Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

(Assalamu'alaikum wrb) السّلام عليكم و رحمة الله

Ya Tuhan kami , ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir~~ (Al Imran : 147)






INDAHNYA KASIH PADA YANG SATU

HADIS HARI INI


Barangsiapa yang memperhatikan kepentingan saudaranya,maka Allah akan memperhatikan kepentingannya.
Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama muslim,maka Allah akan melapangkan satu kesulitan
dari beberapa kesulitan dihari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi kejelekan orang lain maka Allah akan menutupi kejelekannya dihari kiamat. -Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

   

<< October 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31


Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie 2nd Birthday Ticker
Lilypie 1st Birthday Ticker


Sebaik-Baik perhiasan adalah Wanita Solehah

"Ya Tuhan kami ,kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi" -(Al A'raf : 23)-




..: COUNTING..:

Free Web Counter





RABITAH HATI
(IKATAN HATI)
Hati ini telah bersatu
Berkumpul di perut bumimu
Hati ini telah berpadu
Bersatu memikul beban dakwahmu
Hati ini telah mengikat setia
Untuk mendaulat untuk mendokong
Syariatmu di alam maya
Maka Ya Allah eratkanlah ikatan yang ada
Kekalkan kemesraan yang ada
Tunjukkanlah jalan yang benar
Terangkanlah dengan cahayamu
Tiada malap terangi alammu
Hidup suburkanlah dengan makrifatmu
Tapi jika ingin mematikannya
Matikanlah sebagai syuhada’
Dalam perjuangan menegakkan agama yang mulia…





::MuTiaRa KaTa::

Tidak perlu mencari teman secantik Balkis, Jika diri tidak seindah Sulaiman. Mengapa mengharap teman setampan Yusof, Jika diri tidak seindah Zulaika. Tidak perlu menjadi seperti Ibrahim, Jika diri tidak sekuat Hajar dan Sarah. Mengapa didamba teman hidup seistimewa Khadijah Jika diri tak sesempurna Rasulullah s.a.w





..:COOL WEBSITE..:

::sis
::abg Adha
::my website
::Tranung Kite
::GaNuSoCCeR
::Portal Muslimah
::Uniten ::PPI group ::syeikh Ahmad yassin ::Ukhwah
..:FRENZ BLOGS ..:

::my sis
::Abg adha
::Sufiyah
::Kak Baiti
::Kak Alin
::Kak Ira
::Nefertari
::Syafa
::SyahidItuSuci
::cahaya Malam
::Pak Ngah
::kak Janz
::Wanis
::Adibah
::AlumniMuslimat
::Mizmi
::Wanie
::Lily
::Dayana
::Ilah
::Fatin
::Zaini


..: INTERESTING LINKS :..


Everything praises Allah
Nama Allah
Before Death
Gaza
Lagu Jepun
Cerpen
Saiful Islam
Best E-novel
::Resepi

..:MARI BELAJAR IT:..

HTML
FLASH
PHOTOSHOP
ASP
DREAMWEAVER

ITtutor
celikIT
ITSifoo
MULTIMEDIA

..:BABY CORNER:..

Baby Gear
FabulousMom
Anakku
SusuIbu
Baby Center
Ask Dr

Allah knows what’s best for us So why should we complain We always want the sunshine But He knows there must be rain We always want a laughter And the merriment of cheer But our hearts will lose their tenderness If we never shed a tear. Allah tests us often With suffering and with sorrow He tests us not to punish us But to help us meet tomorrow For growing trees are strengthened If they withstand the storm And the sharp cut of the chisel Gave the marble grace and form. Allah tests us often And for every pain He gives to us Provided we’re patient Is followed by rich gain So whenever we are down And whenever we feel that everything is going wrong It is just Allah’s way To make our spirit strong…
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

KADANG2 ALLAH HILANGKAN SEKEJAP MENTARI...ALLAH DATANGKAN PETIR & KILAT, PUAS KITA MENANGIS, MEMANGGIL, MENCARI DI MANA MENTARI... RUPA-RUPANYA ALLAH NAK HADIAHKAN KITA PELANGI



Semoga Ku sentiasa Menjadi Insan Yang Bersyukur

Wahai tuhanku, tambahkanlah ilmu dan luaskanlah fahamku.Wahai tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.Ya Allah ,keluarkanlah kami dar kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya pengertian, bukakanlah bagi kami malrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan dan mudahkanlah bagi ku pintu-pintu kurniaMu, wahai yang paling pengasih.




Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia.. Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha. Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih... Allah SWT sudah menghitung airmatamu. Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja... Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu. Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon... Allah SWT selalu berada disampingmu. Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah SWT punya jawapannya. Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... Allah SWT dapat menenangkanmu. Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan... Allah SWT sedang berbisik kepadamu. Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur... Allah SWT telah memberkatimu. Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... Allah SWT telah tersenyum padamu. Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi... Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu. Ingat bahawa di manapun kau atau ke manapun kau menghadap... Allah SWT TAHU .........





If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Wednesday, October 03, 2007
checking

Semalam aku drive ke hospital kajang untuk checkup baby..patut kena pergi isnin tp abg guna kete coz ujan..dr suruh balik dtg esoknya..on way aku nak singgahla ke maybank kajang..jalan punyala jem..sapa maybank pun aku dh terlepas pandang..almaklum first time bwk kat tmpt jem cmtu..aku nak belok ke kiri tp trs straight lepas traffic light kng..punyala pecut coz dh kuning..x pasal2 depan tuh roadblock polis..n dgn selamatnya aku kene ketepi n polis mintakla lessen..huhu..apalagi wat muka bodoh..polis kata aku langgar lampu merah..aku kata kuning..bkn merah..dia sengih2..tanya tmpt keje seme..last2 terlepas jgk lepas dia bg nasihat..hehe..alhamdulillah..first time bwk trs kene thn polis..cuak jgk..kalu x ada jgk kena saman 200..selamat2..

Today aku mintak abg anta pagi2 lg..serius aku risau bwk time jem pagi2..buatnya terberanak dlm kete..huhu..chinese dr check..alhamdulillah baby sihat..dah scan..jantina pun dh tau..berat baby baru 2.3kg..dr kata mgkn x sampai 3kg coz perutku kecik..xpela x kisahla..senangla sikit nak lahir nanti..seronok tgk dlm screen..x caya tol..that’s my baby..ya ALLAH..syukur dgn pemberian ini..22hb ni kene dtg check lg..maybe kalu glucose tgi dr akn induce bg kuar awl..kalau x ,tgula 29hb ni..menunggu masa jeh..hubbyku teruja tol..dah x saba kami nak menanti si kecil ni..barang2 baby dh lengkap..tgal 1-2 bende jeh..baju raya kami jeh lg blm beli..waa raya dh mgu dpn..cepatnya masa berlalu..

                                                
Ya ALLAH,semoga Kau permudahkan segala urusanku dan mengurangkan kesakitanku..jadilah dirinya anak yang solehah yang akan taat pada PerintahMu dan menegakkan syiarMu..insyaALLAH..

Posted at 07:27 am by wardah44
Make a comment  

Tuesday, September 25, 2007
counting

baru jeh lepas balik dr klnk bangi..checkup lagi..next week dh msk 36 weeks and dr say time2 cmni dh ada yg bole bersalin..kdg2 dh terasa sakit2 kat perut cma x kerap lg..hopefully ikut tarikh betul lg sebulan je..huhu..sebulan?x cayanya..mcm2 perasaan ada..arini baby bergerak terlampau aktif..dh kiraan ke7 pusingan even bru kol 12tgh..saba ye baby..papa outstation lg ke kuantan..terpaksala menumpang smtra di umah sewa dlu..trgt zmn2 belaja..thanks ye adik2 especially miss nuha..banyak tlg akk..semoga ALLAH limpahkan keberkatan atas pertolongan diberi..sian dia terpaksa jd guard sepanjang g klnk..

esok kena amik bsp lg..means dr kata x le pose..xpela..dh nak wat camnakan..tp x laratla nak amik drh 4x..kdg2 aku tipu jgk..huhu..arapla x de ape2..

x taula kat mana nak bersalin..bila rasa skt kat mana spital plg dkt..citu jela tmptnya..moga ALLAH permudahkan segala urusan..next week checkup lg kat hosp kjg n klnk bangi..every week right now kna jmpa dr la..xpela..utk selamat jgkkan baby?

Ya ALLAH,semoga Engkau permudahkan segala urusan kami dan semoga anak ini nanti menjadi anak yg soleh/solehah dunia dan akhirat..ameen

Posted at 09:04 pm by wardah44
Make a comment  

Sunday, September 23, 2007
salam ramadhan

Salam ramadhan pada semua..dah masuk hari ke 11 kita berpuasa..siang malam berputar begtu cepat terasa..alhamdulillah aku dapat meneruskan puasa walau dah sarat 8 bulan..Dia masih memberi kekuatan pada diri ini dan 'si kecil' di dalam untuk bertahan sehari..kekadang pedih juga perut rasanya..apatah lagi si kecik didalam ni berpusing ligat menari rentak lagu agaknya..merintih bilala uminya nak sumbat makanan…kekadang bila di usap2 dan dipujuk2 akan berhentilah dia mer intih..huhu..anak umi yg sungguh cerdik..moga2 kami dapat meneruskan puasa hingga sebulan

 Tika ini umahku begitu riuh rendah dengan suara adik2 limin berusrah di tgk bwh..kesian abg..hari ini dia begitu pack dgn pelbagai xtvt..seawal 9 pg dah pergi ke meeting,blik pkul 12.30 tgh..rehat kejap..ada adik kampus datang umah nak bncg something pkul 3pm..sampai pkul 5pm..n pkul 5-7pm terus berkejar tolong edarkan pembahagian kurma..selewat 7pm kami bergegas ke masjid berbuka puasa disana..ari nit ah macamna ramai sgt org..nasi pun x ckup..alhamdulillah masih da rezeki kami walaupun terpaksa share nasi..tapi terasa nikmat berbuka n alhamdulilah kekenyangan…hubby ajak balik lepas maghrib..katanya pasni ada usrah lak..nak terawih kat umah je katanya..kang usrah lak pastu..aku nak x nak terpaksala ikut jgk..kesian plak..takkan nak blk jalan kaki..perut pun dh x larat..tp sempat singgah kejap ke bintang cari sikit bhn2 dapur..

 

Aku sampai umah terus masuk dapur..hubby kata buat usrah kat umah je..mm,aku goreng keropok n buat jemput2 n terus masak sahur..masa sejam cepat jeh berlalu..sedar2 dah da limin bagi salam..bergegas aku naik berterawih kat tgkt atas ni..terdebgar salam demi salam..riuh betul terasa..betul2 terasa hidup umahku ini dengan gelak ketawa mereka..tah ape yg disembangkan sambil makan2…cerianya hati..terasa nikmatnya ukhuwwah bersandarkan persahabatan sejati kerana Ilahi..terimgat pada sahabat2 usrahku dahulu yg sudah membawa haluan masing2…wah rindunya aku utk berusrah..hampir 40 minit berlalu..barulah perbincangan serius bermula…aku duk kat tgkt atas ni.dengar x dengar jeh..tah ape yg dibincangkan…alhamdulillah..mudahan2 di bulan mulia ini sentiasa dipenuhi xtvt bermanfaat..

 

Terasa begitu rindu pada arwah bonda..teramat2 rindu..kekadang air mata ni tak henti mengalir..terasa mcm nak jeh mendail tel umah n bersembang2 dgn bonda..tp mustahil..teramat terasa apatah lagi aku amat rapat dengannya..cek..i miss u so much..semoga dirimu tenang dan berbahagia disana..tahun ni tah kenapa..takde rasa mood nak raya..apatah lagi patutnya giliran beraya dikgku di trg..tp disebabkan bonda dah pergi,terpaksa tkr plan balik jb lg..huhu…terasala sangat..mmg x sama..kampung sendiri lagikan dikenang..kdg2 aku terasa terlalu cepat sensitive akhir2 ni..terasa jiwa terlalu sayu dan pedih dan seolah2 hubby pun x memahami..tp aku perlu kuat..aku ada 'insan kecil' yang tidak wajar merasainya sakitnya diri ini..aku x nak dia mewarisi apa yg aku alami..

Alhamdulillah..kakakku,kak na n her husband telah selamat berangkat ke tanah suci mengerjakan umrah..kakak yg paling rapat dgnku..rezekinya dpt menjejak tmpt suci diusia muda 26 thn..syukran..rezeki lepas kahwin agaknya..kami berhubung sms kdg2..terasa bahagia hati katnya..tak terungkap..maha suciNya…moga2 kami lepas ni ada rezeki jgk untuk ke sana..

 Alhamdulillah aku dah melepasi interview kpli mgu lepas..insyaALLAH sabtu ni ujian MEDsI lak..mudahan2 ada rezeki salah satu drnya…kalu dpt sianlah anak umi kene tgl setahun..xpela..mudah2an Allah memberi kelapangan..

 
Ya Allah,tiada daya kekuatan melainkan Engkau yang mengurniakan kekuatan itu..kurniakan kami kekuatan dan kesabaran dalam menempuh hari2 mendatang.biarlah dengan penuh keceriaan dan kesyukuran…insyaALLAH

Posted at 08:02 am by wardah44
Make a comment  

Thursday, September 20, 2007
dalam kenangan

Telah tiba saat yang pedih dan menyayat hati bagi kami seisi keluarga..insan yang paling kami sayang dan cintai telah kembali jua kepada Rab dengan begitu tenang tanggal 7hb september ,jumaat 11.15pm..selepas bertarung koma selama seminggu di icu hospital nur zahirah..kami pasrah walau dlm diam setiap hati kami merintih sayu mengenang kembali pengorbanan dan insan plg agung yg sentiasa bertakhta di hati..tidak percaya ibu telah pergi..

Manakan tidak sayu hati ini..aku membawa arwah pulang ke kampung dlm keadaan sihat walafiat smgu sblm merdeka lepas..tp siapalah kita untuk menentukan sakit dan pedih yang Dia tetapkan..semuanya ketentuanNya..kami adik beradik bergilir setiap masa menjaga dan tidak lupa sentiasa menyedekahkan bacaan yasin,zikir munajat dan doa walaupun tika itu arwah masih dlm koma..hanya air mata arwah tika itu sentiasa bergenang..mungkin mendengar suara2 anak-anak yang merinduinya untuk kembali ceria semula..berat mata memandang..berat lagi bahu memikul..wayar2 bergelimpangan di setiap badan menambah lagi sayu dihati.hati kami merintih..terasa andai dapat menjadi galang ganti..tidak sanggup untuk melihat bebanan itu setiap hari..diri ini dlm sarat ku gagah jua menemaninya..air mata usah dikira bergelimpangan tiap kali time ku menjaganya...

 

Kenangan dan memori indah bersama usah dikira..sentiasa berlegar2 dlm ruangan fikiran..kekadang masih rasanya tidak percaya..bonda yang kami kasihi telah pergi jua..meninggalkan kami yang masih merindui dan ingin belaian kasihnya..ingin mendengar gelak ketawa dan ceritanya..

 

 

 

ya Allah..kuatkan hatiku menerima takdirMu..dalam keadaan diri ini yang makn lemah menanti kelahiran insan ’kecil’ yang arwah ingin sangat tatap..tp tidak sempat jua..apalah dayaku..semoga ALLAH tempatkan roh arwah ayah dan ibuku di kalangan org2 beriman dan para solihin serta di syurgaNya yang kekal abadi...ameen...alfatihah...

 

Ayah dan ibu..

Kasih sayangmu sentiasa tersemat disanubari.

Aku terlalu merindukan kalian..

Damailah engkau disana..

Semoga roh kalian dicucuri rahmatNya..

Posted at 08:43 am by wardah44
Comment (1)  

Friday, August 10, 2007
1.05am

sepatutnya time aku mengulit mimpi masa2 camni..ibu mengandung mana leh tido lambat2..nanti masuk toksik kata abg..tah aku kan selalu degil..abg dah siap berpun dengkur..penat seharian keje,,kami baru jeh balik dri kuliah agama td..dh lewat 12 lbh..sambil2 check email n ada lg msa nak berbloh..huuhuu..
aku dh tido 2 jam ptg td..lepas 'kerjakan' kebun sekangkang kera penuh dgn lalang n rumput..naik lelah n sakit pinggamg..huhu baby tau jeh aku x larat..teringat kakak kt tmpt ngaja cite dia penah kerjakan 'lalang2' camtula..terus terberanak..huhu..nauzubillah..even 7 months sometimes ade yg dah deliver..tp hopefully baby ni blm lg..
ramai anta sms tnya how my baby and i am..actually aku dh kena setiap bln check by pakar kat hosp kajang ni..amik darah..check bp..check glucose..tah pe lg..kandungan makin meningkat mcam2la ujian..semoga ALLAH per,udahkan segalanya..even kdg2 aku dh bosan nak jenguk klnk @ hospital 2 take the same routine..tp demi baby..teruskan jela..hehe..sian umi n babykan..dah 2kali aku scan free n alhamdulillah kesihatan baby ok..cuma dia malu2 jeh lg nak tunjuk baby boy or girl..so aku pun blm tau lg..x kisahla pe pun mudahan2 selamat..
barang2 baby kami dah standby skit2..baju,stokin,tilam..comel2..x sabar nak tunggu keluar jeh..tp gerun jgk kdg2 pk..n happi;y my best fren nora had delivered her boy baby akhr bln lepas..x sangka rezeki dia lg awal even kahwin lg lambat drku..dh jd mak org ye..huhu..cantik namanya..ammar haikal..anak umi nama pe ye??umi dh pk2 cuma bla bgtau papanya..nanti2la dia pkkan..huhu..aku yg terlebih excited..normalla kan..everyday duk menendang jeh dlm tummy ni...good baby..

arini 27 rejab= sempena memperingati peristiwa israk mikraj

Perjalanan istimewa Israk Mikraj


Rasulullah saksikan 10 balasan bakal diterima wanita di akhirat nanti


HARI ini, 27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj perjalanan Baginda dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh.

Firman Allah bermaksud: "Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Isra', ayat 1)

Peristiwa ini berlaku setahun sebelum hijrahnya Nabi SAW ke Madinah bersamaan tahun 721 Masihi. Ia berlaku di tengah-tengah tekanan dan hinaan yang kuat yang dialami oleh Rasulullah dan sahabat daripada kelompok Musyrikin Makkah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.

Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

Kisah-kisah dalam peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi sesuatu yang amat menakjubkan kerana ia tidak sama dengan cara perjalanan ditempuh oleh manusia biasa.

Perjalanan ini adalah perjalanan istimewa menggunakan kenderaan Allah yang kelajuannya tidak boleh ditandingi dengan apa saja kenderaan yang direka oleh manusia.

Dalam peristiwa itu Rasulullah SAW diperlihatkan kekuasaan Allah serta balasan yang bakal diterima umatnya di akhirat nanti. Firman Allah bermaksud: ?Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad SAW) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain iaitu di Sidratil Muntaha. "Dekatnya ada syurga tempat tinggal, (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya.

"Penglihatan (Muhammad SAW) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. "Demi sesungguhnya Baginda telah melihat sebahagian daripada sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya." - (Surah an-Najm, ayat 13-18).

Antara pengajaran dalam peristiwa itu ialah mengenai wanita. Dalam perjalanan Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW turut melewati satu kawasan berbau sungguh harum dengan bau-bauan kasturi. Lalu Baginda bertanya kepada Jibril kawasan apakah yang sedang mereka lalui.

Jibril menjawab: "Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga." Beliau ialah adalah pengasuh anak Firaun, pemerintah kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah berfizikal lemah, mempunyai semangat kuat dan jiwa keIslaman sehingga mampu menafikan keangkuhan Firaun.

Masyitah ialah pelayan raja. Beliau adalah seorang rakyat yang masih sedar dan beriman kepada Allah tetapi disebabkan kekejaman Firaun, beliau dan ramai lagi terpaksa menyembunyikan keimanan mereka.

Pada suatu hari, ketika Masyitah menyikat rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, beliau menyebut nama Allah.

Apabila puteri itu mendengar perkataan ?Allah?, dia bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu. Masyitah pada mulanya enggan menjawab tetapi selepas didesak berkali-kali, beliau akhirnya memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam.

Puteri itu mengadu kepada Firaun mengenai perkara itu menyebabkan Firaun terlalu marah apabila mengetahui Masyitah menyembah tuhan selainnya. Masyitah dipaksa Firaun memperakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan, tetapi dengan penuh keberanian beliau berkata: "Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah."

Perkataan itu menimbulkan kemarahan Firaun, lalu memerintahkan dibuat patung lembu daripada tembaga untuk diisi minyak bagi merebus Masyitah.

Menteri Firaun, iaitu Hamman, salah seorang penghuni neraka, diperintahkan Firaun untuk membunuh Masyita. Firaun memerintahkan patung lembu itu diletakkan di atas api sehingga panas menggelegak dan mengarahkan Masyitah dan ahli keluarganya dilontar seorang demi seorang.

Pada waktu giliran bayinya hendak dimasukkan ke dalam lembu itu untuk direbus, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada kemahuan Firaun kerana terlalu sayangkan anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah, berlaku kejadian luar biasa apabila bayi itu dengan fasih berkata: "Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di atas (jalan) kebenaran."

Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa. Lalu semuanya syahid dibunuh Firaun.

Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun oleh seluruh manusia melalui peristiwa Israk Mikraj.

Semua ahli keluarga Masyitah mendapat balasan syuhada daripada Allah kerana mempertahankan akidah sehingga mati.

Dalam perjalanan itu, Baginda turut diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita yang membuatkan Rasulullah SAW menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak rupanya berbentuk anjing dan beberapa ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

//semoga kisah si sebalik peristiwa ini sentiasa memperingatkan kita khususnya kaum wanita utk lebih ambik 'cakna' dalam menguruskan kehidupan seharian..

time 2 sleep...smga sentiasa ceria dan dibwh rahmatNya

Posted at 10:04 am by wardah44
Comment (1)  

Sunday, June 24, 2007
jalan-jalan

Today,me,abang,mom,kak za n abg leh jalan2 g sungai congkak lagi..tah kali keberape dah rasenya aku n abg ke sana..asik2 ujung minggu situ jela tmptnya,,tapi ingatkan mak n lain2 blm sampai lg kesana..ape lg pergi jgkla..bertolak dr SB jauh jgk nak sampainya..terasa sejam lebih perjalanan..mcm dr Paka nk ke KT..huhu..kalu kat sana xdela nak jalan nak g main air semata2 kalu jauh ni..
perghh..ramai tol org..tmpt parking penuh,.last2 sewa jeh pondok tepi jalan tuh..dah tapau nasi siap2 ape lg makan jela..tgk budak2 main air..ade baby dlm 6,7 bln pun mak dia ajak main air..x takut demam ke budaknya nanti..sia lak tgk kck2 dh usung ke tmpt sejuk2 camtuh..manala baby kck2 tuh reti..2la mak2 moden zaman lani..2 mak yg cakap..hhuuhu..
 lepas je makan,main air n solat kami cau lak ke hot spring x jauh dri situ..rendam lak kaki dlm baldi..mcm kene kejutan elektrik jeh..dri sejuk teramat ke panas do oh..huhu kejang gak kaki..saba jela mak cakap..

abg,mak n akk trs blk ke SB..tp aku teringin sangat nak g tasik titiwangsa..beria2 la aku ajak hubby..tah nape..berjalan sakan..tgk jam baru 4 lbh..on way ujan trun selebatnya..aku ckp kat abg nak g mana?dia x bg respons pun aku nk g tsk tuh..last2 dia ckp berbelit tol aku ckp..huhuu..Adoisss..manala tau kot2 ujan camtu dia x nak g..sian hubby...penat2 pun layan gak perangai gila aku..kalu dh teringin..abg ikut jela..huhu...thanks my dear..

ujan rintik2 jeh bila dh sampai sana..m,ramai jgk org..abg kata nak wat pe cini?aku pun x dela nak perabih    duit naik eye on msia tuh..bknnya x pernah tgk bandar kl..last2 pusing2 jeh jalan2..mcm couple2 kat cituBig Smilelast2 naik senak perut aku jalan..agaknya duk berjalan dr pagi tuh jd camtuh...uhuhu..sian baby dlm perut nih,,,

m,sampai umah kami bersiap2 solat jemaah..hubbyku x banya kerenah..x pyh susah nak masuk dpur..dia kacau sndri buat oat..kenyang ke aku tnya??ngn milo tnpa sbrg susu or gula...m,jaga kshtan katanya..,hehe...anyway..syukur alhamdulillah..hari ni terasa sgt seronok even pusing2 jeh..

kalau ade anak2 buah ku ikut msti lg gamat agaknya..huhuu..next week tah mana2 lak kami nak round ye..m,umahku dh sunyi blk..mom dh stay kat umah abg lak..insyaALLAH abg nak ke sgpura prtghn julai nanti..mak tmn lagi..huhu,,'berjalannya' hubbyku..semoga ALLAH berkati perjalanan hidupnya dan kami sentiasa dilimpahi rezeki dan kasih sayangNYA..ameen

Posted at 07:56 am by wardah44
Make a comment  

Friday, June 22, 2007
Keheningan malam

hujan turun mencurah-curah tika ni..jam baru jeh pukul 11.19pm..tapi hubbyku berdengkur mcm dah pkul 2 pg..penat sgt agaknya,,everyday balik dri ofis kol 9 lbh..12 jam di ofis mmg penat..aku jeh relaks2 lagi..sonokla baby ni..umi dia asik dengkur je siang hari..Shades apapun,aku still apply keje lain..mungkin blm rezeki tiba agaknya,,lepas habis pantang esok2..moga2 ALLAH izinkan aku dapat kerja sesuai dan lebih baik..insyaAllah..

baby dlm perut ni asik duk main tendang-menendang..nak2 pukul 2,3 pg..kadang2 senak jeh rasa..pusing kiri x kena..kanan x kena,,nakal tol ye..tp kdg2 hari si kck ni wat steady,,xde terasa gerakan ape2 pun..cma keras jeh perut..mcm2..tapi nilah pengalaman plg best..hehe..sonok jgk ade teman berbual tika sorang2..Big SmileBig Smile

sari dua nih aku dah mula alami kejang betis n kaki..kebetulan mak ada kat sini..banyakla bagi petua itu ini..mcm2la..tp bagus jgk..pengalaman org2 tua ni bagus even kdg2 tah betul ke idak..ikut jelah..mak ade kat umah xdela sunyi sgt..bolela teman berbual..mak pun mcm aku..sunyi n lonely..pusing2 g umah anak2..mgu lepas dh giliran aku..so esok mak dh nak balik ke SB balik umah abg..sop2..sop2...sedih lak..kalau boleh nak jeh aku suh mak duk sini selamanya2..tp mak dh bising2 rindu kampung halaman,,waaa...aku pun sama,,nak blk duk kg jgk..ngat nak teman mak blk tp abang x kasi..katanya bahaya travel jauh2..aku x terasa jauh pun even kdg2 lenguh gak punggung..huhu

tekanan darahku naik sejak masuk bln ke 5 nih..setiap 2 hari sekali nak kene g cek dr..malas tol la...kdg2 x wat keje pun naik,,kalu g klnik ade dkt 3x dr cek tekanan..last2 kene tunggu stgh jam or rehat2 atas tilam..tp x laratla asik nak g jmpa dr..baby..hope u will always be healthy and alright.mudahan2 ALLAH permudahkan segala urusan hamba ini..

have 2 stop now..asik problem loading jeh..almaklum pakai wireless..ade rezeki bolela ol.


Posted at 08:17 am by wardah44
Make a comment  

Friday, June 15, 2007
Selamat Pengantin Baru

Tahniah dan selamat pengantin baru kepada pasangan2 yang  selamat mendirikan masjid..kepada my sis,suhana n abg fadzil,kak jan,aimi,kak as,kak yana n kak mina serta pasangan masing2..

perkahwinan kakakku berjalan lancar..alhamdulillah..sekian lama menghitung hari akhirnya selamat di ijab jua..kenduri di ampang  amat meriah..x sangka lak jemputan begitu ramai..perut kosong di isi dengan nasi beriyani yg bermacam lauk dan disyahdukan pulak lagu2 nasyid jemputan dari kumpulan saujana mmg best.. rombongan dri trg 1 bas..gelagat si kck2 menaiki bas mcm2 ragam..mmg seronokla travel 1 family..tp diorg xle lama2..esokannya dh sekolah balik..huhu..kesian..

anyway..semoga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat dan mendapat rahmat dariNya..

Posted at 12:34 am by wardah44
Make a comment  

Thursday, April 05, 2007
fikirkan

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-
kata yg tidak baik,
Fikirkan tentang seseorg yg tidak dpt
berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dr
makanan,
Fikirkan tentang seseorg yg tidak
punya apapun utk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-
apa,
Fikirkan tentang seseorg yg meminta-
minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita
buruk,
Fikirkan tentang seseorg yg berada pd
keadaan yg terburuk di dlm
hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau
isteri anda,
Fikirkan tentang seseorg yg memohon
kpd Tuhan utk diberikan teman
hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang
hidup,
Fikirkan tentang seseorg yg meninggal
terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-
anak kita,
Fikirkan tentang seseorg yg sgt ingin
mempunyai anak ttpi dirinya
mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yg
kotor kerana pembantu tidak
mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang org-org yg tinggal
dijalanan.

Dan di saat kita letih & mengeluh
tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, org-org
cacat yg berharap mrk mempunyai
pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari &
menyalahkan org lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorg pun yg
tidak berdosa.

Dan ketika kita sdg bersedih & hidup
dlm kesusahan,
Tersenyum & berterima kasihlah kpd
Tuhan bahawa kita masih hidup!

 

credit to abg adha

Posted at 08:25 pm by wardah44
Make a comment  

Tuesday, March 27, 2007
cayook

Alhamdulilah syukur tak terhingga di panjatkan buat Diri Yang Maha Esa..Allahuakbar..selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah serta keluarga dan para sahabat..

nothing special 2 share..cuma terasa perubahan diri yang semakin penat dan letih menunggu hari hingga ke petang..kerja x banyak sangat..so bolehla lepak dgn seronok sambil menanti malam utk turn mengajar adik2 kat pusat tuisyen..aku mengajar darjah 3..ada 5 org..all boys..keletah nakalnya hanya Tuhan Yang Tahu..ada satu tika..aku tak larat lagi nak marah..dah terasa batas kesabarn sampai ke kemuncak..perutku terasa bergetar..adik2 yang amatla bising dan suka main..payah sebenarnya mengajar budak kecil yang suka bermain dari budak besar yang suka mengelamun...tapi dgn semangat yang ada..ku kuatkan kesabaran..bayangkan hampir 4 malam aku mengajar semua subjek kelas ni dgn seribu satu mcm..kdg2 terasa surrender nak berenti jeh..tp payah nak cari cikgu ganti..pada sape2 yg berminat nak jadi cikgu partime bolela contact..cikgu ganti yang sedia ada selalu je xle ganti..tp one day aku akan resign jgk..mgkn lepas bersalin nanti..so sape nak amik alih keje2 ku akan dtg bolela bgtau ek..

alhamdulillah aku dah bole masuk ke dapur macam biasa..cuma x le bau tumis,cili lg..so setakat ni aku hentam jela masak yg bole aku mask..nasibla hubby x cerewet..even kdg2 aku terasa x larat sgt nak masak tp paksa jgk diri..tq 2 my hubby yg bnyk sgt memahami n menolong kat dapur..basuh pinggan,kdg2 tlg masak..tp x larat lg nak sumbat kuah kicap kalu die masak..huhu..hubbyku pun tgh bz dgn project,report n next week dah nak exam..kdg2 x sampai hati nak susahkan dia lg..apapun..time2 mcm ni sebenarnya lg mendekatkanku padaNYA..tika tiada kekuatan hanya pd DIA ku mengadu..biarlah segalanya dipermudahkan..

kdg2 terfikir apa yang di anugerahkan pd kita jika kita bersabar banyak pahala menanti..tp utk menjadi sabar kdg2 banyak air mata perlu tumpah..aku kdg2 terlalu lemah..Ya Allah,hanya Engkau sebaik2 penolong..adakah bakal2 ibu seperti diriku?

" Ya Allah! Lembutkan bagi kami pada memudahkan setiap urusan yg sukar. Maka sesungguhnya memudahkan setiap yg sukar itu amatlah mudah di sisiMu. Ya Allah! Mudahkanlah bagi kami segala urusan kami serta ketenangan hati kami, keselamatan dan kesihatan pada agama kami dan dunia kami" -ameen

 

gud luck pada semua sahabat yang bakal menduduki exam dan yg tgh bertempur dgn projek..kuatkan semangat dan kesabaran..di sebalik kepahitan ada kemanisan di akhirnya..


 

Posted at 02:19 am by wardah44
Make a comment  

Next Page


Blogdrive