Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

(Assalamu'alaikum wrb) السّلام عليكم و رحمة الله

Ya Tuhan kami , ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir~~ (Al Imran : 147)






INDAHNYA KASIH PADA YANG SATU

HADIS HARI INI


Barangsiapa yang memperhatikan kepentingan saudaranya,maka Allah akan memperhatikan kepentingannya.
Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama muslim,maka Allah akan melapangkan satu kesulitan
dari beberapa kesulitan dihari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi kejelekan orang lain maka Allah akan menutupi kejelekannya dihari kiamat. -Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

   

<< August 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31


Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie 2nd Birthday Ticker
Lilypie 1st Birthday Ticker


Sebaik-Baik perhiasan adalah Wanita Solehah

"Ya Tuhan kami ,kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi" -(Al A'raf : 23)-




..: COUNTING..:

Free Web Counter





RABITAH HATI
(IKATAN HATI)
Hati ini telah bersatu
Berkumpul di perut bumimu
Hati ini telah berpadu
Bersatu memikul beban dakwahmu
Hati ini telah mengikat setia
Untuk mendaulat untuk mendokong
Syariatmu di alam maya
Maka Ya Allah eratkanlah ikatan yang ada
Kekalkan kemesraan yang ada
Tunjukkanlah jalan yang benar
Terangkanlah dengan cahayamu
Tiada malap terangi alammu
Hidup suburkanlah dengan makrifatmu
Tapi jika ingin mematikannya
Matikanlah sebagai syuhada’
Dalam perjuangan menegakkan agama yang mulia…





::MuTiaRa KaTa::

Tidak perlu mencari teman secantik Balkis, Jika diri tidak seindah Sulaiman. Mengapa mengharap teman setampan Yusof, Jika diri tidak seindah Zulaika. Tidak perlu menjadi seperti Ibrahim, Jika diri tidak sekuat Hajar dan Sarah. Mengapa didamba teman hidup seistimewa Khadijah Jika diri tak sesempurna Rasulullah s.a.w





..:COOL WEBSITE..:

::sis
::abg Adha
::my website
::Tranung Kite
::GaNuSoCCeR
::Portal Muslimah
::Uniten ::PPI group ::syeikh Ahmad yassin ::Ukhwah
..:FRENZ BLOGS ..:

::my sis
::Abg adha
::Sufiyah
::Kak Baiti
::Kak Alin
::Kak Ira
::Nefertari
::Syafa
::SyahidItuSuci
::cahaya Malam
::Pak Ngah
::kak Janz
::Wanis
::Adibah
::AlumniMuslimat
::Mizmi
::Wanie
::Lily
::Dayana
::Ilah
::Fatin
::Zaini


..: INTERESTING LINKS :..


Everything praises Allah
Nama Allah
Before Death
Gaza
Lagu Jepun
Cerpen
Saiful Islam
Best E-novel
::Resepi

..:MARI BELAJAR IT:..

HTML
FLASH
PHOTOSHOP
ASP
DREAMWEAVER

ITtutor
celikIT
ITSifoo
MULTIMEDIA

..:BABY CORNER:..

Baby Gear
FabulousMom
Anakku
SusuIbu
Baby Center
Ask Dr

Allah knows what’s best for us So why should we complain We always want the sunshine But He knows there must be rain We always want a laughter And the merriment of cheer But our hearts will lose their tenderness If we never shed a tear. Allah tests us often With suffering and with sorrow He tests us not to punish us But to help us meet tomorrow For growing trees are strengthened If they withstand the storm And the sharp cut of the chisel Gave the marble grace and form. Allah tests us often And for every pain He gives to us Provided we’re patient Is followed by rich gain So whenever we are down And whenever we feel that everything is going wrong It is just Allah’s way To make our spirit strong…
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

KADANG2 ALLAH HILANGKAN SEKEJAP MENTARI...ALLAH DATANGKAN PETIR & KILAT, PUAS KITA MENANGIS, MEMANGGIL, MENCARI DI MANA MENTARI... RUPA-RUPANYA ALLAH NAK HADIAHKAN KITA PELANGI



Semoga Ku sentiasa Menjadi Insan Yang Bersyukur

Wahai tuhanku, tambahkanlah ilmu dan luaskanlah fahamku.Wahai tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.Ya Allah ,keluarkanlah kami dar kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya pengertian, bukakanlah bagi kami malrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan dan mudahkanlah bagi ku pintu-pintu kurniaMu, wahai yang paling pengasih.




Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia.. Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha. Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih... Allah SWT sudah menghitung airmatamu. Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja... Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu. Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon... Allah SWT selalu berada disampingmu. Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah SWT punya jawapannya. Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... Allah SWT dapat menenangkanmu. Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan... Allah SWT sedang berbisik kepadamu. Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur... Allah SWT telah memberkatimu. Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... Allah SWT telah tersenyum padamu. Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi... Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu. Ingat bahawa di manapun kau atau ke manapun kau menghadap... Allah SWT TAHU .........





If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, August 19, 2005
PERLUKAH KU BERSABAR??

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

manusia pun ada tahap kesabaran masing2..even sebodoh mana pun manusia tersebut,dia mempunyai sekeping hati yg dirasa seperti insan lain...

What I want to say..kepulanganku ke kampung baru ni bkn dgn kepulangan sia2..dgn linangan cerita dari adik kesayanganku sdri..cerita bonda sebaik shja aku sesampai dirumah pkl 12 mlm..x kuduga..begitu kejamnya manusia yg x mempunyai hati dan perasaan..adikku kena mangsa buli dikelas..sedih tok mendengar..apatah lagi aku sbg kakak yg x mampu untuk mendengar luahannya hari2..namun kesempatan yg ade..menyaksikan adikku yg lembut dan pendiam orgnye diambil kesempatan org..alangkah teruknya erti persahabatan..dirinya dibuang sahabat2nya..dimanakah kawan2 yg selalu adikku bantu ketika susah?mentang2la dirinya pendiam dan lemah..jgn sesekali mengambil peluang..apa salah adikku??dia amat bersemangat pergi sekolah..namun sejak akhir2 ni,mak selalu menceritakan adik seolah2 ada masalah..namun x diceritakan..hgakan dipaksa dan dipaksa..barulah dicerita dgn esakan yg hebat..ape yg terjadi..die x nak pergi sekolah lagi..die nak berenti belajar..duhai hati..sabarlah diri..sedih..jahatnya manusia menganiaya anak yatim ni..
di mana amanah seorg guru bila diadu mengatakan ini hanya gurauan shbt2nya sahaja??mampukah kami bertahan??dan mampukah kami bertahan bila disuruh untuk membuat perkara yg x wajar ku pk kan..dan diugut supaya merahsiakan..pedihnye hati...kerisauan ku dan ahli kluargaku bukan sdkt..adikku perempuan...luar biasa bgku dibuli rakan2 lelaki n sama naik pelajar perempuan..mana keamanan anak yatim ni untuk belajar??sampaikan waktu rehat x keluar makan??

aku merayu pada sahabat2 adikku..tolongla...jadilah manusia yg beradab..bukan menjadi syaitan..pergi sekolah kalu nak membuli,mengutuk org..baik x yah sekolah..kecik2 dh pandai buat bende2 keji ni??esok2..ape nak jadi dgn pelajar melayu skrg???sakit hati ini...

aku mendoakan adikku sentiasa dikurniakan kesabaran..moga kwn2nya berubah..bagilah peluang pada adikku untuk mendapat ketenangan belajar..dhla exam PMR dh dkt..
YA ALLAH,KURNIALAH KESABARAN KEPADA KAMI UNTUK MENGHADAPI UJIANMU..JAUHKAN KAMI DARI UJIAN YG TAK MAMPU  UNTUK KAMI PIKUL..

keesokkannya..aku n kakak membuat aduan di pejabat pendidikan daerah..bukan untuk mengadu jauh sekali untuk mendapat simpati..tapi sbgai langkah keselamatan..aku x nak adikku menjadi mangsa lagi..moga tindakan segera dilaksanakan..terima ksh pda pihak atasan yg memahami kami ni.....

ingatlah penyiksaan terhadap anak yatim amat besar kemurkaan disisi DIA..

adikku,bersabarlah dan kuatkan semangat..Allah sentiasa disisi insan yg benar..banyakkan berdoa padaNYA..

TIDAK AKAN SEKALI2 MENGALAH PADA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN..

Posted at 06:38 am by wardah44
Comment (1)  

10 Sebab Mengapa Kita Tidak Boleh Bersedih

Jangan Bersedih...Cinta Rasulullah Menjamin Kebahagiaan

Jangan Bersedih...Redha Dengan Anugerah Allah Membuat Anda Terkaya di Dunia

Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya Maha Luas

Jangan Bersedih...Semata-mata Kerana Anda Berbeza dengan Orang lain

Jangan Bersedih...Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi

Jangan Bersedih Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan

Jangan Bersedih...Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira

Jangan Bersedih...Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah

Jangan Bersedih...Allah Tidak Akan Mensia-siakan Pengorbananmu

Jangan Bersedih...Dunia ini Terlalu Hina Untuk Ditangisi


To my brother,abg leh..bersabarlah dengan ujianNya..even sgt pahit keputusan yg diterima..kuatkan semangat dan jgn cepat putus asa..Ingatlah,kita Ikhlas membantu insan lain,Insyaallah DIA akan kurniakan pd kita lbh baik..YA ALLAH,KURNIAKAN PERTOLONGAN DAN KEKUATAN PADA AHLI KELUARGAKU..AMIN

Posted at 06:19 am by wardah44
Comment (1)  

Sunday, August 07, 2005
PENANGAN MAWI@AF??

Assalamualaikum...

semalam aku balik ke sg buloh(umah abg) bersama kakak...kami menaiki cab trus ke UKM komuter..sesampai jeh disana..alamak..ramainye manusia beratur menunggu tiket komuter..sampai ke luar berderet2..masing2 sanggup menunggu...aku pun buatla telahan sendiri..kemanala ramai sgt manusia2 ni pergi?x pernah lg aku tgk ramai camni unless musim perayaan..last2 kakakku menyuruh driver cab anta ke komuter bangi lama..xdela ramai sgt kat sana..alhamdulillah...masuk2 jeh dlm train..xde tempat duduk..aiks..penuh jugak ke..xpela berdiri jela..hampir 2 stesen berenti barula ade 1 seat kosong..dpt gak aku duduk..sampai je kat stesen UKM..fulamak..punyela ramai org..samapi berhimpit2 rebut nak masuk..sampaikan pengumuman pintu train akn ditutup..aku tgk ramai yg frust gile tk dpt masuk..n yg paling terperanjatnye..masih berderet lagi insan2 menunggu untuk dptkan tiket komuter ruh..huhu..selamat..kalu kami tunggu td..sure x msk lg..n setiap destinasi penuh ngan manusia..hentian serdang,bandar tasik selatan..Kl..sampaikan semput aku ngan bauan2 mcm2 jenis..even aku dpt duduk..dahla sblh aku lelaki..x leh nak bergerak bnyk2..xpela..sabar jela..dlm2 sempit tuh aku duk dgr,undi mawi..AF citela..mcm2..sah ni xde tempat len msT nak g stadium melawati nih..sampailah kat KL central..semua manusia berpusu2 kluar..sampaikan lega tempat dudk..n yg berdiri sme dh xde..huuuhuu..dari jauh aku nampak insan2 bersemangat waja menunggu ketibaan LRT n PUTRA untuk ke destinasi seterusnye..berderet panjang...ade kat 50 org...last2 barula lega destinasi aku sapa SB.

sampai jeh umah abg..aku belek akhbar..cover depan utusan..pasa mawi or felix..uh..x habis lg rupenye..maut penangan budak ni...sampaikan half muka depan gamba n cite pasanya..n paper hari ni penuh ngan isu mawi..mawi..mawi...hampir RM6.3 juta hingga RM12.6 juta peminat mengundi untuk  Mawi sepanjang sembilan minggu di Af..dasyat tol..kalu bli banglo dpt dah 10,12 bijik nih..

Apapun..demam mawi dh berakhir..ape2 pum..moga die dpt memberi contoh teladan terbaik untuk peminatnya..menyanyilah untuk unsur2 keagamaan..konsep2 nasyid..mengingati ketuhanan..at least dgn 'aura' yg ada pdnya dpt membantu  insan2 keruntuhan akhlak diluar sana untuk sama2 kembali ke pangkal jalan..semoga niatnya x terpesong dri landasan sebenar

Posted at 12:35 am by wardah44
Comment (1)  

MAWI DAN AKADEMI FANTASIA: SATU FENOMENA BARU?

MAKA suasana menjadi tenang seketika. Jalan raya agak lengang.Anak-anak kecil tidak berkeliaran. Semua telah pun pulang ke rumah.Tiada kelas mengaji muqaddam hari ini. Ustazah memang tidak mengadakan kelas.

Anak-anak muda yang sering bersantai, lepak dan bersidai tepi tangga, tepi tembok dan tepi kaki jalan sudah pun kembali ke rumah sejak awal lagi. Tiada usik mengusik, tiada 'dating' dan tiada ke hulu ke hilir dengan motosikal. Tiada jalan-jalan malam.

Kenduri pada malam ini telah ditunda keesokan malam dan ada kenduri yang telah diawalkan. Ada yang tidak jadi pulang ke kampung atau ada yang melewatkan perjalanan jauh.

Anak yang kecil, bayi telah ditidurkan awal dan makan malam telah pun disantap seisi keluarga selepas solat maghrib. Ada yang telah membatalkan ziarah ke rumah saudara dan kalau ada tetamu yang ingin datang diminta melawat pada lain masa. Yang pasti bukan malam ini.

Kuliah kurang orang. Ceramah lengang. Aktiviti semua mati malam ini.

Semua ini kerana inigin memberi laluan kepada siaran langsung konsert Akademi Fantasia.

Yang tiada rangkaian ini, masing-masing telah awal lagi menempah. Dua bulan yang lalu. Yang tidak mampu menempah rangkaian ini sanggup pula bersusah payah menumpang tonton rumah kaum kerabat yang ada.

Yang telah dipotong rangkaian ini kerana sudah lama tidak membayar, telah berusaha mengumpul wang semula untuk membolehkan rangkaian disambung kembali. Yang belum menambah nilai kad prabayar telefon bimbit telah berkelam-kabut ke kedai berdekatan.

Sebutlah dan isytiharkanlah siapa yang tidak tahu tentang AF3 dan Mawi.

Sekalian alam kenal dan arif benar. Yang tua muda, kecil besar, miskin kaya, sakit sihat, kerajaan swasta, menteri atau orang gaji semua mengenali.

Begitulah suatu arus dan fenomena (meminjam tajuk akhbar) yang melanda. Tidak terelak lagi ledakan gelombang ini.

Yang mengulas pula datang dari segenap lapisan. Semua ingin menjadi juri tak bertauliah. Dari pensyarah menara gading (professor kangkung?) sehinggalah ke pesawah di tepi tebing.

Penghuni institusi pengajian tinggi hinggalah pekerja kuli yang hanya mengaji jawi. Daripada yang berada di awan biru sehinggalah yang berada di bawah tanah kubur menggali lubang baru. Hebat memperkatakannya.

Tahniah Akademi Fantasia kerana menjadi pemangkin dan pencetus suasana yang telah lama suram kerana pelbagai perkara. Terima kasih kerana telah membawa rakyat Malaysia lari seketika daripada realiti dan hakikat yang ditempuhi. Sekalung tahniah juga kerana telah menemui seorang insan yang didambakan sejak sekian lama oleh rakyat. Idola ramai dan teladan semua.

Mawi suatu nama keramat yang meniti dari bibir ke bibir dan menjadi buah mulut orang. Dari Datuk Keramat ke Tumpat sehingga ke Kudat semua tahu tentang perkara ini. Rakyat terutama remaja telah lama menantikan seorang lambang atau tokoh yang boleh dijadikan contoh.

Telah lama kekosongan ini berlaku. Gersang. Kering. Kini panduan hidup rakyat telah kembali pulih. Kiblat telah dibetulkan semula. Mawilah pengubah segalanya.

Hampir tiada kedengaran cacat cela dan sopeknya makhluk ini. Kiranya ada sekali pun, pasti ramai yang membela dan mempertahankannya. Penuh dengan pujian dan kekaguman yang menggunung.

Apa yang dibuat, dituturkan dan didiamkan menjadi ikutan ramai dan terasa seolah-olah seperti hadis pula.

Rakyat khasnya remaja serta khususnya Melayu Islam memang ingin seorang yang 'beragama' membawa hala tuju matlamat hidup mereka.

Tetapi rakyat kebanyakan menantikan kemunculannya dari alam hiburan. Rakyat tidak mengharapkan kewujudannya dari alam atau bidang lain seumpama bidang ekonomi, politik, pendidikan kerana telah jelak dan telah muak dengan masalah yang timbul dan kecewa dengan insan atau pemimpin yang muncul untuk menjadi idola. Semua penuh bermasalah dan janji kosong.

Kini hati rakyat terubat dengan manusia yang 'dilahirkan' dan 'dibesarkan' daripada alam hiburan. Seorang yang ada nilai agama terpacul dengan gaya yang tersendiri.

Syabas. Bagus. Tahniah. Hebat. Cemerlang. Terbilang. Gemilang. Extravanganza. Penuh aura. Karisma. Ada 'x-factor'. Pakej yang
lengkap! Ada mesej dakwah!

Tiada siapa menafikan kehadiran dan kehebatannya.

Sehingga terdengar dicuping telinga. Seorang pendidik menasihati anak muridnya "jadilah seperti Mawi. Mengaji boleh, menyanyi pun boleh. Ini yang kita hendak. Contohilah dia."

Laksana seperti Anwar masuk Umno, kini Mawi masuk Astro.

Berdakwah dari dalam...

Begitulah komentar yang dikumpulkan serta dikoleksikan secara berguni dan bergantang-gantang.

Akan tetapi...

Sedih betapa tipisnya iman kita.

Izinkan dibariskan kilasan pandangan tak seberapa untuk tatapan semua

Pandangan Pertama (1)

Dahulu Mawi; Seorang qari yang pernah melunakkan bacaan al-Quran. Antara petikan surah yang pernah dibaca dan dilalui sepanjang hidupnya: "Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman; hendaklah mereka menahan (merendahkan) pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat" (Surah An-Nur ayat 30).

Dan mengakhiri surah-surah yang dibaca sambil duduk bersila penuh tertib dan adabnya.

Kini Mawi Qari yang sama memerdukan dan menyaringkan nyanyian Antara petikan lagu dendangannya: "siapa bilang gadis Melayu tak menawan, tak menarik hati tiada memikat...Aduhaiiiiiiiii...lemah lembut gayanya..." (lagu penyanyi lama)

Dan mengakhiri lagunya sambil menari lantas memandang tepat ke arah wanita yang berdiri di sisinya.

Pandangan Kedua (2)

Dahulu Mawi seorang bilal yang pernah melaung azan sambil berdiri tegak Antara terjemahannya membawa erti "...menuju kejayaan"

Kini Mawi Bilal yang sama menyanyi lagu tema rancangan sambil menari rancak Antara alunannya berbunyi "...menuju puncak".

Pandangan Ketiga (3)

Memetik kata Mawi " ....dia mesti bertudung..."

Dengan petikan itu maka; 1.Tudung Mawi diberi nama dan laku diniagakan 2. Seorang peserta bukan Islam memakai tudung secara bergurau lantas mengejar Mawi 3. Seorang juri wanita Islam yang tidak bertudung tidak semena-mena memakai tudung berbentuk selendang di kepala seraya berkata "saya kalau nak komen Mawi mesti pakai tudung..."

Lantas disambut gelak hilai, sorakan, teriakan dan jeritan penonton menyambung gurauan dan perbuatan main-main ke atas tudung ini.

Main-main dengan hukum Allah.

Pandangan Keempat (4)

Fanatik, penyokong dan penonton Islam Mawi akan mempertahankan Mawi habis-habisan apabila dimaki tetapi apabila Nabi dan agama Islam sendiri dicaci, di mana kalian 'bersembunyi' selama ini?


Posted at 12:13 am by wardah44
Comment (1)  

Thursday, August 04, 2005
HOW TO RELEASE TENSION

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan
tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk
sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan
mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan
diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca
akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca
Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca
Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti
ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai
teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal
ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat
sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai
solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam
dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan
kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini
bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan
secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat,
tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan
dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang
benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki
tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.
Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa
hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan
dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang
Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu,
kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya
jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa
tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak
yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita
melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan
seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita
meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga
akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan
salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk
mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.
Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan
penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing
manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat
diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan
hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut
dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada
sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka
seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh,
bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang
Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita
mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk
melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.
Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan
tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti
menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain".
Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita
perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri
kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu
dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan
kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai
kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk
diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan
penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat
diselesaikan dengan jayanya.

Posted at 10:33 pm by wardah44
Make a comment  

Motivasi

Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood. Di susun oleh seorang sahabat kita.

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi. "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia
menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal
kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu
sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah SWT dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk
kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah SWT. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat
kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. Insya Allah". 

SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA INSAN.

Posted at 10:29 pm by wardah44
Make a comment  

Tuesday, July 26, 2005
KABARE??

assalamualaikum..uhh..lamanya x update blog nih..dh bersawang..actually problems sket ngan komputer..xle nak sign in blog nih..huhu..tersalah setting kot..
Hari ni bangun dengan penuh bersemangat...teringat semalam janji sebelum tido nak pulun microP pagi2 nih...buat 2,3 soalan..aku dh mule pening..tolong tok guru!!susah tol aku nak mesra alam ngan microP ni...padahal every class selalu jeh belaja balik..tapi pas suh wat balik pogramimg...terus stuck..alahai diri..takkan sejarah digital akan bermula lg??OH..TIDAK..moga perjuanganku dlm subject EE ni akn berakhir dengan kegembiraan..InsyaAllah..Permudahkan YA ALLAH atas segala usaha2 ku ni..

kabare sahabat2ku??lama x dengar kaba bekas member sebilikku..cik zed..ape cite lani?n buat sahabat karibku,NORa..tahniah kerana dpt sambg degree at KUITHo..die bermula dari bwh..pas spm masuk poli amik sijil..pas lulus..sambung diploma..n last lani degree..alhamdulillah..kuat semangatnya tok belaja..bravo kawang...:-)

Sem ni x banyak aku ambil..subject micrOp ngan elektif,OOSE..ngan projek 1..insyaallah aku akan develop courseware-->MONTESSORI TECHNIQUE..ni tok trained new teacher..sesape yg berminat nak membantu aku mencari info..dialu2kan:)hopefully aku dpt wat yg terbaik tok projek ku ni..x lama dah.lagi setahun nak grad..moga DIA permudahkan usaha2ku..ameen..

'Menghitung hari'..huhu..ramai tol mengusik aku ngan lagu nih..tah apela sonok ngat..aku lak biasa2 jeh..ceyyyy..Insyaallah 28/8 abgku yg bongsu akan menamatkan zaman bujangnya setelah penuh dugaan dan cabaran..sedih tol ngan ujian percintaan  yg menimpanya..sebelum nih aku pernah baca dlm buku2 cerita jeh..tapi ni real depan mata..membuatkan ku berfikir...betapa tidak patutnya keadaan itu berlaku dlm hidupnya..whatever ape yg berlaku ade hikmahnye..bersabarla ye bang..n 31 ogos jugak akan di adakan kenduri belah pihak keluargaku..hanya menjemput saudara mara terdekat..n sebelah malamnye akn di adakan kenduri tahlil buat arwah AYAH yg tercinta..

Banyak perkara yg x terduga dari mindaku berlaku dlm hidup ini..selalu terpk..segala yg berlaku semua dgn kehendakNya..namun syukur dgn nikmat terbesar yg ku perolehi hingga kini..ALHAMDULILLAH..

moral://sentiasalah bersyukur dengan ape yg ade..setiap kesusahan ada kemudahan..yg penting jangan lupe untuk berusaha dan bertawakal padaNYA..

till meet agains..nak sambung balik perjuangan MICROP..huhuuhu

Posted at 06:53 pm by wardah44
Make a comment  

Thursday, June 23, 2005
7 benda ajaib didunia

7 benda ajaib didunia,sering kita sebut-sebut sebagai hadiah terbaik tamadun lalu kepada manusia dimasa kini.Namun apa dia sebenarnya ketujuh-tujuh benda ajaib tersebut.

Sebahagian daripada kita langsung tidak mengetahui apakah sebenarnya atau lokasi benda-benda ajaib tersebut.mengikut sejarah yang telah ditulis,dimulakan susunannya oleh seorang penulis bernama Antipater dari Sidon,pengaruh pertama dari empayar Greek kuno pada tahun 100's B.C.Sejarah ditulis,diubah, serta direka.Namun Bukti tetap ada pada kesan runtuhannya sebagai peringatan kepada umat yang akan datang.so check it out!

Ajaib yang pertama


Piramid Giza:keajaiban dari bangsa mesir kuno.

Dibina sebagai simbol/makam kepada para firaun,pemerintah mesir ketika itu.Ianya disifatkan binaan yang tertua yang masih terpelihara sehingga kini.3 buah piramid yang paling terkenal telah dibina sekitar 2600 dan 2500 B.C.Yang terbesar,dipanggil "The Great Pyramid,berdiri teguh pada ketinggian 135 meter dan mencakupi ruang sehingga 15 hektar.Rome dan Greek amat cemburu terhadap kehalusan senibina kaum mesir ini.


Ajaib yang kedua

Taman Tergantung Babylon:hancur ditelan zaman

Didakwa oleh sesetengah pihak,ianya dibuna oleh pemerintahan ketika itu untuk salah seorang isteri baginda.Nebuchadnezzar,pemerintah agong babylon(berkuasa 605 hingga 562 B.C) yang mengarahkan pembinaan Taman tersebut.Babylon dikatakan terletak berdekatan bandar moden baghdad di Iraq.Namun sehingga kini kedudkan asal Taman tersebut masih lagi menjadi tanda-tanya.Mengikut catatan seorang sejarahwan,Berossus(hidup tahun 200's B.C),Babylon berdiri dengan bangganya antara 120 meter persegi serta 23 meter dari atas tanah.Teknologi pengaliran air yang moden ketika itu mebolehkan Taman-taman didalamnya mekar dengan keharuman bunga berguguran cewahh!.

Ajaib yang ketiga

Kuil Artemis:Sembahan bangsa Ephesus kepada tuhan Greek

Dibina pada sekitar 550 B.C,ianya adalah salah satu daripada kuil yang terbesar serta yang rumit pembuatannya pernah dibina ketika itu.Berdiri teguh di Ephesus,kota Greek yang terletak di Asia minor Turki.Dibina sepenuhnya dari marmar berkualiti(kecuali pada bumbungnya dari ukiran kayu berkualiti).Persembahan binaan kuil ini adalah diuntukkan pada salah satu tuhan mereka,Dewi Artemis direka oleh arkitek pada masa itu,Chersiphron dan anaknya,Metagenes.Keteguhan binaanya disokong pada asas berukuran 115 x 55 meter.106 ruangan,pada ketinggian 12 meter yang sebahagiannya didermakan oleh pemerintah Lydia,King Croesus.Sayangnya,yang berdiri pasti jatuh juga.Kuil ini telah terbakar pada 356 b.C namun dibina semula sebelum dibakar semula oleh penjarah-penjarah kaum GOTH pada 262 A.D.Kini hanya kesan runtuhan sahaja yang dapat dilihat untuk tontonan tamadun kini.Bandar Ephesus juga terkenal dengan kisah 7 Orang pemuda yang tidur ribuan tahun disebuah gua.Kisah pemuda-pemuda ini juga diterangkan dalam surah al-kahfi..

Kejaiban yang keempat

Patung Zeus:Monumen senibina bangsa Greek kuno pada dewa.

Terletak di Olympia,Greek mungkin tergolong antara salah satu monumen terkenal dizaman kuno.Pengukir Greek, Phidias mengukir monumen ini pada 435 B.C.Khas Untuk Zeus bermakna mestilah dari bahan-bahan yang berkualiti.Permata digunakan untuk bahagian badannya,pakaian dan jubah daripada Emas,apa yang harus dikatakan lagi.Namun,monumen ini telah pun hilang ditelan zaman.Tiada apa yang kekal,bukankah begitu?


Keajaiban yang kelima

Makam Halicarnassus:kota pemerintah bangsa Parsi

Terletak di Turki,ianya adalah binaan menakjubkan dibina pada 353 B.C. bertatahkan marmar putih.Ketinggian binaan ini,40 meter dengan ruang segiempat sama dibawah tanah yang membentuk 36 ruang.emm terlalu banyak yang patut diceritakan tapi yang pentingnya ukiran berbentuk patung tidak pernah dilupakan dalam setiap monumen kuno.Patung pemerintah masa itu,Mausolus berdiri tegak diatas binaan bumbung yang berbentuk piramid diatasnya.Pembinanya?kaum Greek,dengan arkitek-arkitek mereka,Satyros dan pythios dibahagian makam,manakala pengukir seperti Bryaxis, Leochares, Scopas, dan Timotheus,ditugaskan dibahagian ukiran patung/dinding bangunan.Seperti biasa,tiada apa yang mampu berdiri dengan bangga.Makam ini musnah akibat gempa bumi yang melanda hingga tinggal runtuhan sahaja.Kini sebahagian daripada tinggalan itu boleh dilihat di British Museum,London.

Keajaiban yang keenam

The Colossus Of Rhodes-monumen besar kepulauan Rhodes

Diperbuat dari pada gangsa,ianya merupakan suatu hadiah buat dewa mereka,Dewa Matahari Helios.Terletak di Rhodes,gugusan pulau-pulau di laut Aegean.Berdiri tegak,bangga dengan ketinggian 37 meter-setinggi Statue Of Liberty.Pengukir Greek,Chares mengambil masa 12 tahun untuk menyiapkannya bermula dari 200's B.C.Tahun 224 B.C ianya musnah akibat daripada gempa bumi.653 A.D?ya tahun dimana kesan-kesan runtuhan dijual sebagai barangan terbuang(scrap)..sungguh memalukan.

Keajaiban yang ketujuh

Rumah Api Alexandria-Kenangan buat Alexander Yang Hebat

122 meter,berdiri teguh ditepi pulau Pharos berdekatan pelabuhan alexandria,Mesir.Juga dikenali sebagai Pharos of Alexandria.Pembinaan dimulakan pada zaman Ptolemy II (283-246 B.C) berdasarkan nukilan arkitek Sostratos.Terdapat 3 seksyen utama menyokong binaan ini:bahagian bawah,segiempat.bahagian tengah,8 penjuru.serta bahagian atas berbentuk bulatan.Nyalaan api diletakkan pada bahagian atas untuk membantuk para pelayar.Monumen ini sempat berdiri teguh selama 1,500 tahun sebelum menghempas kebumi pada 1300's A.D akibat dari gempa bumi.Rumahaapi sendiri memberi makna Pharos(firaun) dari segi bahasa.


Moral?..emmm tiada apa yang kekal selain TUHAN didunia ini..

Posted at 03:51 am by wardah44
Comments (2)  

Wednesday, June 22, 2005
PERINGATAN

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI..

lamanya x update blog ni..dengan kesibukan menyiapkan keje ape yg patut dan dgn internet yg on off..akhirnya bole jgk aku update even mule2 nak login pun problem..aku ni dh terlupa password ke??rasenye tidak..dah tukar password??pun tidak..last2 hampir 3,4 kali masuk baru bole..apehalla..sabo2..

ermm..whats to story?banyak bende dlm kepala ni..dgn hati yg perasaan dah berada di kampung..x saba aku nak menanti minggu depan..pulang ke pangkuan ibunda dan family tercinta....sahabat2 yg amik short sem tlh slamat bergembira bersama family..huhu..xpe2..

Aku berminat nak cerita kursus yg kuhadiri mgu lepas..kursus jenazah yg diadakan di masjid Putra,Uniten..alhamdulillah..Allah masih memberi peluang untuk ku turut serta untuk mengutip sedikit sebanyak ilmu yg amat penting kurasa utk bekalan hadapan..rata2 semaunya golongan dewasa dan berusia yg hadir..namun kedatangan peserta boleh dibanggakan..terima kasih diucapkan kpd ustazah Aniza atas kesudian mengambil inisiatif menerima cadanganku untuk adakan kursus ini..
Syukur jua kupanjatkan kerana disaat terakhir masih sempat Allah memberi peluang kpada kakakku untuk turut serta dlm kursus ini..Tq my sis..
Antara intipati yg bole ku kongsi..seperti yg diucapkan oleh pengerusi dn ustaz jemputan dri UPM..kursus2 begini jarang diminati oleh golongan muda..kursus ini bkn dpt glamor jauh skali mdpt liputan...namun di cc Yang Esa..amat berharga nilainya..mati bile2 masa boleh berlaku dlm hidup kita..hari ni sihat walafiat..belum tentu esok kite boleh bangkit dengan senang lenang..semuanya dh tersurat catatan hidup manusia..x lewat seminit,x secepat sesaat..sampai masanya akan kembalilah kita semua menghadap Pencipta Yang Kudus..

Kenapa pentingnya perlu kita mengetahui hal2 berkait ngan jenazah ni??selain mengingatkan kita kepada kematian..itulah pahala terbesar yg dpt kita himpun..selain utk mengurus sendiri hal2 ini jika ada berlaku kematian dikalangan keluarga or saudara-mara..kita bole turut serta..kalu x reti sgt pun..plg koman..kite bole jirus air semasa mandikan mayat ..itupun dh cukup baik..n ustaz menekankan perlulah kita berlaku lembut terhadap simati..even rohnya sudah diambil,namun si mati akan merasa sakitnya diri jika kita menguruskan dgn kasar..mostly di kg2..jenazah kdg2 diurus dlm keadaan cincai dan kasar..menyedihkan..
lain2..ade diceritakan disaat terakhir perlulah kita mengajar simati mengucap kalimah syahadah..namun harus ditekan..seharusnya kita hanya mengajar mengucap ALLAH sahaj kepda si mati..kalimah LAAILLAHAILLALLAH mmg elok..namun disaat nazak,macam2 dugaan akan Allah akn bagi..utk mengelakkan kalimah tersebut tergantung..maka sebaiknya kite menyuruh menyebut ALLAH banyak2 kali..cukup memadai..moga2 roh yg pergi didalam kalangan org beriman..amin..

sehabis je cerita pasal teori,kami buat amali..di handle oleh ustzah dri UKM..dri 1step menggunting kain kafan putih,buat baju,buat telekung,cara mandi hinggalah kepda membungkus..terasa betapa kerdilnya diri..takutnya hanya Allah Yang Tahu...terbayang seandainya DIA menjemput di kala hati masih lalai dn leka..nauzu..banyak info yg diperolehi..terbayang masa kematian arwah ayah dulu..ku tak dpt turut serta krna semua dihandle oleh pakcik dan abg2ku..alhamdulillah..arwah pergi pada hari Jumaat dgn kalimah ALLAH..moga rohnya dikalangan para solihin..amin

Tanda-Tanda Saat-Saat Kematian

a) 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

b) 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

c) 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut  tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

d) 7 hari : Mengidam makanan.

e) 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

 f) 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak. 

g) 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak. 

h) 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar. 

i) Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan) 

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap..

peringatan buat diri sendiri yg masih leka dan kerdil ini serta sahabt-sahabiah sekalian..
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda - tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

lastly..alfatihah buat raja khairita sekeluarga atas pemergian toknya hari ini..al-fatihah..



Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri...

Pabila ia
mendatangi kita
hadirlah izrail mencabut nyawa

tiada yang dapat lari darinya
walaupun kehujung dunia..
tiada ruang untuk besembunyi
walaupun di kegelapan malam..
tiada ruang untuk kau hindari
walaupun kau sekuat waja

sudahkah engkau bersedia
hadapinya sudahlah pasti..
harta pangkat tiada guna
amal soleh penyelamat diri

Posted at 08:54 am by wardah44
Make a comment  

Saturday, June 11, 2005
MENGERTILAH DIRIKU...

Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membajai taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulat-Nya
Merasa terpikul amanah ad-deen ini.
Bukan kerana kau berjemaah,
Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.

Diriku,
Seringkah kau mencari jalan,
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya,
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu.

Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, khusyu'mu kurang,
Syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya,
Terlalu banyak kurang & salahmu.

Diriku,
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu' & tenang..
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan,
Padanya ada bekalan
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini.

Diriku,
Pada nawafil & amalan sunat
Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu,
Pada qiamullail di keheningan malam,
Bersama bisikan doa & munajatmu,
Diiringi esak airmata keinsafan & keikhlasanmu,
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya,
Di situ ada bekalnya...
Lazimilah awal dirimu dengan al-Mathurat,
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai daie.

Diriku,
Pada tawadhu', pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah,
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat,
Ada ketenangan dan kekuatanmu.


Diriku,
Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja,
Yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati,
Hati yang turut mati tidak mungkin menyembuhkan hati yang sakit,
Apatah lagi menghidupkan hati yang mati.

Diriku,
Amanahlah kau di hadapan manusia Kerana kedaulatan Tuhanmu.
Namun rasailah kekerdilan dirimu
Di hadapan qudrat dan iradat-Nya.

PASAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN

Posted at 10:26 pm by wardah44
Comments (2)  

Next Page


Blogdrive