sepatutnya time aku mengulit mimpi masa2 camni..ibu mengandung mana leh tido lambat2..nanti masuk toksik kata abg..tah aku kan selalu degil..abg dah siap berpun dengkur..penat seharian keje,,kami baru jeh balik dri kuliah agama td..dh lewat 12 lbh..sambil2 check email n ada lg msa nak berbloh..huuhuu..aku dh tido 2 jam ptg td..lepas 'kerjakan' kebun sekangkang kera penuh dgn lalang n rumput..naik lelah n sakit pinggamg..huhu baby tau jeh aku x larat..teringat kakak kt tmpt ngaja cite dia penah kerjakan 'lalang2' camtula..terus terberanak..huhu..nauzubillah..even 7 months sometimes ade yg dah deliver..tp hopefully baby ni blm lg..ramai anta sms tnya how my baby and i am..actually aku dh kena setiap bln check by pakar kat hosp kajang ni..amik darah..check bp..check glucose..tah pe lg..kandungan makin meningkat mcam2la ujian..semoga ALLAH per,udahkan segalanya..even kdg2 aku dh bosan nak jenguk klnk @ hospital 2 take the same routine..tp demi baby..teruskan jela..hehe..sian umi n babykan..dah 2kali aku scan free n alhamdulillah kesihatan baby ok..cuma dia malu2 jeh lg nak tunjuk baby boy or girl..so aku pun blm tau lg..x kisahla pe pun mudahan2 selamat..barang2 baby kami dah standby skit2..baju,stokin,tilam..comel2..x sabar nak tunggu keluar jeh..tp gerun jgk kdg2 pk..n happi;y my best fren nora had delivered her boy baby akhr bln lepas..x sangka rezeki dia lg awal even kahwin lg lambat drku..dh jd mak org ye..huhu..cantik namanya..ammar haikal..anak umi nama pe ye??umi dh pk2 cuma bla bgtau papanya..nanti2la dia pkkan..huhu..aku yg terlebih excited..normalla kan..everyday duk menendang jeh dlm tummy ni...good baby..arini 27 rejab= sempena memperingati peristiwa israk mikrajPerjalanan istimewa Israk Mikraj
Rasulullah saksikan 10 balasan bakal diterima wanita di akhirat nanti
HARI ini, 27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi
Muhammad SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj perjalanan Baginda dari
Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin
serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh.
Firman Allah bermaksud: "Maha suci Allah yang telah memperjalankan
hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang
telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabi di negeri
itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian
dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Isra', ayat 1)
Peristiwa ini berlaku setahun sebelum hijrahnya Nabi SAW ke Madinah
bersamaan tahun 721 Masihi. Ia berlaku di tengah-tengah tekanan dan
hinaan yang kuat yang dialami oleh Rasulullah dan sahabat daripada
kelompok Musyrikin Makkah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.
Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari
atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.
Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke
Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini
diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke
Makkah pada malam yang sama.
Kisah-kisah dalam peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi sesuatu yang
amat menakjubkan kerana ia tidak sama dengan cara perjalanan ditempuh
oleh manusia biasa.
Perjalanan ini adalah perjalanan istimewa menggunakan kenderaan Allah
yang kelajuannya tidak boleh ditandingi dengan apa saja kenderaan yang
direka oleh manusia.
Dalam peristiwa itu Rasulullah SAW diperlihatkan kekuasaan Allah serta
balasan yang bakal diterima umatnya di akhirat nanti. Firman Allah
bermaksud: ?Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad SAW) telah melihat
(Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain iaitu di
Sidratil Muntaha. "Dekatnya ada syurga tempat tinggal, (Muhammad
melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang
meliputinya.
"Penglihatan (Muhammad SAW) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan
tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya),
dan tidak pula melampaui batas. "Demi sesungguhnya Baginda telah
melihat sebahagian daripada sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan
luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya." - (Surah an-Najm, ayat
13-18).
Antara pengajaran dalam peristiwa itu ialah mengenai wanita. Dalam
perjalanan Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW turut melewati satu kawasan
berbau sungguh harum dengan bau-bauan kasturi. Lalu Baginda bertanya
kepada Jibril kawasan apakah yang sedang mereka lalui.
Jibril menjawab: "Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu
syurga." Beliau ialah adalah pengasuh anak Firaun, pemerintah kejam di
Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah berfizikal lemah, mempunyai
semangat kuat dan jiwa keIslaman sehingga mampu menafikan keangkuhan
Firaun.
Masyitah ialah pelayan raja. Beliau adalah seorang rakyat yang masih
sedar dan beriman kepada Allah tetapi disebabkan kekejaman Firaun,
beliau dan ramai lagi terpaksa menyembunyikan keimanan mereka.
Pada suatu hari, ketika Masyitah menyikat rambut puteri Firaun,
tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, beliau menyebut
nama Allah.
Apabila puteri itu mendengar perkataan ?Allah?, dia bertanya kepada
Masyitah, siapakah Allah itu. Masyitah pada mulanya enggan menjawab
tetapi selepas didesak berkali-kali, beliau akhirnya memberitahu bahawa
Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam.
Puteri itu mengadu kepada Firaun mengenai perkara itu menyebabkan
Firaun terlalu marah apabila mengetahui Masyitah menyembah tuhan
selainnya. Masyitah dipaksa Firaun memperakui dirinya (Firaun) sebagai
Tuhan, tetapi dengan penuh keberanian beliau berkata: "Tuhan aku dan
Tuhan kamu adalah Allah."
Perkataan itu menimbulkan kemarahan Firaun, lalu memerintahkan dibuat
patung lembu daripada tembaga untuk diisi minyak bagi merebus Masyitah.
Menteri Firaun, iaitu Hamman, salah seorang penghuni neraka,
diperintahkan Firaun untuk membunuh Masyita. Firaun memerintahkan
patung lembu itu diletakkan di atas api sehingga panas menggelegak dan
mengarahkan Masyitah dan ahli keluarganya dilontar seorang demi seorang.
Pada waktu giliran bayinya hendak dimasukkan ke dalam lembu itu untuk
direbus, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada kemahuan
Firaun kerana terlalu sayangkan anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah,
berlaku kejadian luar biasa apabila bayi itu dengan fasih berkata:
"Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya
engkau di atas (jalan) kebenaran."
Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan
mengatakan Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa. Lalu
semuanya syahid dibunuh Firaun.
Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini
dirakam dan diingati setiap tahun oleh seluruh manusia melalui
peristiwa Israk Mikraj.
Semua ahli keluarga Masyitah mendapat balasan syuhada daripada Allah kerana mempertahankan akidah sehingga mati.
Dalam perjalanan itu, Baginda turut diperlihatkan 10 jenis seksaan yang
menimpa wanita yang membuatkan Rasulullah SAW menangis setiap kali
mengenangkannya.
Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan perempuan yang
digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah
perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki
lain.
Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah perempuan yang digantung
dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak
panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang
suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.
Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari
arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya.
Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan
suaminya.
Ada pula perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke
ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah
perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu
mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka
sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan
tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.
Selain itu, Baginda melihat perempuan yang makan daging tubuhnya
sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah
perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan
aib orang lain.
Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan
gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan
diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.
Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah perempuan yang kepalanya
seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah
perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
Ada pula perempuan yang Baginda nampak rupanya berbentuk anjing dan
beberapa ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar
melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada
suaminya dan memfitnah orang lain.
//semoga kisah si sebalik peristiwa ini sentiasa memperingatkan kita khususnya kaum wanita utk lebih ambik 'cakna' dalam menguruskan kehidupan seharian..
time 2 sleep...smga sentiasa ceria dan dibwh rahmatNya