Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

(Assalamu'alaikum wrb) السّلام عليكم و رحمة الله

Ya Tuhan kami , ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir~~ (Al Imran : 147)






INDAHNYA KASIH PADA YANG SATU

HADIS HARI INI


Barangsiapa yang memperhatikan kepentingan saudaranya,maka Allah akan memperhatikan kepentingannya.
Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama muslim,maka Allah akan melapangkan satu kesulitan
dari beberapa kesulitan dihari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi kejelekan orang lain maka Allah akan menutupi kejelekannya dihari kiamat. -Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

   

<< December 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31


Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie 2nd Birthday Ticker
Lilypie 1st Birthday Ticker


Sebaik-Baik perhiasan adalah Wanita Solehah

"Ya Tuhan kami ,kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi" -(Al A'raf : 23)-




..: COUNTING..:

Free Web Counter





RABITAH HATI
(IKATAN HATI)
Hati ini telah bersatu
Berkumpul di perut bumimu
Hati ini telah berpadu
Bersatu memikul beban dakwahmu
Hati ini telah mengikat setia
Untuk mendaulat untuk mendokong
Syariatmu di alam maya
Maka Ya Allah eratkanlah ikatan yang ada
Kekalkan kemesraan yang ada
Tunjukkanlah jalan yang benar
Terangkanlah dengan cahayamu
Tiada malap terangi alammu
Hidup suburkanlah dengan makrifatmu
Tapi jika ingin mematikannya
Matikanlah sebagai syuhada’
Dalam perjuangan menegakkan agama yang mulia…





::MuTiaRa KaTa::

Tidak perlu mencari teman secantik Balkis, Jika diri tidak seindah Sulaiman. Mengapa mengharap teman setampan Yusof, Jika diri tidak seindah Zulaika. Tidak perlu menjadi seperti Ibrahim, Jika diri tidak sekuat Hajar dan Sarah. Mengapa didamba teman hidup seistimewa Khadijah Jika diri tak sesempurna Rasulullah s.a.w





..:COOL WEBSITE..:

::sis
::abg Adha
::my website
::Tranung Kite
::GaNuSoCCeR
::Portal Muslimah
::Uniten ::PPI group ::syeikh Ahmad yassin ::Ukhwah
..:FRENZ BLOGS ..:

::my sis
::Abg adha
::Sufiyah
::Kak Baiti
::Kak Alin
::Kak Ira
::Nefertari
::Syafa
::SyahidItuSuci
::cahaya Malam
::Pak Ngah
::kak Janz
::Wanis
::Adibah
::AlumniMuslimat
::Mizmi
::Wanie
::Lily
::Dayana
::Ilah
::Fatin
::Zaini


..: INTERESTING LINKS :..


Everything praises Allah
Nama Allah
Before Death
Gaza
Lagu Jepun
Cerpen
Saiful Islam
Best E-novel
::Resepi

..:MARI BELAJAR IT:..

HTML
FLASH
PHOTOSHOP
ASP
DREAMWEAVER

ITtutor
celikIT
ITSifoo
MULTIMEDIA

..:BABY CORNER:..

Baby Gear
FabulousMom
Anakku
SusuIbu
Baby Center
Ask Dr

Allah knows what’s best for us So why should we complain We always want the sunshine But He knows there must be rain We always want a laughter And the merriment of cheer But our hearts will lose their tenderness If we never shed a tear. Allah tests us often With suffering and with sorrow He tests us not to punish us But to help us meet tomorrow For growing trees are strengthened If they withstand the storm And the sharp cut of the chisel Gave the marble grace and form. Allah tests us often And for every pain He gives to us Provided we’re patient Is followed by rich gain So whenever we are down And whenever we feel that everything is going wrong It is just Allah’s way To make our spirit strong…
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

KADANG2 ALLAH HILANGKAN SEKEJAP MENTARI...ALLAH DATANGKAN PETIR & KILAT, PUAS KITA MENANGIS, MEMANGGIL, MENCARI DI MANA MENTARI... RUPA-RUPANYA ALLAH NAK HADIAHKAN KITA PELANGI



Semoga Ku sentiasa Menjadi Insan Yang Bersyukur

Wahai tuhanku, tambahkanlah ilmu dan luaskanlah fahamku.Wahai tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.Ya Allah ,keluarkanlah kami dar kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya pengertian, bukakanlah bagi kami malrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan dan mudahkanlah bagi ku pintu-pintu kurniaMu, wahai yang paling pengasih.




Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia.. Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha. Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih... Allah SWT sudah menghitung airmatamu. Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja... Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu. Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon... Allah SWT selalu berada disampingmu. Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah SWT punya jawapannya. Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... Allah SWT dapat menenangkanmu. Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan... Allah SWT sedang berbisik kepadamu. Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur... Allah SWT telah memberkatimu. Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... Allah SWT telah tersenyum padamu. Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi... Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu. Ingat bahawa di manapun kau atau ke manapun kau menghadap... Allah SWT TAHU .........





If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Saturday, December 31, 2005
bosan

 2 hari duduk melepak di depan komputer menyiapkan projek memang membosankan..teringat minggu lepas waktu2 begini aku bersuka ria berada di kampung halaman bersama family tercinta..memang 1 perangai yang aku kenal pasti sejak di BM ni..aku pantang kalu x kuar rumah..terasa sangap n very2 bored..setakat tengok beruk melompat dan main papan gelongsor ptg2 bukan lagi menarik minatku..sekarang musim hujan..patah lg ptg2..memang membosankan..hari ini aku malas nak mengadap kerja..xde mood..bosan melayan internet yg on off..tapi semalam idea aku mencurah2 n dptku siapkan sikit part practical life..okla..dengan bantuan tutorial flash..sonok jugak..tp x tahan lenguh pinggang..apapun..aku dah ade idea..cume tunggu mood aku nak mengadap balik..haha..teringat nak blk umah abg li di sg buloh..melayan anak2 buah yg keletah lg menyeronokkan..at least xdela bosn sgt..tp memikirkan mesti jem dlm train..xpela..esok2 jela aku blk..right now,lg 2 jam menghampiri tahun baru..teringat ketika awal2 sem dulu tinggal di aprtment..sanggup menunggu detik ke 12 semata2 untuk melihat bunga api..haha..xde keje betul..

apapun..ku doakan moga tahun 2006 akan lebih memberi kebahagiaan dan segala impianku akan tercapai...INSYAALLAH..menanti saat yang bakal tiba..haha..ye ke??insyaALLAH..miss my late father..n especially mom..x saba menanti 6hb..

Posted at 06:27 am by wardah44
Make a comment  

Thursday, December 29, 2005
erti Hidup

29/12-5.30pm

surau I2.

seperti biasa..usrah kali ini aku prepare awl.beberapa agenda dlm kepalaku..tapi dengan bilangan kehadiran hanya 3 org.aku terpksa mengubah sekali lagi agenda yg dah lama di atur..xpela..3 org pun 3 orgla..janji jalan..semua berjalan lancar..dari tazkirah,isu semasa,ruhie n last dengan bacaan alquran..aku puas ati..permintaan adik2 untuk aku mengajar mengaji mungkin 1 cabaran dan amanah berat..nmun aku cuba usahakan mana mampu dengan sedikit ilmu yg ada..debgab kelas pengajian al-quran aku join selama 3 sem..alhamdulillah mampu memperbaiki ilmu sedia ada..terima kasih ustazah..teringat kalau niat kita ikhlas..ALLAH akan permudahkan segala jalan...aku suruh adik2 join kelas mengaji..katanya segan..entaha..apa yg nak disegankan..nak dapat ilmu free pun x nak..apapun,aku sentiasa doakan moga adik2ku suatu hari berubah lebih baik..habis jeh usrah,ku hayun langkah keumah seorg teman untuk tunaikan solat magrib..ku ketuk beberapa kali..nyata ade notis didepan pintu menyuruh aku masuk..namun aku buke jeh pintu..mataku terpaku..terpaku pada 1 raut wajah yang mengundang degupan jantungku..ermm."assalamualaikum"..dia menjawab dengan tenang.."waalaikumusalam"..mungkin jua terkejut melihatku die terus masuk ke bilik..ternyata berjumpa dengannya..mengundang pilu di hatiku..teringat kenangan persahabatanyg terjalin awal sem dulu..kami ibart belangkas..tidur sesama..menonton cd..keluar makan n banyak masa aku sentiasa nasihati dirinya..tentang pelajarannya..entah kenapa..aku sgt sayang akn persahabatn tuh..SEDIH..aku teringin untuk memeluknya mungkin untuk kali terakhir sebelum aku habis belaja..tapi mampukah??apa slahku..teman..usah biarkan aku tertanya2..andai aku ada salah..maafkanlah diri ini..hingga kini..aku tidak mengerti apa yang aku lakukan padanya hingga dia menjauhkan diri sebegini rupa..mahalkah senyuman itu untuk diri ini??apapun..terima kasih kerana pernah hadir menjalin persahabatan bersama..x kan sesekali2 kulupakan..namamu sentiasa diingatan..

Posted at 11:47 pm by wardah44
Comments (2)  

bertuahkah aku..

lenguh menghayunkan tangan mengdesign projek final ini..mungkin aku kurang bertuah kerana dilahirkan bukan dengan tangan seni..n mungkin jua tersilapkah aku melangkah perjuangan di bidang teknologi maklumat..mungkin jua jika aku ditemuduga..apakah kepakaran yg boleh aku sumbangkan..mungkin jawapan aku mesti tidak melegakan diriku sendiri..susah untuk membuat keputusan dkala diri kita tersepit antara 2..antara cita2 dan terpaksaan..mungkin ada hikmahnya..aku tidak pernah menganggap hidup ini tidak adil..aku yakin Allah campakkan aku disini..kerana ada istimewanya..n yg pasti DIA lebih mengetahui..cuma mungkin aku perlu sentiasa sedar bahawa rezeki ALLAH ade di mana2..yang pasti berusaha,.yakinlah dengan janji DIA..sometimes..bila dipk dengan akal yg waras..mampukah aku melunas hutang2 keliling pinggang sebelum ALLAH menarik ajalku..aku takut..takut sekali andai aku x mampu....dari buku 5 taujih ruhiyah:untuk aktivis dakwah dan harakah karangan Abdullah Nasih 'Ulwan menggariskan dalam keimanan aktivis dakwah--ada 3 perkara yang perlu diyakini-->ajal mutlak ditangan ALLAH,rezeki berada ditangan ALLAH,dan ALLAH maha melihat lagi maha mendengar..

sebagaimana firmanNya..

"Katakanlah,'sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yg telah ditetapkan  oleh ALLAH bagi kami.Dialah Pelindung kami,dan hanya kepada ALLAH orang2 beriman harus bertawakal'-(at-taubah:51)

Posted at 11:32 pm by wardah44
Comments (2)  

Wednesday, December 21, 2005
plz ethically at road

aku x paham betulla pemandu2 lebuh raya area bangi ni..sepanjang aku g kelas naik moto sejak 2 mgu lepas,hampir stiap ari ade jeh menguji kesabaranku..satu..stop mengejut dibahu jalan tanpa bagi signal kecemasan or signal kekiri..tetibe jeh berenti nak2 dekat area petronas tuh..arapla aku ni jenis tak follow dekat..kalu x ..ade gak aku mkn bontot kte org..x pasa2 aku yg sakit..sakit mungkin rebah or sakit ati coz aku yg akn kene baya coz aku langgar bkg..smlm lg satu ade 1 lori ikan berenti ngejut dpn shell sblm selengkoh..dahla x bg signal tuh 1 hal n berenti dahla lama..dhla jalan tgh jem..kat 5 mnt aku tgu ngan bodoh+ mmg geram..nak jeh aku hon skuat2nye..but sabar..n bole pulak die msuk slekoh utk ke shell tanpa bg signal..aduhai..plzla..lemah jiwa aku..n kelmarin,depan uniten,1 kete ni bg signal nak wat u turn..aku pe lg tgk jeh signal terusla pecut moto msk..n suprisely,kete tuh g straight n tak wat u turn pom..woishhh..nak jeh aku jerit kat citu..sikit lg nak accident..berdegup jantung aku..kurang asam punye mamat..bg signal selekoh tp x msk..nasibla sempat aku pecut..ya ALLAH..mmg masa tuh aku ckp dlm ati kalu x cekap mmg dh lama aku kene kat citu gak..n smlm gak ade accident sblm u turn ke bangi balik n jalan ke kenari..1 jalan dh ditutup oleh polis..so aku follow jela jalan tuh..kete bkg aku x sempat2..aku rasa sisi sgt die lalu..terdetik dlm ati..nape sjak akhir2 ni?serba x kena?ya ALLAH,aku pohon peliharaanMu..selamatlah aku sampai ke destinasi..aku berhati2 org len main tangkap muat jeh mmg x selamatla aku kat highway tuh..


wahai pemandu2 F1 semua..plzla..be ethical n profesional at road...pkla pada keselamatn org len..jangan main suka ati jeh..at least pkla org cam aku ni..naik moto tanpa perlindungan pe2 pom..silap sikit terus jeh jatuh..plz..x rugi sikit pom kalu beretika...mcm2 hal manusia ni..

Posted at 04:37 pm by wardah44
Comment (1)  

Saturday, December 17, 2005
penangan final project

peningnya pale..tiap2 ari ngadap komp ni bole naik power specku ni..minggu ni ku kerah seluruh tenaga mengtouchup design n mereka design2 mengikut tutorial di internet..boleh weng kepala..penat dudukk..baring..YA ALLAH,permudahkanlah usahaku semester final ini..ku hanya mampu berusaha..ku serah segalaNYA kepadaMu.. 

16/12-12pm

ape lg yang silap aku buat ni..nak wat motion logo kemain lenguh tgn..dh print tutorial kat 6 page..rase dh ikut step by step..waarghh..nape  x jadi..tension nyer..masuk ni dah 3 kali aku buat..lenguhnye duduk hanya ALLAH yang tahu..dari kol 9pm td..hasilnye???uuuu...x pe try lg.."dahla g tido,sambung esok lak"..pesanan dri insan yg selalu mengingatku di msn .."xpela..sket lg"..lagi x dpt..x nak tido.."uish..degil betul..sambung esok ape masalhnya"..memang x sama..esok dh hari len..design len lak nak kene pk.arini mmg nak kene siapkan gak.."ikutla e"..huhuuhu..kutahu dia risau..xpe..give me more 10 minutes..try wat sekali lg..aku try sekali lg..sambil berdoa dlm hati..YA ALLAH,kali ni biarlah jadi..x perfect pun at least puaskan ati ini..haaaaaa..awk!!awk tgk..usaha mmg perlu kesabaran...kalaula ade anugerah student paling rajin..saya mmg patut menang..haha..poyos betul ayat aku padanya..hahaa..aku gelak sesorg dgn perasaan hanya ALLAH yg tahu"tau xpe..dah!! msk tido"last2 dpt gak buat..terlupe nak set 1 bende jeh..ginilah kalu bdn dah penat..x fokus..silap sket..terus  x jalan..saba jela..keranamu flash..sakit pinggangku..kol 1.15pm..ku masuk tido dgn penuh kelegaan..hilang segala kepenatan..alhamdulillah YA ALLLAH..

17/12

seawal 10am..ku gagahkan mata tok continue..print lg tutorial..n kali ni mmg x jd..aku dh naik malas..lenguh tgn..sakit bdn..pening pale..right now,aku dh puas ati ngan 1 menu aku buat pg tdi..relax la dulu..bosan..nak muntah ade..nak wat bende len..seme assignment aku dh siap awl2..x pun nak main game ngdp komp lg..huhuu..Tuhan,tabahkan hati ini..tret..tret..1 message..from babaNumi"apakabo?lama x dgr berita,bila nak dtg umah lagi...."ermm..ku balas,"tgh pening pale pk projek ni..semoga semua berjln ngn lncr"babaNumi:"ok,baba doakan.amin.selamat semua.susah dulu,senang kenudian"..ya..bersusah2la dulu..nak senang2 tunggu habiskan seme2 ni..dah 2 hari terperap kat umah..bosannya..ly,jom p jalan..

kejayaan memang perlukan kesabaran yang bukan sedikit..

Posted at 01:47 am by wardah44
Make a comment  

Wednesday, December 14, 2005
sabarlah diri andai dirimu diuji

4pm-parking coit

aku bergegas ke 4th floor menuju kebilik supervisor..sedaya upaya aku punctual untuk berjumpa project supervisor..sesampai jeh depan pintu bilik..aku jenguk kedalam..la xde pulak..rupe2nye ade notis "It project,please see me next week"..pulak..penat aku menghayun langkah x habis lg..alih2 cancel..patutlah dari munawarah aku dah rasa berat hati nak dtg..xpela..trdengar bilik sebelah kecoh ngan suara budak..ooo..anak en yunus memekak ngan seronoknye..berguling2..tah main ape,,pedulikan..aku tgk jam baru 4.10..teringat usrah start kol 5.30..terus aku memecut JfY5424 ke apartment murni..tempat lepak utama..my best fren,si cute mimi always dlm ingatan..trima kasih teman..dia nak kuar jumpa adiknya...but bersembang ngan wani,roomate menceriakan hati aku blk..topik berkisar final project..seme x start lagi ke..erkkk..x kisahla..janji dapt siap on time..

kol 5.20pm aku terus memecut ke apartment ilmu lak..tetiba.."dik,mana sticker??"erkk..sticker?bila pulak aku kene sticker bila masuk ilmu ni..x pernah hayat aku naik JFY ni kene soal siasat cam dlm edisi siasat..pantas otakku membuat jawapan.."hari jumat baru boleh amik"..hehe..x pasal2 aku telah memperdaya..erm..lain kali masuk kene ade sticker..uuu..yes cik puan..aku terus pecut n masuk ke surau I2..suasana senyap sunyi..mana budak2 nih..xkan lupa kot..tengok balance credit..alamak tgl 10sen..miscll pun x lepas..xpela..tunggu jela..mcm x biasa ngan budak2 nih..dari jauh aku tengok boys sepak bola..uishh sonoknye menghilangkan tension..teringat masa main futsal..memang seronok gile..

pukul 5.45pm..usih x kana 1 dari 10 org pun x ngat??takkan lupa kot..baru sms pg td..xper..sambil2 tuh baca mathsurat..tenang sket ati..org lalu lalang pelik tgk aku buat pelah budak ni sesorg..senyum jelah..jam menghampiri kol 6pm..uishh aku dh mula geram..bebudak ni x patut betul..kot yela pun sms la ke ape x dpt dtg..xdela aku terhegeh2 kene marah td..6.05pm..aku blah dengan hati sebu..sabarlah diri...aku pecut JFY dengan perasaan sebu,geram,kecewa..dengan traffic jam ke bangi aku tetap perlu hati2..teringat aku bawak external hardisk..haha..kang x pasa kalu terjatuh ke..nauzubillah..

sampai di baitul munawarrah..aku lepas perasaan bukak lagu kegemaranku..chatting ngan mizmie..xpelah..

pengajaran: walau satu apepun x jadi dengan baik hari ini..ade hikmahnya,,belajar menerima ujian dengan hati lapang dan terbuka..at least,aku belajar menjadi org yang penyabar,n insyaALLAH,aku dapat pahala menunggu..buat adik2ku,plz be on time..akk bnyk bende nak settle sem i..plz give cooperation..

okla,,time to read ethis notes..hope today wil end with happily...

Posted at 06:52 pm by wardah44
Make a comment  

Monday, December 12, 2005
semangat..semangat..semangat..

pagi yang penuh keheningan..kubangun dengan penuh bersemangat..syukur padamu Tuhan kerana masih memberi nikmat Islam dan iman yang tiada bandingnya..serta masih dikurniakan nafas untuk turut berjuang sebagai hamba yang diredhai.Semalam dalam kenangan hari ini satu pengalaman esok satu penantian..setiap hari aku buka kamus hidup dengan semangat dan azam..memandangkan inilah semester terakhir aku dibumi Uniten.InsyaALLAH..aku berusaha untuk mencangkir impian seindh mungkin untuk kejayaan masa depan..banyak yang perlu disettlekan untuk semester ini.salah satu,projek final mOntessori dalam proses..memang tidak indah dan challenge hidup ini andai semua berlaku dengan sempurna..nampak macam senang nak mengdesign dengan tangan kureng seni..but i'm believe usaha berterusan pasti berjaya..yang pasti mesti tekun dan rajin berusaha..cayoookkk..u can my sis..aku percaya dengan rezekimu YA RABB..semoga permudahkan segala usahaku dalam meraih impian ini..every week aku kena tunjukkan usaha yang aku buat pada supervisor projek..memang memenatkan duduk terpaku pada kerusi yang keras dengan fikiran calar balar..terdengar keriuhan bilik 1 baitul munawwarah ini menggabungkan minda yng satu..yes..hidup perlu happy..syukur,aku masih boleh tersenyum dalam kesakitan menghadapi kesengsaraan..sengsarakah aku??TIDAK!!i'm happy for what i'm doing..okla,banyak benda nak disettle hari ini..timetable and discipline is one of the key to success..haha..betul ke?lantakla..mu wat molek2 mu gok hok suke ati..bukang orang laing..Shades

«PLANNING,ORGANIZING,LEADING,CONTROLLING«

Posted at 04:48 pm by wardah44
Make a comment  

Thursday, December 08, 2005
RAHSIA MENGAMAL BACAAN SURAH


surah AN NISAA'
ayt ke 75..
insyaALLAH akan dijauhkan & terselamat dari kejahatan
para penjahat..

surah YUNUS
ayat ke 31, ke atas perempuan yang hamil..
insyaALLAH dengan izinNYA dapat melahirkan anak dalam kandungan
itu dengan selamat..

ayat ke 64, akan terhindar dari mimpi yang buruk & m'gigau.

surah YUSUF
amalkan.. insyaALLAH akan dimurahkan rezeki
diberikan kemuliaan kdnya..

ayat ke 64, amalkan setiap hari..insyaALLAH akan terhindar dari kepahitan & kesukaran hidup.

ayat ke 68, ALLAH menjanjikan kesolehan kps anak-anaknya..

surah MARYAM
akan mendapat kejayaan dunia & akhirat

surah SHAAD
ayat ke 42, amalkan setiap hari, insyaALLAH akan mendapat
kebahagiaan yang sejati..



credit to hanan.com

Posted at 07:26 pm by wardah44
Make a comment  

Sunday, December 04, 2005
DOSA MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUN OLEH MANGSA

Tolong sampai-sampaikan ... Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya.

Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat

Posted at 04:39 am by wardah44
Make a comment  

hati seorang ayah

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya,
Tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya
Yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok,
Disertai
suara batuk-batuknya.


Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya
"Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang
kian
hari kian membongkok ?"Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang
berehat di beranda.

Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti".
Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa
kebingungan.

Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu,
terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan
"Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."
Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya
lalu
bertanya kepada ibunya.
"Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari
kian
membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada
keluhan dan rasa sakit?"

Ibunya menjawab:
"Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap
keluarga itu memang akan demikian."

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi
dewasa, tetapi dia tetap juga kasih tercari-cari jawapan, mengapa wajah
ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi
membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah
dia
mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata
yang
terdengar d! engan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai
jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga
serta
sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan
berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman,
teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang
menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat
pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi
yang
berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar
keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan
dari
anak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya
pantang
menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat
panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah
kuyup
kedi! nginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin,
dia
relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu
dia
ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan
mengharapkan
hasil dari jerih-payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat
dirinya
selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh
kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan
kerapkali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi
mencintai
dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun
juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya,
melukai
hatinya.Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan
rasa aman pada saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan
perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang
menepuk-nepuk bahu anak-anaknyaagar selalu saling menyayangi dan s!
aling
mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan
pengertian
dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat
mendatang,
walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-
anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan
pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang
setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa
menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka
mahupun
duka,walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan
menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap
berdiri,
bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu
senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan
menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia
dan
badannya yang terbongkok agar! dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki
yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha
mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya,
kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin
keluarga,
sebagai tiang penyangga (seri/penyokong), agar dapat dipergunakan
dengan
sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki,
walaupun
sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan
berdoa
hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang
sedang
berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium
telapak
tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."

p/s: Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk
membuat
hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali 
silat!
urahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu
menjaganya
dengan sebaik-baiknya. Amin


Posted at 04:33 am by wardah44
Make a comment  

Next Page


Blogdrive