kehidupan pekerjaan sebenar..even sebenarnya mmg seronok dan indah..tapi kalu x kena cara..alamatnye terasala terseksa..bukan nak takutkan sesape..tapi sometimes kite perlu tahan telinga..x kena cara dan gaya..adala kena habuannya..huhu..namun,kena kuatkan semangat..keje2 kalu niat kerana Allah,insyaallah setiap hari akan terasa lapang dan aman..xdela teringat nak cuti jeh...
mm..apapun..aku x saba nak menghabiskan pengajianku dibumi Uniten ini..hampir 4 tahun aku membesar disini..dengan pelbagai suka duka dan cerita..ibaratnya kalu si kecil baru lahir ke dunia..dari x reti ape2..dh bole kenal buku color2..dan brlari bersuka ria..bermacam2 pengalaman aku kutip disini..alhamdulillah..syukur dengan nikmat Allah kurniakan..x terduga....Moga Allah kurniakan kekuatan kepada diri ini untuk terus melangkah menyusuri hari2 denganpenuhkeinsafan..
Teringat aku baca cerpen semalam..mati bile2 masa bole berlaku..teringat insan2 rapat yg telah pergi menemui Ilahi..mampukah aku berdepan dengan Mu ya Allah..kerdilnye terasa diri...ampunkan dosa2 hambamu ini..moga kurniakan aku Nur HidayahMU dan peringatan ketika aku lalai dan leka...
Teringat juga cerita bonda dlm perbualan minggu lepas..sedih hati bile mengenangkan kampung halaman..ku pasti insan2 disana memerlukan diri ini untuk membantu..namun apa dayaku..bonda..maapkan aku..n buat kakakku..kak dah yg bakal bersalin anak ke3 bulan ini..aku doakan moga selamat melahirkan anak buahku yg ke 15 ini..:)
Aku insan kerdil ..Menumpang di dataran dunia.. Persinggahanku hanyalah sementara..Buat menghimpun bekal..Kala menemui-Nya
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum w.b.t..lama rasenye x update blog ni..x sempat nak mengarang..cume x lupe sentiasa menjenguk berita & cerita rakan2 yg sentiasa 'mengislahkan' blog msg2..
Syukran..masih Diberikan kesempatan oleh Allah TAala untuk merasai nikmat kemanisan IMAN dan ISLAM..yg tiada bandingan nilainya..masuk hari ni hampir seminggu dah batuk n selsemaku..ubat batuk dh abis tapi batuk pun x abis2 lg..xpela...sdkt ujian Allah turunkan ..moga2 memberi peringatan pada diriku..moga Allah mengampunkan dosa2ku..
Tonight..i feel lonely..air mata berderai2 jatuh......perginya seorg teman/sahabat yang terlalu rapat denganku...memang pemergiannya bkn untuk selamanya tapi...dia x akan berada lagi dlm perjuangan bersama2ku..teringat memori dan kenangan semalam...YA ALLAH..andai ini ujian untuknya..Engkau tabahkan hatinya..kuatkan semangatnya..berikan kesabaran padanya..moga2 permudahkanlah segala usahanya dan dia menemui jalan kebahagiaan dan kejayaan..
Terasa betapa kosongnya bilikku ni..walaupun sebelum ni perginya hanya sementara..xdela terasa sangat..tapi hari ini..kosong ...barang2nya seme dah diangkut pergi..Teringat memori semalam..gelak ketawanya menceriakan suasana..lagu nyanyiannya berkumandang ketika bosan..
sahabat yg kukenal hampir 5 tahun dari 1st sem lg..bersama2 dlm 1 usrah hampir setiap semester..pernah makan bersuap bersama..pernah berkongsi tangis dan duka..teman setia x pernah merungut kecewa..pernah berkongsi cerita dan rahsia..
Teman,
ku doakan moga kejayaan sentiasa mengiringi langkahmu..
Ingin aku singkap kembali Kenangan lama agar bersemi Inginku ulangi kisah manis Agar terus bersemadi Ingatlah aku sebagai rakanmu Kenaglah daku dalam doamu Begitulah indahnya kisah dahulu Engkau sebagai temanku Apabila engkau terjaga Satukanlah harapanku denganmu Kerana ianya bakal berpadu Mimpi si penunggu yang setia Layarkanlah impian doamu Sesungguhnya aku masih mengingatimu Sebagai kawan rakan dan teman Semoga kita diberkati Allah Kudoakan kepadamu agar bahagia Di dunia dan akhirat
PERTAMA : HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA : HAK KEPADA MALAIKAT MAUT.
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR.
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT : HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR.
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa,bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."