Barangsiapa yang memperhatikan kepentingan saudaranya,maka Allah akan memperhatikan kepentingannya.
Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama muslim,maka Allah akan melapangkan satu kesulitan
dari beberapa kesulitan dihari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi kejelekan orang lain
maka Allah akan menutupi kejelekannya dihari kiamat. -Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim
"Ya Tuhan kami ,kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi"
-(Al A'raf : 23)-
Tidak perlu mencari teman secantik Balkis,
Jika diri tidak seindah Sulaiman.
Mengapa mengharap teman setampan Yusof,
Jika diri tidak seindah Zulaika.
Tidak perlu menjadi seperti Ibrahim,
Jika diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
Mengapa didamba teman hidup seistimewa Khadijah
Jika diri tak sesempurna Rasulullah s.a.w
Baby Gear FabulousMom Anakku SusuIbu Baby Center Ask Dr Allah knows what’s best for us
So why should we complain
We always want the sunshine
But He knows there must be rain
We always want a laughter
And the merriment of cheer
But our hearts will lose their tenderness
If we never shed a tear.
Allah tests us often
With suffering and with sorrow
He tests us not to punish us
But to help us meet tomorrow
For growing trees are strengthened
If they withstand the storm
And the sharp cut of the chisel
Gave the marble grace and form.
Allah tests us often
And for every pain He gives to us
Provided we’re patient
Is followed by rich gain
So whenever we are down
And whenever we feel that everything is going wrong
It is just Allah’s way
To make our spirit strong…
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
KADANG2 ALLAH HILANGKAN SEKEJAP MENTARI...ALLAH DATANGKAN PETIR & KILAT, PUAS KITA MENANGIS, MEMANGGIL, MENCARI DI MANA MENTARI... RUPA-RUPANYA ALLAH NAK HADIAHKAN KITA PELANGI
Semoga Ku sentiasa Menjadi Insan Yang Bersyukur
Wahai tuhanku, tambahkanlah ilmu dan luaskanlah fahamku.Wahai tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.Ya Allah ,keluarkanlah kami dar kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya pengertian, bukakanlah bagi kami malrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan dan mudahkanlah bagi ku pintu-pintu kurniaMu, wahai yang paling pengasih.
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.
Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon...
Allah SWT selalu berada disampingmu.
Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah SWT punya jawapannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum padamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.
Ingat bahawa di manapun kau atau ke manapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU .........
lama rase x melayan blog..cuti sebulan dh x ngat pe..blk kg memang seronok..cuti raya sebulan katakan.syawal pun dah habis..xpe..org KL ni lg bole wat umah terbuka..buka je pintu2 tuh..bagi makan free kan banyak pahala..hehe..
Raya baru2 ni memang x menang tangan..almaklum sedara mara seme dtg..dri hari ke 2 till ke 9,tiap2 ari ade tetamu..mmg seronok..ramai btl sedara maraku rupenye..dh besa2 panjang agaknya jumpe tgh jalan x jumpe..sekali serang ade kat 7,8 buah kete..jenuh ngangkut air oren kat dpur..mmg muka dapur n korek kerepek jela raya baru ni..xpela..bukan dtg selalu..tetamu tuhkan tanda berkat..tanda kita diingati so wajiblah dihargai..
raya ni x ramai kawan2 dtg..ramai yg raya ke3 n 4 dah masuk blk U sambung tk exam..tinggal la sorg 2 yg dh jd cikgu dtg beraya..teacher shima,cikgu Uda..bestnye korang..dh kejekan..x payah susah2 cri keje..keje tergolek jeh kat kaki..tp kene la didik tol2 anak2 murid tuh..murid2 lani dh x betul2..apela nak jd..makin mencabar..ape agaknye jd msa depan anak2 nanti ye??ishh..malasla nak pk..raya ni gak my best fren datang..faizal n ustaz ridza..dh balik mung dari mesir ye..jap je tup tap 5 thn..dulu sekolah kecik2 jeh..suka ngusik..lani ckp berhadis2..tabik beb!!macam2 sembang..seme pasa kenangan sekolah..seronoknya kenangan tuh..n biasa si faizal control macho..time sekolah x pernah pun dtg beraya..alih2 tup2 dh 5 thn keje baru nampak btg hdg..xpela..ingat gak korang kat aku yer..thanks sahabat2 semua..
okla,sem pun dh bermula..planning pun kene start blk..sem ni 2 kls je..ari selasa n khamis je..relax jeh ari lain..sambil2 ngadap projek final sket2..bosan gak..sesape yg ade keje part time tuh royat2la kat aku..kot2 bole join skaki..projek final ni cam menakutkan je..uuu..susah cam na pom kenala struggle..ni je last yg sakit pale..xpe2..insyaALLAH,BOLEH..
okla..chow..penat dh tgn..miss 2 mom..miss my memory at home..waaa..nak tgk cite korea..1%..selalu je tgk sekerat2..okla..selamatla pada semua..good luck 2 u all!!
Alhamdulillah..hari ni dah masuk 21 hari berpuasa dan terasa manisnya nikmat ibadah puasa yang dilakukan..terasa penuh ketenangan bulan yang mulia ini dengan diberi kesempatan olehNya untuk bangun qiam hampir setiap malam..alhamdulillah..syukur atas nikmat islam,iman yang diberi..x dapat di bayar dengan semua harta di dunia ini...
hari ni feeling quite shock..first,my sis call bagitau adik kat umah dah mula bercakap dan mula berdikari..mandi,makan sendiri..alhamdulillah..perubahan yg positif..semoga adik cepat sembuh dan kembali ceria seperti dulu..yang pasti satu perubahan pada dirinya yang amat kami nantikan sekeluarga..semoga sinar ramadhan dan aidilfitri tahun ni mengembalikan semangat dan kekuatan yang hilang..insyaALLAH..be strong my dear..
second,tenkiu to baba atas angpow raya..x sangka ade jugak rezeki lebih tahun ni..alhamdulillah..syukur sgt..tgh2 kesempitan ade rezeki datang rase mcm bulan jatuh ke riba..hehehe..n tenkiu also to my sis kak ana..atas selitan duit2 yg diberi..bole gak bernafas n merasa tok raya nih..even macam x sempat jeh nak g shopping..xpela..berjimat..
third,the calling from my ex-tuition teacher,auntie sheila..how i feel when i heard her voice,like my heart dub--dab--dub--dab..entah nape..dari zaman sekolah lg..padahal dia bukan makan org pun..haha..penakut betul..her only son,sunil bercadang nak masuk uniten..huhu..x pasal jumpa ngan dia kat uniten nanti..xpe..dah lama x borak ngan auntie..mesti banyak kena usik nanti..adoi...
n..to all my frenz..selamat bercuti dan selamat hari raya..maaf zahir dan batin..minta maaf atas segala kesilapan,kesalahan secara sengaja @ tidak..nak beli kad raya pun x sempat..aisey..minta halalkan segala rezeki dan benda yg digunakan..n to warga BM.jaga diri..n jangan lupa bawak kuih raya memasing yer..heheee...n last to mak kiah,mak janz, n myself..good luck 4 final oose..do aour best..
p/s:x sabar nak kutip duit raya tahun ni..entah dapat berapa la ye tahun ni??hehee
hari ni genap 11 hari berpuasa..semoga puasaku diterima olehNya dan mendapat keampunan..hari ini call mak kat kampung..mak bagitau jiran sebelah rumah dulu telah selamat kembali ke rahmatullah..Inalillahiwainnailaihirajiuun..sesungguhnya yang hidup akan kembali semula menemui ALLAH yang Esa..berat mata memandang berat lg bahu memikul..dengan pemergian arwah ayahnya 2 bulan lepas..tinggallah anak2 yatim piatu ni..memang kuat ujian untuk mereka..bersabarlah..
dalam tempoh sebulan ni..kematian hampir tiap2 hari berlaku di kampung..malahan kalu tengok di dada2 akhbar pun..kematian jua hari2 berlaku..lemas..accident..and berada di bilik sendiri pun boleh di langgar apatah lagi yang kaki buli di jalan raya..sesungguhnya yang hidup ambillah peringatan..cukupkanlah bekalan dan persiaplah diri dengan amalan2..semoga di bulan yang mulia ini..kita dapat sama2 mengambil inisiatif bangun malam..qiam..mohonlah keampuanan padaNYA..insyaALLAH..janji ALLAH segala doa akan di makbulkan..amin..
Nabi s. a. w. bersabda; "Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipatgandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan." - Riwayat Al Baihaqi
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, ana rasa semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turunlagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya. Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu kenapa?
Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka, tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki. Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu. Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuktidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.
Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."
Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."
Apa Yang Akan Ditanya:
Dalam sehari ada 24 jam.? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali. Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan : * Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang. * Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan. * Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab : "Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."
Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima org.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."
Kali ni nak cakap tentang keistimewaan wanita. Yang ni memang lelaki tak boleh nak tiu, buat pembedahan pun tak boleh jadi seoriginal wanita tulen. Hakikat kejadian wanita yang paling istimewa... Lelaki memang jeles. Tentang ”haid”.
Imam Ghazali r.a menerangkan : ”Ilmu yang harus dimengerti oleh kaum wanita baik muda mahupun tua, baik belum menikah mahupun sudah adalah ilmu haid.”
Mencari ilmu tentang haid sama wajibnya dengan belajar surah al- Fathihah, sehingga seorang isteri boleh memaksa keluar untuk mempelajari masalah haid, dan haram bagi suami melarang isterinya keluar dari rumah untuk mempelajari masalah haid, sedangkan suami sama sekali tidak memahami tentang masalah haid. Sayang sekali, pada zaman sekarang ini banyak orang yang tidak memperhatikan masalah ini.
ASAL USUL HAID
Wanita mempunyai qudrat dengan keluarnya darah yang tidak disebabkan oleh penyakit. Darah itu adalah sel telur mati yang keluar dari saluran peranakan atau faraj. Itulah yang dinamakan haid. Biasanya haid itu berkisar antara lima hingga tujuh hari dalam sebulan.
Asal usulnya adalah dari Siti hawa, isteri Nabi Adam as ketika ia dipujuk oleh iblis untuk memotong pohon khuldi yang dilarang Allah ketika di dalam syurga. Getah pohon khuldi tersebut menitis tepat pada saat Siti hawa menerima azab dari Allah SWT. Dengan keluarnya darah dari faraj, kemudian erhenti, keluar lagi, berhenti, terus hingga turun menurun kepada anak cucunya. Maka wanita yang normal yang tidak mengandung pasti mengeluarkan darah haid. Jika tidak, pasti ia mempunyai penyakit, wajahnya pucat, makan dan tidur tidak selesa, sebab telah dinyatakan oleh Allah dalam alQuran:
”Darah haid itu adalah suatu kotoran. Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita-wanita ketika sedang haid.”
Biasanya akan bersih dan sihat apabila darah haid sudah mengalir.
HIKMAH DARAH HAID
Wanita semestinya menginginkan anak sebagai pelengkap sebuah keluarga, jadi darah haid ini adalah suatu ”training” kepada wanita tersebut. Training dalam membersihkan kotoran dan najis-najis anaknya semasa bayi.
Setelah dinikahi oleh seorang lelaki dan menerima mahar, wanita harus menerima kotoran dari suami iaitu air mati yang menjijikkan, maka isteri harus pandai membersihkan diri serta pakaian suaminya serta menjaga kebersihan pada semua aspek kehidupan termasuk amalan pemakanan. Seorang ibu adalah doktor dan suaminya adalah pesakit. Jadinya, doktor diperlukan di dalam rumah, doktor inilah isteri.
Haid adalah tanda seorang wanita sudah baligh.
Sebagai tanda datangnya `iddah.
Haid dapat menyebabkan kekalnya rasa kasih sayang antara suami isteri.
Wanita mempunyai ketetapan yang khusus, antaranya :
1. Haid
2. Nifas
3. Wiladah
4. Auratnya adalah seluruh tubuhnya, termasuk rambut
5. Dibolehkan memakai perhiasan emas
6. Dibolehkan memakai perhiasan kain sutera
7. Dalam hal pembahagian harta warisan, wanita mendapat setengah bahagian dari lelaki
8. Tidak mempunyai kekuasaan pada dirinya sendiri, oleh sebab itu ada wali
9. Tidak berkewajiban memberi nafkah pada suami
10. Boleh dimadu hingga empat orang
11. Menerima untuk dicerai
12. Tidak wajib solat jumaat
13. Tidak disunnahkan solat Hari raya
14. Tidak wajib solat jenazah
15. Tidak wajib berjuang perang
16. Tidak boleh menjadi hakim
17. Ketetapan iddah
18. Tidak boleh keluar rumah tanpa izin suami/wali/mahram
19. Tidak boleh pergi sendiri tanpa didampingi mahram
20. Tidak boleh bersedekah tanpa izin suami
21. Mempunyai hak untuk menerima mahar
22. Tidak dapat menjadi wali
23. Tidak boleh menjadi imam solat jika makmumnya adalah lelaki
Wanita haid diharamkan :
1. Solat
2. Sujud tilawah ketika mendengar ayat sejadah
3. Sujud syukur
4. Tawaf
5. Iktikaf
6. Masuk ke dalam masjid
7. Membaca alQuran
8. Menyentuh @ menulis ayat alQuran
9. Berpuasa
Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar- benar berpuasa. Dan ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Dan jagalah aku dari tidurnya orang-orang yang lalai.
Hapuskanlah dosaku ... Wahai Tuhan sekalian alam. Dan ampunilah aku, Wahai Pengampun para pembuat dosa.
Doa Hari Ke-Dua
Ya Allah!
Dekatkanlah aku kepada keridloan-MU dan jauhkanlah aku dari kemurkaan serta balasan-MU.
Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-MU dengan rahmat-MU, Wahai Maha Pengasih dari semua Pengasih !
Doa Hari Ke-Tiga
Ya Allah!
Berikanlah aku rizki akal dan kewaspadaan, jauhkanlah aku dari kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah bagian untukku dari segala kebaikan yang KAU turunkan.
Demi kemurahan-MU, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan dari semua dermawan!
Doa Hari Ke-Empat
Ya Allah!
Berikanlah kekuatan kepadaku, untuk menegakkan perintah-perintah-MU, dan berilah aku manisnya berdzikir mengingat-MU. Berilah aku kekuatan untuk menunaikan syukur kepada-MU, dengan kemuliaan- MU.
Dan jagalah aku dengan penjagaan-MU dan perlindungan-MU, Wahai dzat Yang Maha Melihat.
Doa Hari Ke-Lima
Ya Allah!
Jadikanlah aku di antara orang-orang yang memohon ampunan, dan jadikanlah aku sebagai hamba-MU yang sholeh dan setia serta jadikanlah aku di antara Auliya'- MU yang dekat di sisi-MU.
Dengan kelembutan-MU, Wahai dzat Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.
Doa Hari Ke-Enam
Ya Allah!
Janganlah Engkau hinakan aku karena perbuatan maksiat terhadap-MU, dan janganlah Engkau pukul aku dengan cambuk balasan-MU. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaan-MU.
Dengan anugerah dan bantuan-MU, Wahai puncak keinginan orang-orang yang berkeinginan!
Doa Hari Ke-Tujuh
Ya Allah!
Bantulah aku untuk melaksanakan puasanya, dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku dari kelalaian dan dosa-dosanya.
Dan berikanlah aku rizki berupa dzikir mengingat-MU secara berkesinambungan, dengan Taufiq- MU, Wahai Pemberi Petunjuk orang- orang yang sesat.
Doa Hari Ke-Delapan
Ya Allah!
Berilah aku rizki berupa kasih sayang terhadap anak-anak yatim dan pemberian makan, serta penyebaran salam, dan pergaulan dengan orang-orang mulia.
Dengan kemuliaan-MU, Wahai tempat berlindung bagi orang-orang yang berharap!
Doa Hari Ke-Sembilan
Ya Allah!
Sediakanlah untukku sebagian dari rahmat-MU yang luas, dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran-ajaran-MU yang terang, dan bimbinglah aku menuju kepada kerelaan-MU yang penuh.
Dengan kecintaan- MU, Wahai harapan orang-orang yang rindu !
Doa Hari Ke-Sepuluh
Ya Allah!
Jadikanlah aku di antara orang-orang yang bertawakkal kepada-Mu, dan jadikanlah aku di antara orang- orang yang menang di sisi-MU, dan jadikanlah aku di antara orang-orang yang dekat kepada-MU.
Dengan ihsan-MU, Wahai Tujuan orang-orang yang memohon !
Alhamduillah..syukur kupanjatkan padaMu yang Rabb..setelah berhempas pulas..akhirnya berakhirnya saat pengakhiran projek 1..dengan submitnya final report pada kedua2 supervisorku ..alhamdulillah..moga segala usaha akhir berakhir dengan kejayaan..apapun..selepas final exam dah nak kena planning balik for projek2..bab kata second reader jangan syok sendiri bila wat projek ni..mostly student bila dekat nak present barulah terheggeh2 g merayu mintak extend..pulak tuh draft projek lintang pukang..banyaknya syok sorg2..mcm bagus..bila present tah ape2..tuh yang kene bantai banyak masa final projek..xpela..apapun,I have to do all my best..puan azhana,puan ros n puan esya sendiri nak jadikan cdrom montessori tuh sebagai simpanan peribadi..so..kenalah buat sebaik2nya..Ya ALLAH,permudahkanlah segala urusan hambamu ini..amin..
Seronok..puasa di kampung memang best..penuh juadah berbuka puasa..mcm2 jenis kuih ada..g pasar ramadhan rasa mcm nak angkut wat balik seme..tapi sabar..perut ngah lapa mmg nmpak sedap belaka..perjalanan ke paka hampir 6 jam memang memenatkan..nak patah pinggang ada..terasa betapa panjangnya highway pantai timur tuh..huhu...
Mak..memandang wajah ibu dan ayah akan dapat pahala..pandanglah dengan senyuman yang paling menawan..teringat kata2 dr fadilah kamsah masa pogram motivasi pagi dulu..memang..menadang wajah mak memang tenang..betapa kuatnya hati tua ini menerima ujian yang dihadapi..calang2 org boleh bersabar..ermm..nampaknya kesihatan mak kurang baik..darah tingginya naik till 240..kalu ikut doctor dah kene tahan wad lg..tapi mak dah tak tahan duk wad..kene selalu makan ubat n berpantang..moga dirimu sentiasa sabar dan kuat menempuhi liku2 hidup ini..ameen
Adik...what's happen to my sis..berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul..aku hanya mampu berdoa setiap sujud dan qiam moga adik kembali sembuh sedia kala..kekadang..terasa betapa bebanan mak sorang2 yang memikul ujian ni..YA ALLAH,tabahkan hati kami menerima ujianmu..sesungguhnya ENGKAU yang lebih mengetahui yang terbaik buat hamba2Mu..
kini..segalanya akan bermula dengan final exam pada 20hb nih..huhu..pas nih kene rajinla belek buku lak..micropi ni ape cite..dari awal sapa akhir..betapa seksa rasanya..susah bebeno nak paham konsep..semoga pengakhiran microP ini berjaya dengan baik..also same with OOSE..
"Wahai tuhanku, tambahkanlah ilmu dan luaskanlah fahamku.Wahai tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.Ya Allah ,keluarkanlah kami dar kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya pengertian, bukakanlah bagi kami malrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan dan mudahkanlah bagi ku pintu-pintu kurniaMu, wahai yang paling pengasih."
Alhamdulillah..syukur padaMu ya ALLAH atas nikmat iman dan islam dan masih mengurniakan usia yang panjang untuk menyambut ramadhan kali ini..Semoga amalan puasa dan amalan2 rohani semakin bertambah dan lebih baik dari sebelum ini..AMIn..